Janji Semalam- bab 2







BAB 2

WIDAD terbaring lesu di katil. Mukanya sembab, matanya bengkak kerana terlalu banyak sangat menangis. Pedih betul hatinya dengan apa yang telah berlaku. Kalau dia tahu akan jadi macam ni.. Sumpah! Dia tak pergi ke kebun pisang Pak Seman petang tadi.
Lagi pedih hatinya bila Mak Piah langsung tidak mahu bercakap dengan dia. Usahkan nak bercakap, nak tengok muka dia pun tak sudi. Sungguh Widad sedih. Bukan dia minta semua ni berlaku. Tapi silap dia juga. Sepatutnya dia tak pergi jumpa Alif petang tadi. Dah tahu tempat tu sunyi, gatal juga nak pergi. Nak buat macam mana, dah sayang setengah nyawa.
“Assalamualaikum..”
Widad tersentak. Terus bingkas bangun daripada katil dan kelam kabut mencari sesuatu untuk menutup kepalanya yang terdedah. Matanya menangkap pandang pada sehelai tuala kecil yang berada di hujung katil. Laju tangannya mencapai tuala itu dan terus diletakkan di kepala.
Dia nampak lelaki yang sedang berdiri di muka pintu biliknya itu tersipu-sipu seperti mahu sembunyikan senyumnya. ‘Apa yang lucunya?!’ Bentak Widad dalam hati.
“Kenapa?”
Tanya Widad setelah tidak dapat menahan diri lagi daripada terus berperang dengan emosi. Wajah lelaki yang berdiri di muka pintu itu ditentang lama. ‘Hmm.. handsome jugak! Sekarang baru aku nampak muka dia dengan jelas.. Tadi sibuk nak melalak!’ Getus hati Widad.
“Kenapa apa?”
Tanya lelaki yang hanya berkain pelikat dan bert-shirt longgar itu. Mukanya masih nampak tenang dan bersaja. Mungkin ketenangan semulajadi yang memang sedia ada dalam dirinya. Sebab Widad tak nampak pula macam dia buat-buat. Tiada senyuman yang terukir di bbir, tapi wajah itu tetap nampak tenang dan mendamaikan. Muka ustazlah katakan!
‘Mak aii.. suara dia! Lembut dan lemak merdu..’ Sempat lagi hati Widad berbisik nakal. Lelaki kacak tadi masih berdiri di muka pintu sambil berpeluk tubuh. Widad direnung lama.
“Tadi ustaz gelakkan saya ker?” Widad serkap jarang.
“Bila?” Amir masih tenang. Keningnya dijongket sedikit pada Widad.
“Tadi! Saya nampak ustaz tersipu-sipu.” Bentak Widad.
“Oo.. tadi tu.”
Masing-masing diam seketika.
 “Emm, Puan Widad.. Lain kali, kalau nak tutup aurat bukan macam ni caranya.”
Amir berjalan perlahan menghampiri Widad. Tuala kecil yang berada di kepala Widad ditarik perlahan lalu dicampak ke atas katil. Laju tangannya mencapai tudung bawal yang berada di kepala katil Widad, lalu disarungkan di kepala Widad. Rambut Widad yang terkeluar sedikit itu dibetulkan.
Widad tergamam. Kelu, kaku, kejang.. semua ada. Tingkah Amir yang begitu lembut dan bersaja itu seakan memukau pandangannya. Mata mereka bertemu. Lembut mata Amir menyorot sepasang mata bundar milik Widad. Tiba-tiba saja mengundang debar di hati Widad. Kenapa dia tidak pernah tahu selama ini Alif ada abang yang kacak macam Ustaz Amir ni?
“Macam ni baru betul.. Tadi rambut Widad nampak! Tak sempurna.” Bisik Amir perlahan, buat hati Widad panasaran. Mata masih terpaku lama pada Amir. ‘Makkk.. Tolong Widad!’ Batin Widad menjerit-jerit. Mukanya sudah berona merah. Malu sangat-sangat pada Amir.
Suasana hening seketika. Masing-masing diam, seakan hilang kata. Hanya suara cengkerik di luar sana yang riuh bernyanyi. Entah lagu apa entah! Yang nyata amat nyaring dipendengaran.
“Err.. Ustaz. Pasal hal tadi, saya tak bersalah. Sumpah! Saya dan Alif tak buat apa-apa. Kami, kami cuma duduk berbual-bual. Tiba-tiba kami ditangkap! Saya tak buat apa-apa..” Terang Widad bersungguh. Kolam matanya mula berkaca kembali. Bermacam rasa yang bersarang di jiwanya kini. Rasa bersalah, menyesal, malu.. semua ada.
“Saya tahu. Tapi, Widad dengan Alif tetap juga bersalah. Duduk berduaan di tempat yang sunyi macam tu memang boleh menimbulkan fitnah.” Terang Amir lembut. Wajah ayu Widad menjadi tatapan matanya buat seketika. Macam tak percaya perempuan yang berdiri dihadapannya kini adalah isterinya.
Widad tunduk. Air mata mula lebat di pipinya. Terhinjut-hinjut bahunya menahan tangis. Perasaan malu pada Amir datang bertimpa-timpa. Perasaan bersalah juga bermaharajalela di jiwa. Kalaulah dia gunakan akal kecilnya pada petang tadi, mungkin semua ini tak akan terjadi. Kenapalah dia terlalu ikutkan kata hati? Sudahnya, dia sendiri yang makan hati. Tidak cukup dengan itu, emaknya juga terlebih lagi makan hati.
“Jangan menangis Widad.. Perkara dah berlaku.” Lembut suara Amir memujuk. Tersentuh juga hatinya melihat keadaan Widad begitu. Sungguh dia tidak pandai memujuk.
“Kita tak patut kahwin! Kenapa ustaz sanggup kahwin dengan saya?! Rumah tangga yang terbina tanpa perasaan cinta dan kasih sayang tak akan ke mana ustaz. Kita akan saling menyakiti!”
 Ucap Widad dalam sebak. Air mata makin laju. Susah sungguh untuk dia terima hakikat bahawa dia kini sudah bergelar isteri. Isteri kepada seorang lelaki yang langsung tidak dicintai. Lelaki yang bergelar abang kepada insan yang paling dia cintai. Mampukah dia?
Amir terkedu. Lama dia membisu, membiarkan persoalan Widad itu berlalu bersama angin yang lalu. Fikiran dia sendiri kusut tika itu. Bagaimana dia mahu menjawap pertanyaan Widad, sedangkan dia juga tidak bertemu dengan jawapannya. Semua berlaku dengan tiba-tiba. Dia hanya menurut gerak hati sahaja.
Namun Amir tetap nampak tenang. Dahinya langsung tidak berkerut. Nafas juga diatur dengan tenang. Langsung tidak menampakkan gusar yang sedang bersarang di hatinya.
“Hmm.. ini dinamakan jodoh Widad. Bukan kerja saya ataupun awak untuk persoalkan semua ni. Ini kerja DIA!” Jawap Amir lemah. Air mata yang mengalir di pipi Widad bagaikan belati yang menguris hati lelakinya. Mahu saja dia menyapu air mata itu, tapi dia tak mampu.
“Semua yang berlaku pasti ada sebabnya ustaz!” Pantas Widad memintas. Air mata dihapuskan dengan hujung jari.
Amir diam lagi. Liur ditelan, rasa kelat.
“Saya mintak maaf ustaz! Saya tak boleh paksa diri saya. Buat masa sekarang saya memang tak boleh nak terima ustaz, nak sayang ustaz dan nak layan ustaz macam seorang isteri patut buat! Ustaz tahu hati saya pada siapa kan?” Widad menyambung lagi. Muka Amir ditentang lagi.
Amir tetap diam. Cuma mata mereka saling merenung di antara satu sama lain. Kata-kata Widad tadi menari-nari di ruang fikirannya. Otak kecil Amir cuba untuk mencerna satu persatu. ‘Sabar Amir.. Buka salah dia! Bukan juga salah kau.. Dia budak lagi! Bagi dia ruang dan masa. Lagipun semua ni berlaku dengan tiba-tiba.’ Amir pujuk hati sendiri.
Hati Widad jadi nanar setiap kali wajah kacak Amir menyapa ruang matanya. Renungan redup Amir melemaskan jiwanya. Ketenangan yang terpamer di wajah Amir itu juga membuatkan dia resah.  ‘Arrgghh!! Kenapa kau buat semua ni Amir?! Hati aku tidak akan pernah menjadi milik kau! Tidak akan Amir.. Ia akan tetap menjadi milik Alif. Aku akan pegang janji-jani kami yang semalam.. Kini dan selamanya hati ini hanya untuk dia!’ Hati Widad terus menjerit dan menjerit.
“Sudahlah tu! Dah lewat malam ni.. Awak pun dah penat. Dari siang bawak ke malam menangis. Muka pun dah sembab tu.. Jomlah kita tidur.” Pujuk Amir lembut.
“Tidur?!” Widad tersentak.
“Yer, tidur..” Jawap Amir bersaja. Segaris senyuman berlari di bibir merahnya.
Widad terpaku. Tiba-tiba saja rasa seram. Gulp! Liur ditelan berkali-kali. ‘Kenapa kau senyum macam tu.... Argghhh! Rasa macam tak cukup oksigen jer!’ Hati Widad menjerit kuat.
“Okey!!” laju Widad berjalan ke muka pintu.
“Nak ke mana?” Tanya Amir. Dahi naik berkerut.
“Nak tidurlah! Bilik mak..” Widad terus menghilang.
Amir terlopong. Kepala yang tidak gatal digaru tiba-tiba. Akhirnya dia tersenyum sendiri. Gelagat Widad terasa begitu mencuit hati.

“EHH, apa kau buat dekat sini Widad?” Berpisat-pisat mata Mak Piah. Laju dia bingkas bangun daripada katil. Kehadiran Widad di sebelahnya membuatkan dia terjaga dari lena. Muka Widad direnung tajam. Masih ada lagi sisa marah di hatinya.
“Mak, Widad minta ampun.” Ucap Widad perlahan dan bergetar.
Mak Piah palingkan mukanya ke arah lain. Tak sanggup rasanya nak pandang muka Widad lama-lama. Sumpah! Hatinya hancur yang amat. Mana dia nak sorokkan mukanya. Esok pasti riuh satu kampung bercakap tentang Widad ditangkap basah.
“Mak!”
 Panggil Widad lagi. Tangan Mak Piah sudah diraih kemas. Mak Piah nak menepis tapi Widad pegang kemas-kemas. Air mata jatuh lagi. Apa yang amat menyakitkan hatinya kini adalah kemarahan Mak Piah. Dia tidak sanggup terima kalau Mak Piah bencikan dia sampai bila-bila.
Mak Piah diam lagi. Air mata tua suda melaju di pipinya.
“Mak, tolong jangan menangis. Kalau mak menangis.. Widad berdosa mak. Ampunkan Widad. Sumpah! Widad tak buat apa-apa.” Makin bergetar suara Widad. Kolam mata juga sudah penuh.
Tersentuh hati Mak Piah mendengar rayuan Widad. Tapi, apakan daya.. hatinya memang hancur. Malunya bertimpa-timpa.
Widad menyapu laju air mata yang masih laju di pipi Mak Piah. Tangan Mak Piah dikucup berkali-kali. Air mata sudah mula lebat di pipi. ‘Mak.. Tolong percayakan Widad!’ Rintih hatinya penuh hiba.
“Hmm.. dahlah! Pergi masuk tidur.”
Akhirnya Mak Piah buka mulut. Muka Widad dipandang lama. Nampak sangat sembab muka anak perempuan tunggalnya itu. Hati kecilnya memang percayakan Widad. Dia kenal benar dengan anak perempuannya yang satu itu. Tidak mungkin Widad buat semua tu. Tapi disebabkan perasaan kecewa yang beraja di hati, dia tolak mentah-mentah nauri hatinya.
“Widad nak tidurlah ni!” Laju Widad rebahkan tubuh di katil usang milik Mak Piah.
Dahi Mak Piah sudah berkerut seribu.
“Kamu jangan nak mengada. Pergi tidur bilik kamu!” Arah Mak Piah. Tubuh Widad ditolak kasar.
“Tak nak! Widad nak tidur sini dengan mak. Lagipun dah lama Widad tak tidur dengan mak.” Jawap Widad tegas. Tubuhnya sengaja dikeraskan. Bayang Ustaz Amir mula bermain di ruang mata. Arrghh! Tak sanggup rasanya nak berdepan dengan ustaz nan sorang tu. Sesak dada Widad.
“Ish, jangan nak mengada! Tak baik biarkan suami kamu sengsorang dalam bilik tu!” Marah Mak Piah lagi.
Widad tetap tak berganjak. Selimut lusuh milik Mak Piah ditarik tinggi menutupi tubuhnya. Matanya dipejamkan rapat-rapat.
“Hmm.. Budak ni!” Dia dengar suara Mak Piah masih merunggut.
Widad pejam mata makin rapat. Bebelan Mak Piah dibiarkan berlalu. Satupun tak singgah di telinganya. ‘Selamat malam ustaz Amir..’ Ucap Widad dalam hati. Bibir mula mengukir senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan