Sesuci Cinta Qaseh a.k.a Jawapan Cinta- bab 11



BAB 11

SUASANA di ruang bilik pejabat milik Harith sunyi sepi hatta bunyi seekor cicak pun tidak kedengaran kala itu. Harith termenung panjang di meja kerjanya sambil merenung kosong pada gumpalan asap tipis yang keluar daripada mulut mug yang berisi air koko panas kegemarannya itu. Sudah menjadi kelazimannya, dia akan meminta Zana iaitu PA kepadanya supaya buatkan dia semug koko panas pada setiap petang sebelum habis waktu pejabat.
Dokumen yang berselerak di atas meja kerjanya juga dipandang sepi tak terusik. Dua hari bercuti memang banyak kerja yang tertangguh dan perlu diselesaikan, namun entah mengapa mood untuk dia berkerja pada hari itu benar-benar ke laut.
Entah mengapa juga, semenjak pagi tadi sampailah sekarang pusat fikirannya hanya tertumpu kepada Qaseh sehinggakan satu kerja pun tidak menjadi. Bermacam persoalan yang bermain di benak fikirannya kala itu, semuanya menyesakkan dan melemaskan perasaan. Wajah Qaseh yang nampak sayu dengan mata yang berkaca pada pagi tadi seakan menari-nari di ruang matanya seolah wayang gambar yang sengaja diulang tayang.
“Kenapa dengan dia errk? Redup mata dia tu..Seolah dia ada sembunyikan sesuatu..”
Harith bersuara perlahan, bercakap dengan dirinya sendiri. Pipi yang tidak gatal digaru lama seolah mahu meredakan kekusutan yang sedang melanda di fikirannya, namun sedikitpun tidak mengurangkan beban perasaannya kala itu. Malah fikirannya bertambah kusut dan berserabut sebenarnya. ‘Agaknya, dia teringatkan datuk dia kut!! Ishhh, entah-entah dia teringatkan mamat kampung tu..Kalau nak kata teringatkan si Comot tu, memang taklah kut..Hmm, tapi siapa sebenarnya mamat tu errkk? Boleh percaya ker diaorang tu tak ada apa-apa?’ Harith terus berperang dengan perasaannya.
Mug yang berada di atas meja dicapai laju lalu terus dibawa ke mulut. Seteguk koko panas masuk melalui kerongkongnya, terasa nikmat sekali. Namun begitu otaknya masih lagi ligat berfikir sambil menikmati minuman kegemarannya. ‘Ehh!! Yang aku sibuk-sibuk nak fikir pasal dia ni kenapa? Lantak dialah..Hishh, tapi dia isteri kau Harith!! Mestilah kau kena kisah...’ Perasaannya masih terus berperang ganas.
“Sayangggg....”
Satu suara lunak dan manja menyapa telinganya membuatkan lamunan Harith terus mati. Dengan spontan matanya terus terarah tepat pada tempat datangnya suara yang lunak dan manja yang dibuat-buat itu.
Sekujur tubuh yang ramping dan tinggi lampai milik seoarang wanita yang sangat dikenali Harith berdiri tegap di ambang pintu bilik kerja Harith sambil tersenyum lebar. Wanita yang berskirt pendek paras peha dan berbaju sendat itu terus melangkah masuk tanpa menunggu arahan daripada Harith.
Mata Harith masih terpaku lama pada wanita yang sudahpun berdiri di hadapannya. Bibirnya menguntum senyum. Dua hari tidak bersua dengan Bella terasa rindu menggebu di kalbu.
“Sayang, you pergi mana? Dua hari you hilang tanpa khabar. I telefon tak berangkat, mesej pun tak berbalas... Miss you so much..” Ucap Bella dengan suara manja yang dibuat-buat bersama lenggok tubuh yang menggoda seperti kebiasaannya. Tangannya sudah merayap mesra pada bahu Harith, mengulas lembut daripada belakang.
Harith tersenyum lebar, senang dibelai begitu. Arrghhh!! Mana-mana lelaki pun akan suka kalau disentuh dan dibelai oleh seorang wanita yang cantik dan seksi seperti Bella. Tangan halus Bella terus merayap mesra dan kini singgah pada dadanya yang bidang pula. Bulu roma Harith mula menegak. ‘Ishhh!! Tak boleh jadi ni..’ getus Harith dalam hati.
“Bel, please stop it!” Laju tangan Harith menyambar tangan halus milik Bella, menahan Bella daripada terus menggodanya. Gila! Jika dibiarkan bimbang pula nanti kalau-kalau pekerjanya nampak dan tentu mereka akan menjadi bahan gosip yang terhangat.
What?! Sejak bila pulak you pandai menolak ni..”
Bentak Bella kasar. Dia terus merentap kasar tangannya daripada genggaman Harith dengan muka yang sudah mencuka. Sakit hati betul dia dengan sikap Harith itu. Sudahlah dua hari menghilang tanpa berita, dah jumpa boleh pula buat perangai.
“Sayang..Ini pejabat! I tak nak nanti pekerja-pekerja I nampak dan kita akan jadi bahan gosip mereka..” Pujuk Harith lembut sambil matanya merenung tepat pada wajah masam Bella.
“Alasan! You sengaja kan!! Sebelum ni okey jer..Macamlah I tak tahu kemana you menghilang dua hari ni, you pergi kahwin kan?!” Wajah Bella makin mencuka.
“Err..mana ada! Sayang, jangan mulakan boleh tak?” Muka Harith sudah berubah riak namun cuba dikawal sebaiknya. ‘Hai, mana pulak minah ni kutip cerita ni?’
“Mulakan apa?”
“Mula bercakap yang bukan-bukan..”
“Bukan-bukan?” Bella sudah tersenyum sinis. Hati Harith mula berasa tidak sedap dengan keadaan itu.
“You tak payah nak tipu I  Harith.. I dah tahu semuanya! Tok ayah you yang bagitahu I semua tu..Dia mintak I jauhkan diri daripada you.. Ini cek kosong yang dia bagi pada I sebagai ganjaran untuk I jauhkan diri daripada you..”
Sekeping cek kosong melayang jatuh di atas meja betul-betul di hujung jari Harith. Sepantas kilat Harith menyambar cek itu dan merenungnya dengan dahi yang berlipat. Cek itu masih kosong! Bella tidak sebodoh itu. Dia tahu harta Tan Sri Musa tidak akan luak hanya kerana sekeping cek. Jika dia mahu terus hidup dalam kemewahan dia harus terus bersama Harith kerana dia tahu harta Tan Sri Musa tidak akan habis walau  sampai generasi ketujuh sekalipun. Walaupun keluarga dia juga tergolong dalam golongan ahli korporat, tetapi kekayaan keluarga Harith mengatasi harta keluarganya. Tidak semudah itu dia mahu melepaskan Harith dari hidupnya.
“Okey... Listen here! Perkahwinan ini atas permintaan Tok ayah. I tak nak! Sayang..I betul-betul cintakan you. You tahu kan, teaste I macam mana? Mustahil I boleh suka pada perempuan kampung macamtu.. I terpaksa ikut! Kalau I membantah, I akan hidup merempat..I’m so sorry sayang..” begitu bersungguh Harith menuturkan kata cuba memujuk dan meyakinkan Bella. Bimbang kalau-kalau Bella berubah hati.
I ikhlas cintakan you.. I rasa terhina bila tok ayah you buat I macam ni.. I tak perlukan duit you. Papa I pun ada duit.. I tahu family I taklah sekaya family you, tapi janganlah hina I macam ni..” Bella sudah mula berdrama. Mukanya sengaja disedihkan.
Sorry, I tak sangka tok ayah akan buat macam ni.. I akan pujuk tok ayah. You bagi I masa yer.. I betul-betul cintakan you..Percayalah!” Tangan Bella dikucup mesra.
I percayakan you sayang.. I cuma merajuk! I rindukan you..” Bella sudah mula bertenang semula. Tangan Harith digenggam lama, memicit-micitnya dengan lembut dan penuh menggoda.
I miss you too honey..” Ucap Harith lembut, penuh romantik! Senyuman manis bermain di bibir. Senang sekali rasa hatinya apabila emosi Bella sudah kembali seperti biasa.
“Malam ni kita keluar yer..? Dah lama tak spent time dengan you..Kita pergi clubing errkk?”
“Hmm.. Malam ni tak bolehlah sayang..”
“Kenapa tak boleh?” Bella sudah tarik muka.
“Nanti tok ayah bisinglah sayang..”
Harith sudah serba salah. Mata Bella direnung lama, cuba memujuk buah hatinya. Jika diikutkan kata hati, dia memang mahu sangat habiskan masa dengan kekasih hatinya itu. Sudah lama dia tidak berkunjung ke kelab, bersuka ria dengan kekasih hatinya dan kawan-kawan. Dia rindukan suasana kelab yang hingar-bingar itu. Bagi Harith, dengan berkunjung ke kelab malam bersama Bella dan kawan-kawannya dapat merehatkan otak dan menenangkan fikiran yang penat berkerja pada siang harinya.
Tetapi apabila terbayangkan saja wajah tok ayahnya dan teringat kembali amaran keras daripada tok ayahnya itu, hatinya menjadi kecut. Kalau datuknya tahu dia pergi lagi ke kelab itu bersama Bella dan kawan-kawannya, alamat tempah mautlah jawapnya.
“Eleh! Cakap jerlah you takut bini..Belum apa-apa lagi dah kena kontrol. Jomlah sayanggg.. Tadi cakap rindu..” Bella terus merenggek-renggek manja. Tangan Harith diusap lembut.
Lama Harith terdiam, berfikir samada mahu memenuhi permintaan Bella ataupun tidak. Jika menolak, bimbang pula kekasih pujaan hatinya itu merajuk. Jika dia bersetuju pula, bermakna dia kena bersiap sedia menghadapi amarah tok ayahnya. ‘Arrghh!! Kusutnya..’ Harith mengaru kepala.
“Hmm..baiklah! tapi tak boleh balik lewat sangat tau! I mintak you sabar sikit jer lagi.. Lepas I pindah dari rumah tok ayah, I janji kita akan jumpa tiap-tiap hari okey..” Akhirnya Harith menurut juga permintaan Bella. Bell tersenyum senang tanda menang.

“AWAL awak balik hari ni?”
Latipah menegur suaminya yang sedang duduk berehat di kerusi rotan yang terletak di anjung rumah teres setingkat milik mereka. Tanpa dipelawa dia turut sama duduk di situ bersama suaminya. Wajah Sufian yang nampak ketat lagi kelat itu ditatap lama. Dalam hati dia dapat menduga apa yang sedang bermain di fikiran suaminya itu.
“Hai, dah tak boleh bercakap pulak! Ni mesti awak jumpa dengan budak tak guna tu kan?” Latipah sudah hilang sabar. Dia mula menarik muncung. Faham benar kalau suaminya bersikap begitu, tidak lain dan tidak bukan pasti dia sedang fikirkan anaknya.
“Hmm... Awak ni. Tak boleh ker kalau panggil budak tu dengan panggilan yang elok sikit?!” Sufian bersuara perlahan tapi bernada keras. Sakit juga hatinya kerana seringkali juga Latipah memanggil anaknya dengan panggilan ‘budak tak guna.’
“Dah memang dia tak guna, awak nak saya panggil dia apa? Selama ni ada ker dia hormat awak sebagai ayah dia? Saya ni, saya ni dia buat macam musuh!”
Bentak Latipah keras. Wajah suaminya yang tampak tidak senang dengan kata-katanya itu terus dipandang. Rasa sakit hatinya kerana Sufian masih tetap membela Qaseh, walaupun Qaseh  langsung tidak menyukai mereka.
“Sudah-sudahlah tu Tipah.. Kita yang salah! Qaseh tu jadi macamtu disebabkan kita juga. Kalau dulu awak bersetuju nak jaga dia, bela dia..Mungkin dia tak akan benci kita macam sekarang..” Kali ini suara Sufian seakan kedengaran dalam tekak sahaja. Sebak rasanya terkenangkan kesilapan sendiri. Kalau dulu dia dan Latipah jaga Qaseh, tidak abaikan Qaseh, mungkin semua ini tidak akan terjadi.
“Ohh!! Sekarang awak nak salahkan sayalah..? Dia bukan anak saya, buat apa saya beria-ria nak jaga dia.”
“Astaghfirullah hal azim.. cuba bawak mengucap Tipah oiii.. Anak saya, anak awak jugak!” Sufian sudah merenung Latipah dengan tajam, sakit hati mendengar kata-kata isterinya sebentar tadi.
“Alah! Buat apa nak difikirkan lagi pasal budak tu. Dia dah hidup senang lenang sekarang..” Balas Latipah masih belum mahu mengalah.
“Saya rasa dengan pernikahan ini dia semakin bencikan saya..” Akhirnya terluah juga apa yang terbuku di hatinya selama ini. Sufian begitu yakin Qaseh semakin membencinya. Buktinya pagi tadi. Qaseh langsung tidak mahu bercakap atau memandang wajahnya pada pagi tdi.
“Alah!! Berlakon jer tak suka. Mana adaorang yang tak suka dapat kahwin dengan cucu orang kaya! Dahlah, malas saya nak bertekak dengan awak pasal budak tu..” Pantas Latipah bingkas bangun dan berjalan terkedek-kedek menuju kedalam rumah tanpa mempedulikan pandangan suaminya yang sudah semacam itu. Sifuan mengeluh kecil.

QASEH termenung di sofa empuk yang terletak kemas di ruang tamu rumah mewah itu. Telefon yang tergenggam erat di tangannya dipandang sepi. Dia baru sahaja habis bercakap dengan datuknya. Rasa rindu terus menggebu di kalbu. Baru sehari berjauhan dengan datuknya, tetapi bagai setahun lamanya.
Televisyen besar bersaiz 86 inci yang terpasang sedari tadi seakan bercakap sendiri. Rancangan dokumentari berkisarkan tentang lava gunung berapi yang bersiaran sedari tadi langsung tidak menarik minat Qaseh saat itu. Pusat ingatannya hanya tertumpu pada satu, pada datuknya yang berada nun jauh di kampung. Walaupun baru sekejap tadi dia bercakap dengan datuknya di telefon, hatinya masih tetap gusar. Menurut Aamar, datuknya kurang sihat. Tetapi Tok Daud bertegas mengatakan dia sihat-sihat sahaja.
Satu keluhan berat dilepaskan oleh Qaseh. Kusut dan serabut dengan situasi sekarang. Kenapalah dia mesti melalui semua ini? Kenapa mesti dia berjauhan dengan datuknya? Argghh!! Perasaannya sebal sekali.
“Qaseh, tak tidur lagi?” Satu suara menyapa lembut dari belakang. Qaseh terus menoleh. Senyuman terus terukir di bibir tatkala terpandangkan Tan Sri Musa yang sudahpun duduk di kerusi sebelahnya.
“Belum tok ayah! Tak mengantuk lagi..” balas Qaseh perlahan.
“Dah lewat malam ni..” Tan Sri Musa menoleh sekilas pada jam yang tergantung kemas pada dinding rumah. Tepat jam 11.30 malam.
“Harith belum balik lagi ker?” Tanya Tan Sri Musa lagi. Qaseh hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum kelat.
“Hmmm..” terdengar Tan Sri Musa bergumam panjang. Rasa marah terus bertandang di hati. Dia dapat mengagak kemana cucu kesayangannya itu pergi kerana sewaktu dia menelefon ke pejabat pada petang tadi.. Zana, PA kepada Harith telah memberitahunya bahawa Harith awal-awal lagi sudah pulang.
“Banyak kerja dekat pejabat agaknya tok ayah..” balas Qaseh cuba menyedapkan hati Tan Sri Musa. Tan Sri Musa sekadar tersenyum nipis kemudian terus menyambung,
“ Emm, Qaseh nak kerja yer?”
“Yer tok ayah. Kalau boleh Qaseh memang nak kerja..”
“Kalau macamtu eloklah! Qaseh kerja saja dekat syarikat tok ayah. Nanti tok ayah cakapkan pada Harith..”
“Eehh, tak payah! Qaseh kalau boleh tak nak kerja satu bumbung dengan abang Harith..” Laju saja Qaseh menolak. Memang dia tidak mahu berkerja di syarikat milik Tan Sri Musa itu. Belum apa-apa lagi Harith sudah menuduh dia yang bukan-bukan. Jika dia berkerja di situ, tak pasal-pasal pula dia dituduh cuba membolot harta.
“Lah, kenapa pulak?! Kerja satu pejabatkan senang.. Boleh pergi sama-sama, balikpun sama-sama..” Tan Sri Musa masih belum mahu mengalah.
“Nanti jemu pula tok ayah..Tak apalah! Nanti Qaseh cuba cari kerja dekat tempat lain dulu..” balas Qaseh lagi. Sebolehnya dia tidak mahu berkerja di syarikat itu.
“Hmm..Kalau macamtu besok Qaseh cuba pergi mintak kerja dekat syarikat milik kawan tok ayah. Syarikat dia memang tengah cari pekerja sekarang ni..Nanti esok tok ayah bagi alamatnya..Dah lewat ni, tok ayah naik tidur dulu lah..Kamu pun pergilah tidur..”
“Terima kasih tok ayah..Emm, tok ayah pergi dulu, kejap lagi Qaseh naik tidur..” Qaseh sudah tersenyum senang. Gembira sungguh rasa hatinya kerana Tan Sri Musa sudi menolongnya.
“Yerlah! Tok ayah naik dulu yer.” Tan Sri Musa terus berlalu ke biliknya di tingkat atas.

PERLAHAN Harith menolak daun pintu, bimbang akan mengejutkan penghuni di dalam rumah banglo itu. Dahinya berkerut melihat lampu di ruang tamu masih menyala. Segera matanya melirik pada jam yang tergantung kemas di dinding. ‘Hai, pukul 12.30 malam, siapa lagi yang tak tidur ni?’ hati kecil Harith terus bertanya.
Langkah terus melaju masuk kedalam rumah dan terus mati betul-betul di hadapan sofa empuk yang berada di tengah ruang tamu itu. Televisyen masih lagi terpasang menayangkan cerita entah apa-apa, Harith sendiri pun tidak tahu. ‘Huhh!! Dah tahu nak tidur tak reti nak tutup TV. Ingat datuk dia ker yang bayar bil!’ Omel Harith dalam hati. Laju saja tangannya mencapai alat kawalan jauh dan menekan butang off.
Kini matanya jatuh tepat pada sekujur tubuh yang telahpun lena di atas sofa yang empuk itu. Lama matanya terpaku di situ. Bermacam perasaan yang bergolak di hatinya kini. ‘ Kau ni cantik! Tapi tengoklah pakaian yang kau pakai..Eee, putus selera aku!’Getus Harith dalam hati sambil matanya masih terarah tepat pada Qaseh yang hanya berbaju t-shirt longgar dan berkain batik itu. Qaseh tampak lena sekali.
Perlahan Harith duduk bertinggung mengadap Qaseh. Wajah Qaseh yang putih dan bersih itu direnung lama. Ada rasa yang bergetar di hatinya saat matanya terpaku lama pada seulas bibir yang merah dan cantik milik Qaseh. ‘Isshh, kenapa ni Harith?!’ Cepat-cepat dia mengusir perasaan itu agar menjauh dan tidak terus bermukim di hati.
“Oiiitt!! Bangun!” Hujung jari kaki Qaseh dikuis. Qaseh masih tidak bergerak. ‘Tidur mati ker apa ni?’ Gerutu Harith geram.
“Hoiii..bangunlah!!” Kali ini Harith sudah menjerit di tepi telinga Qaseh.
“Arrggg!!!”
Qaseh turut sama menjerit. Terkejut dengan pekikan Harith yang begitu dekat di telinganya. Harith menekup mulut Qaseh dengan laju, bimbang suara Qaseh mengejutkan orang lain yang sedang tidur. Mata Qaseh membuntang bulat, merenung tepat pada wajah Harith yang berada betul-betul di hadapannya. Dadanya nampak berombak kencang. Dia benar-benar terkejut dengan pekikan Harith yang secara tiba-tiba itu.
“Awak ni dah kenapa, gila?!”
Marah Qaseh dengan muka mencuka sebaik sahaja Harith melepaskan tekup di mulutnya. Dia segera bingkas bangun, duduk di sofa sambil betulkan sedikit leher bajunya. Harith sudah berdiri mengadapnya.
“Kau tu tidur mati! Kenapa tidur dekat luar ni?” Tanya Harith dengan muka tidak puas hati.
“Saya tunggu awak balik.” Perlahan suara Qaseh tapi masih dapat didengari oleh Harith.
“Aku tak penah suruh kau tunggu aku! Lain kali tak payahlah nak sibuk-sibuk jaga hal aku, faham?” bentak Harith perlahan tetapi dengan nada yang agak kasar. Meluat pula dia melihat Qaseh yang berlagak seperti seorang isteri yang solehah itu.
Qaseh terkedu! Air liur terasa penuh di kerongkong ditelan beberapa kali. ‘Ya Allah, berikanlah aku kesabaran yang tinggi..’ doa Qaseh dalam hati. Mata yang mula mahu berkaca ditahan sekuatnya. Nafasnya ditarik panjang dan dilepaskan perlahan-lahan. Dia sedikit tenang.
“Faa..faham! Tapi..” kata-kata Qaseh sudah mati di situ.
Harith sudah jauh ke depan, mendaki anak tangga menuju ke bilik. Qaseh masih lagi kaku di sofa memandang Harith yang seakan tergesa-gesa saja memanjat anak tangga. Hatinya terasa sakit! Sakit dengan sikap dingin dan kasar Harith. Selama ini belum pernah dia berasa sakit hati seperti ini. Sakit diabaikan ayah kandung sendiripun tidak dapat menandingi rasa sakit hati apabila dibenci suami sendiri. ‘Ya Allah, kenapa ini yang harus aku lalui.. Apakah ini balasan untukku kerana terlalu bencikan ayah kandungku? Apakah ini balasan di atas dosaku kerana derhaka pada ayahku? Apakah kesakitan yang sama dirasai oleh ayahku diatas segala sikap dinginku? Inikah karma MU ya Allah...’ Hati kecil Qaseh terus merintih dan merintih. Sebutir mutiara gugur menyapa pipinya tanpa dipaksa-paksa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan