Benci!! Tapi rindu..-Bab2



BAB 2

IMAN patah-patahkan ranting kayu yang berada ditangannya semenjak tadi. Sejak dia dan Akma duduk di tepi sungai itu, sepatah kata pun belum terbit daripada bibir mulutnya. Sedari tadi hanya Akma saja yang berceloteh itu dan ini. Cakap-cakap Akma itupun macam angin lalu saja di telinganya. Satupun tidak singgah di otaknya. Mata Iman ralit merenung daun kering yang hanyut dibawa arus sungai.
“Oiit! Kau dengar tak ni?” Akma tolak bahu Iman agak kasar. Hampir saja Iman tergelincir daripada tebing sungai.
“ Kau ni apa hal? Main kasar nampak! Kalau aku jatuh dalam sungai tadi tak ker jadi arwah aku.. Tak sempat nak kahwin dengan abang Asyraf.” Marah Iman. Mukanya sudah mencuka. Sakit hati!
Akma tersengih macam kerang busuk. Pelipis kirinya digaru tanpa sebab. Saja nak cover perasaan bersalah sebenarnya. Muka Iman yang mencuka itu pandang sekilas. Takut nak pandang lama-lama.
“Kau tu.. Aku bercakap sorang-sorang jer dari tadi. Kau dah sampai mana dah? Korea? Ker Thailand?!” Tembak Akma. Tapi matanya langsung tidak bertemu dengan anak mata Iman. Gila! Mahu tembus biji mata dia nanti. Renungan mata Iman tu lebih tajam daripada mata belati. Mahunya terus menikam sampai ke jantung.
“He.. he.. Thailand! Pergi nikah dengan abang Asyraf..” Iman sudah tersengih gatal.
“Eeii.. gatalnya! Aku bagitahu dekat wan nanti.” Ugut Akma. Bibirnya dijuihkan ke depan tanda meluat dengan Iman.
Jealous ler tu..” Iman tersengih lagi sambil mengangkat kedua belah keningnya pada Akma. Gatal betul!
“Tak ada maknanya aku nak jealous. Seriuslah.. kenapa kau termenung jer dari tadi? Macam laki lari dari rumah! Gaduh dengan Asyraf ker? Ataupun Asyraf tak balas surat kau? Itulah kau, zaman sekarang orang dah tak main surat-surat ini.. Ini zaman teknologi tau tak! Orang pakai email, pakai facebook, pakai whatsapp.. macam-macam lagi lah!” Akma sudah membebel panjang.
Berkerut-kerut dahi Iman mendengar celoteh daripada mulut Akma. Langsung tak ada titik noktahnya. Kalah machine gun!
“Apa yang kau merepek ni?! Kalau dapat bercakap.. Sampai esok pun tak ada titik kan?!” Perli Iman. Matanya dijulingkan pada Akma. Sakit hati!
“Heee.. janganlah marah! Okey, sekarang kau cerita cepat. Kenapa kau lain macam jer hari ini?” Akma tersengih kecil, cuba menutup perasaan malunya. Muka Iman dipandang tak berkelip.
“Hmmmm..” Satu keluhan panjang keluar daripada mulut Iman. Mukanya juga nampak kelat semacam. Sama kelat dengan buah makhkota dewa.
“Hai, lain macam jer bunyi mengeluh tu? Kau tau tak! Mak aku cakap tak baik kalau kita asyik mengeluh jer.”
“Aku bukan mengeluh lah!”
“Habis, tadi tu apa? Menyanyi?!” Bidas Akama. Matanya sudah dibulatkan pada Iman.
“Errrkk..” Iman tersenyum kelat. Pipi sebelah kiri digaru. Gatal akibat diselar nyamuk jantan.
“Tak nak cerita sudah!”
Akma sudah menarik muncung sedepa. Mukanya dipalingkan daripada mengadap muka Iman, sambil tangan kanannya menguis rmput di hujung kaki menggunakan ranting kayu.
“Alahai, merajuk pulak! Buruk tau tak? Hmm, okeylah. Maksu ajak aku pergi Kuala Lumpur, kerja dekat sana.. Tapi aku tak tahulah nak pergi ker tak.” Mendatar saja suara Iman. Pandangan terus dilemparkan ketengah sungai.
“Hah? Kuala Lumpur?” Laju saja Akma pusingkan tubuhnya mengadap Iman. Mata Iman dicari untuk kepastian.
“Yer..” lemah saja suara Iman menjamah telinga Akma.
“Lah! Pergi jerlah.. Best tu dapat pergi Kuala Lumpur.. Kau ni, ada peluang tak nak pergi. Kenapa maksu tak ajak aku errk?” Akma sedih. Sedih yang dibuat-buat sebenarnya.
“Aku serba salah lah. Kalau aku ikut maksu, kau tahu aku kerja apa? Aku jadi PA pada Mak Engku tu.. Alah, aku rasa nama jer PA, tapi mesti lebih kurang macam orang gaji jer..”
“Weii, okeylah tu jadi PA merangkap orang gaji. Kau pun bukan sekolah tinggi sangat!” Akma gelak jahat.
“Menyampahlah kau ni.  Macamlah kau tu belajar tinggi! Sekurangnya aku ada jugak orang nak.. Kau ada?” Iman mencebik. Saja nak sakitkan hati Akma.
“Kau ni.. melampaulah.. hu..hu..” Akma buat muka sedih.
“Padan muka!” Bidas Iman lagi. Saja jer nak bagi hati Akma makin terbakar. Macamtulah kalau dua sahabat baik ini berjumpa, ada saja yang nak digaduhkan.
“Okeylah, back to the point. Cewah.. Betul ker aku speaking tu?” Akma sudah tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi. Gatal sangat nak cakap mat salih. Takpelah! Yang penting keyakinan diri tu kena tinggi.
“Hemtam jerlah!” Iman sudah ketawa kecil. Dia pun bukan terror sangat cakap mat salih ni.. Setakat yes, no, alright tu tahulah.
“Kau pergi jerlah dulu. Kalau rasa tak sesuai duduk sana nanti baliklah. Sampai bila kau nak harapkan wan tu. Kau jugak yang cakap haritu tak nak susahkan wan lagi. Inilah masanya kau nak cuba hidup berdikari.” Kali ini Akma nampak serius ketika berkata-kata. Tak ada lagi nada bergurau.
“Entahlah! Kalau aku pergi sana, siapa nak jaga wan.. nak tengok-tengokkan wan?” Iman garu kepalanya yang berbalut kemas di dalam tudung. Mukanya nampak benar-benar kusut. Sepanjang Akma kenal dengan Iman, inilah pertama kalinya dia melihat wajah Iman begitu. Sungguh kronik!
“Kau tak payah fikirlah semua tu. Aku kan ada! Lagipun mak aku tukan ada. Kitaorang boleh tengok-tengokkan wan tu.. Bukan orang lain pun! Kau pergilah yer.. he..he.. manalah tahukan, dekat rumah Mak Engku tu ada pakwe kacak. Untung- untung sangkut!” Akma sudah mengilai gatal.
“Amboiii, itu yang kau ingat erk! Hati aku ni, datanglah putera dari negeri kayangan pun.. tetap tak akan berubah. Tetap melekat pada abang Asyraf sorang tau!” Iman menunding jari dengan penuh yakin pada dadanya sambil tersenyum meleret. Wajah kekasih hatinya mula bermain di ruang mata. Ada rindu yang bertamu.
“Ish, tak payahlah nak yakin sangat Iman oii.. Jodoh, rezeki, maut tu semua dekat tangan Allah.. Tak payah nak takbur sangat bercakap tu.. Dahlah! Aku nak balik. Kau fikirklah masak-masak.” Laju Akma bingkas bangun, mengibas punggung seluar trek yang dipakainya.
Iman mencebik. Kenapalah semua orang suka sangat fikirkan benda-benda yang negatif tentang hubungan dia dengan Asyraf. Tak boleh ker kalau diaorang doakan benda yang baik-baik?
Sekali lagi nafasnya dihela panjang. Kusut rasa perasaannya kala itu.
“Oii, baliklah! Dah nak senja ni.. Malam ni buat solat istikarah..”
 Sayup-sayup Iman dengar suara Akma berteriak padanya. Pandangannya terus berlari pada bayang Akma yang semakin jauh di hadapan. Iman tersenyum kelat sekali lagi. Perlahan dia bangun, melangkah dengan perasaan yang lemah dan longlai. Kusut!

HAI, awal Iman berkurung malam ni mak?” Maksu Normah sudah melabuhkan duduk di sebelah Wan Bedah. Wan Bedah yang ralit menonton drama melayu slot Ratu di TV9 itu segera menoleh.
“Haa.. aaa.. Biasanya dia yang tercongok dulu depan TV ni.” Wan Bedah menoleh seketika pada Maksu Normah. Kemudian matanya kembali dihalakan pada TV. Tidak mahu ketinggalan menonton drama kegemarannya itu.
“Cerita apa yang mak bersungguh sangat tegok ni?” Tanya Maksu Normah lagi.
“Ishh, bisinglah kau ni! nanti-nantilah mak jawap. Kacau orang nak tegok TV jerlah..” Runggut Wan Bedah. Mata masih lagi merenung TV.
“Amboi, mak!” Ketawa Maksu Normah terus pecah. Lawak pula rasanya melihat Wan Bedah bersungguh begitu.
Wan Bedah tersengih lebar menampakkan barisan gigi palsunya yang tersusun rapi.
“Hmm, dah habis! Sekejap sangat mainnya.” Keluh Wan Bedah. Televisyen terus dimatikan. Dia berpusing mengadap Maksu Normah.
“Mah, kau betul ker nak ajak budak Iman tu pergi Kuala Lumpur?”
“betullah mak! Kenapa, mak tak izinkan ker?”
“Bukan macam tu.. Mak tak kisah kalau dia nak pergi. Tapi yang mak risaukan, boleh ker Iman tu bekerja dengan Mak Engku tu.. Bukan kau tak tahu budak Iman tu. Dia tu kepala angin sikit!”
“Alah, yang tu tahulah Mah uruskan mak. Yang penting, dia tu nak pergi ker tidak! Lagipun Iman tu dengan kita jer kepala angin. Dengan orang lain pandai pulak dia hormat orang.” Maksu Normah nampaknya memang bersungguh mahu mengajak Iman ke Kuala Lumpur.
“Hmm.. kalau kau dah kata macam tu, mak ikutkan aja. Biarlah dia buat keputusan. Tu duduk bertapa dalam bilik tu, tengah fikirkan hal inilah agaknya.. Selalunya tak pernah-pernah nak berkurung awal.” Balas Wan Bedah.
Suasana tiba-tiba jadi sepi seketika.
“ Mak, sampai bila mak nak berahsia dengan Iman tu? Rasanya dia cukup besar untuk tahu kebenarannya.” Tanya Maksu Normah tiba-tiba, memecahkan kebisuan.
Wan Bedah nampak terkejut. Lama dia diam, sebelum nafasnya dihela panjang.
“Biarlah dulu! Kau pun, jangan nak memandai buka cerita. Sampai masanya nanti dia akan tahu juga.” Keras bunyi suara Wan Bedah, lantas membuatkan mulut Maksu Normah terkunci rapat. Kalau Wan Bedah dah berkeras macam tu, dia memang tak boleh nak cakap apa-apa lagi. Bukan dia tidak kenal dengan perangai emaknya itu. Jika hitam katanya, maka tak akan sesekalinya bertukar menjadi putih.
Sebenarnya, Maksu Normah ada agenda tersendiri kenapa dia beria-ria sangat mahu membawa Iman ke Kuala Lumpur. Kepada Wan Bedah pun dia tidak bercerita. Dia takut nanti niat murninya dihalang sekerasnya oleh Wan Bedah. Buat masa sekarang biarlah segalanya berjalan seperti yang di rancang.

IMAN masih berpisat-pisat di tempat tidur. Sekejap meniarap, sekejap terlentang. Macam-macam gaya dah dia buat, tapi otaknya masih lagi rasa penuh. Perasaannya masih lagi rasa sesak. Separuh dari hatinya kata pergi. Separuh lagi kata tak nak pergi. Sudahnya dia buntu.
“Arrgghhh!! Serabutnya.” Kedua belah tangannya sudah naik menggaru kepala. Rasa macam nak pecah dah kepala ni.
Tiba-tiba suara Akma pada petang tadi bagaikan terngiang-ngiang di cuping telinga.
“Haa.. Solat Istikarah.. Tapi nak ker Allah tolong kau Iman? Time susah macam ni baru kau ingat nak solat sunat, nak beria mintak tolong..” Iman bercakap sendiri. Kepalanya digaru lagi.
“Ah, cubalah! Kena yakin. Allah tu Maha Pemurah.. Tak pernah DIA menghampakan hamba-Nya.”
Sepantas kilat dia terjun daripada katil bujangnya, bergegas keluar bilik menuju ke bilik air untuk berwuduk. Semasa dia melintasi bilik Wan Bedah dan bilik Maksu Normah, kedua bilik itu kelihatan sudah gelap. Mungkin mereka berdua sudah lama diulit mimpi. Langkah Iman terus diatur dengan yakin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan