BAB 3
JAM
sudah menunjukkan ke angka 11.00 pagi. Sara sudah bersiap-siap untuk keluar
pada pagi itu. Dia membetulkan sedikit lilitan tudung di kepalanya. Baju kurung
moden berwarna merah hati yang dipakainya itu juga dibetulkan. Dia tampak
begitu ayu walaupun tidak mengenakan sebarang alat solek. Hanya dengan sedikit
bedak muka dan secalit gincu dibibir, sudah cukup membuatkan dia kelihatan
begitu ayu persis perempuan melayu terakhir.
Kunci kereta yang tersangkut kemas di dinding rumah
dicapai laju. Kereta itu dibelikan oleh Adam untuknya dengan alasan supaya dia
senang hendak bergerak ke mana-mana. Sebuah kereta Viva berwarna hitam itu
begitu bermakna pada Sara. Walaupun cuma sebuah kereta kecil, namun dia
bersyukur kerana inilah pertama kali dalam hidupnya, dia mendapat hadiah
daripada seseorang. Hadiah mahal pula tu!
Dia sangat bersyukur dengan nikmat yang telah Allah
berikan padanya. Sara percaya apa yang telah terjadi selama ini ada hikmah yang
tersembunyi disebaliknya. Lihat sajalah dia sekarang. Dulu dia hanya seorang
gadis kampung yang hidup dalam serba kedaifan. Ibarat kata, kais pagi makannya
pagi dan kais petang.. makannya petang.
Tetapi
sekarang, dia sudah tidak perlu bekerja keras lagi untuk mendapatkan sesuap
nasi. Semua keperluannya telah disediakan oleh Adam. Dia terima dengan redha
takdir yang telah ditetapkan oleh Allah untuknya. Andai benar Adam adalah jodoh
yang terbaik, yang telah dipilihkan oleh Allah untuknya.. dia berlapang dada
untuk menerimanya.
Tetapi Sara tidak tahu sejauh mana kekuatan yang dimiliki
olehnya. Mampukah dia untuk terus bertahan dan pertahankan rumah tangganya
bersama Adam. Kadang kala Sara berasa takut untuk menghadapi hari-hari yang
mendatang. Apakah selamanya hanya akan ada perasaan kasihan di dalam diri Adam
buatnya? Tidak akan wujudkah secebis cinta di hati Adam buatnya?
Sara mengeluh kecil. Terasa begitu berat beban
perasaan yang terpaksa ditanggung olehnya. Dalam diam dia sudah mula menyukai
Adam. Itulah yang menjadi masalah padanya kini. Dia takut andainya semakin lama
dia berada di situ semakin kuat pula perasaannya terhadap Adam. Dia takut untuk
membayangkan segala kemungkinan yang mendatang. Walaupun Adam terang-terangan
mengakui bahawa dia sedikitpun tidak mempunyai perasaan pada Sara, tetapi hati
Sara seakan sudah terpaut dengan sikap Adam yang bertanggungjawap itu. ‘Ya
Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan.’ Hanya doa itu yang sentiasa
terdetik di hati Sara.
PEDAL
minyak ditekan perlahan oleh Sara. Kereta dipandu dengan cermat. Maklumlah,
Sara bukan cekap sangat memandu. Lesen pun baru saja dapat. Sesekali ada juga perasaan
takut yang bertandang apabila berselisih dengan kenderaan yang lebih besar.
Namun, dicekalkan juga hatinya.
Tidak lama kemudian dia sudah selamat sampai ke
tempat yang dituju. Setelah kereta diparkir
dengan elok, dia melangkah perlahan menuju ke siber cafe. Perasaannya bercampur baur antara takut dan mengharap. ‘Semoga
Engkau tunaikan impianku Ya Allah..’ Doa Sara tidak putus-putus.
Langkah dihayun dengan penuh debaran.
Terasa seperti mahu melompat kesukaan. Sara
benar-benar teruja tatkala melihat namanya tersenarai di dalam senarai nama
pelajar ambilan pertama UPU. Rasa nak menangis, nak ketawa.. semua ada. Syukur
sangat-sangat kerana impiannya tercapai. Dia diterima masuk ke Universiti
Malaysia pahang.
Dalam diam, sempat juga Sara menarik nafas lega. Sekurangnya
tak adalah dia terpisah jauh sangat dengan Adam. UMP masih lagi berada di dalam
negeri Pahang. Bila-bila saja dia boleh menjenguk Adam. ‘Hishh.. kenapa pulak
aku fikirkan dia ni?’ Sara garu kepala. Nama Adam juga yang dia ingat! ‘Arghhh,
baik aku pusing-pusing dekat bandar kuantan ni dulu. Balik rumah pun bukan ada
apa nak buat!’ Omel Sara sendiri.
ORANG
agak sesak di pusat membeli belah Megamall pada hari itu. Sara menjengah seketika
ke arah jam tangannya. Sudah masuk waktu makan tengah hari. Patutlah ramai
sangat orang.
Sara mempercepatkan langkahnya. Perutnya juga sudah
mula menyanyikan lagu keroncong, minta diisi. Sampai sahaja di hadapan restoran
‘De Daun’.. sebuah restoran masakan melayu, Sara cepat-cepat melangkah masuk. Dia
tidak mahu berlengah-lengah lagi. Mungkin sekejap lagi keadaan akan menjadi
semakin sesak apabila semua orang sudah keluar untuk rehat dan makan tengah
hari.
Namun begitu, belum pun sempat dia melabuhkan duduk,
pergerakannya terus terkunci. Kakinya terasa berat untuk terus melangkah. Macam
ada sebongkah batu besar yang melekat di kakinya. Di meja hadapannya kini kelihatan
sepasang kekasih sedang asyik dibuai asmara. Mereka begitu mesra, makan
bersuapan. Tiba-tiba tubuh Sara berasa panas dan gementar. Wajahnya yang
tadinya tenang, sudah berubah riak menjadi tegang. Hati pula, terasa sakit yang
amat. Bagaikan disiat-siat dengan belati.
“Adam?”
Spontan nama itu terpancul di bibir Sara. Namun tersangat
perlahan, cuma dapat didengari oleh dirinya sendiri sahaja. Sandiwara itu terus
ditonton oleh Sara tanpa disedari oleh pasangan yang sedang asyik memadu cinta
itu.
Ada air jernih yang jatuh perlahan di pipinya. Terasa
sakit dan sebak yang teramat sangat. ‘Kenapa aku rasa macam ni? Kenapa ait mata
ini tumpah? Kenapa sakit begini, Ya Allah? Aku tidak mengerti.!’ Air mata
semakin laju merembes keluar. Sara terus menjadi penonton yang setia.
Sesekali tangan Adam bergerak lembut, membetulkan
anak rambut yang jatuh berjuntai menutupi wajah kekasihnya itu. Mereka
kelihatan sungguh bahagia, seolah-olah dunia ini cuma milik mereka berdua. ‘Apa
lagi yang kau tunggu Sara! Memang wajar dia melayan kau begitu.. Dia memang
benar-benar sudah mempunyai kekasih hati. Cuma kau yang bodoh Sara! Mengharapkan
sesuatu yang tidak pasti.’
Sara tidak sanggup lagi untuk terus menjadi penonton
kepada babak percintaan itu. Dengan tergopoh-gapah dia berjalan meninggalkan
restoran itu tanpa menoleh ke kanan dan ke kiri lagi. Sara bimbang kalau-kalau
Adam perasan dia berada di situ. Dia tidak mahu dituduh menjadi pengintip pula.
Dalam keadaan kelam kabut itu.. tiba-tiba,
“Dubb!”
Sara terlanggar seseorang dan hampir-hampir dia
terjatuh di situ. Sara memejamkan matanya bersedia untuk jatuh pada bila-bila
masa sahaja. Dan pada saat itu juga dia dapat rasakan ada sepasang tangan yang
gagah merangkul erat pinggangnya sekaligus menyelamatkan dia daripada jatuh
tergolek.
Sara
cepat-cepat buka mata. Saat itu juga, debaran sudah mengila di dadanya. Terlopong
mulut Sara! Dia sekarang berada di dalam pelukan seorang lelaki kacak. Dan yang
membuatkan Sara semakin kaget, dia langsung tidak mengenali siapakah gerangan
lelaki kacak itu. Lama Sara kaku dalam pelukan lelaki kacak itu. Dia
benar-benar terkejut.
“ Cik okey ker?” Soal lelaki itu lembut dan
perlahan. Matanya tidak lepas dari merenung wajah Sara. Seolah telah terpukau
dengan keayuan Sara.
“Eh, Okey!” Cepat-cepat Sara menolak tubuh lelaki yang
memeluk erat pinggannya itu. Dia bagaikan baru tersedar keadaan mereka begitu. Muka
Sara berubah menjadi merah. Malu berpelukan begitu dengan lelaki asing. Di
tempat yang terbuka pula tu. Apalah agaknya pandangan orang sekeliling.
Baju kurung yang tersarung kemas di tubuhnya itu
dibetulkan, cuba mencari keselesaan. Jantung Sara masih berlari laju. Malu
betul dia pada lelaki yang sedang berdiri di hadapannya sekarang. Kalau boleh,
Sara rasa nak sorokkan muka dia dalam kain tudung saat tu juga.
“Maafkan Cik! Saya tak ada niat nak ambil kesempatan
tadi.” Lelaki tadi mula disapa perasaan bersalah apabila melihat Sara yang
sudah tidak tentu arah itu. Wajah merah Sara yang tunduk merenung lantai itu
sudah jelas mengambarkan perasaannya tika itu. Dia tahu Sara malu.
“Eh, saya yang sepatutnya minta maaf sebab terlanggar
awak tadi. Terima kasih sebab awak dah selamatkan saya daripada terjatuh.” Sara
cuba bertenang. Cuba untuk senyum. Tapi bibirnya seakan berat untuk mengukir
senyum. Jantung Sara juga, langsung mahu berkerjasama dengannya. Dari tadi
asyik berdetak laju! Tambah laju bila Sara perasan sepasang mata milik lelaki kacak itu tidak lepas-lepas
daripada merenung dirinya. ‘Aduh! Kenapa tengok aku macam nak telan ni?’ Hati
Sara berbisik sendiri.
“Eh, tak apa! Kalau orang lain berada di tempat awak
tadi pun saya tolong jugak.” Lelaki kacak tadi melemparkan senyuman manisnya pada
Sara. Mata tak lepas-lepas daripada merenung Sara. Rasa sayang mahu mengalihkan
pandangannya ke tempat lain.
“Err, saya pergi dulu!” Sara terus berlalu tanpa
menantikan jawapan daripada lelaki itu. Rasa kurang selesa pula dia mahu
berlama dengan lelaki yang langsung tidak dikenalinya itu.
“Cik, tunggu dulu!” Panggil lelaki itu kuat.
Sara terus menonong pergi tanpa menghiraukan
panggilan daripada lelaki kacak itu. Sudahnya, lelaki tadi menghela nafas
panjang. Rasa kecewa pula melihat Sara terus berlalu tanpa menyahut
panggilannya.
Sementara itu, Adam rasa seperti ada sepasang
mata yang sedang merenungnya daripada jauh. Dia terus menoleh untuk memastikan
keadaan itu. Matanya menyorot liar kesegenap ruang di dalam restoran itu dan agak
terperanjat apabila matanya menangkap pandang imej seorang perempuan muda yang
sedang tergesa-gesa pergi meninggalkan restoran tersebut.
Tiba-tiba dia
melihat tubuh perempuan itu telah dirangkul erat oleh seorang lelaki. ‘Eh,
itukan..?’ Darah Adam berderau. Bibir diketap kuat tanda sakit hati. Tanpa
sedar tangannya sudah menggenggam penumbuk. Sakit hati! Itu yang Adam rasa
sekarang.
JAM
sudah menunjuk ke angka 8.30 malam. Sara baru sahaja selesai mandi dan sedang
mencari-cari baju tidur untuk dipakai. Tiba-tiba pintu biliknya ditolak kasar
dari luar. Terperanjat Sara apabila Adam dengan laju merempuh masuk ke biliknya.
Wajah Adam yang mencuka itu sudah jelas menampakan ketidakpuasan hatinya. ‘Apa
kena pulak mamat ni? Tak ada angin, tak ada ribut.. tiba-tiba taufan!’ Sara
mula cuak. Perasaan malu mula bermukim di hati. Malu bila Adam tiba-tiba saja merempuh
masuk ke biliknya dan melihat dia dalam keadaan berkemban begitu.
“Kenapa nak masuk tak ketuk pintu ni?!” Bentak Sara
kasar. Mukanya sudah merona merah, cuba berselindung di balik pintu almari
pakaian.
Adam masih tetap mencuka. Matanya tidak lepas
merenung Sara daripada atas sampai kebawah. Sara mula rasa tidak selesa dan
takut. ‘Apa dah jadi ni?’ Sara makin bingung.
Jantung Sara berdegup kencang. Perasaan takut mula
menguasai dirinya apabila melihat Adam berjalan perlahan menghampirinya dengan
panahan mata yang tajam, menikam terus ke tangkai jantung Sara.
Tangan Sara
ditarik kasar oleh Adam sehinggakan tubuh Sara terdorong ke depan dan terus
berlaga dengan tubuhnya. Cepat-cepat Sara mengundur semula ke belakang. Tapi,
pegangan tangan Adam masih kejap di lengannya. Sara rasa nak menangis. Takut,
seram.. semua ada. Pandangan mata Adam yang tajam itu seakan mahu menelan dia
hidup-hidup di situ.
Hati lelaki Adam mula bergetar. Saat tubuh hangat
Sara berlaga dengan tubuhnya sebentar tadi, naluri lelakinya terus berkocak.
Jantungnya berdetak sama laju dengan jantung Sara.
Sara gementar. Dia meronta kuat, cuba untuk
merungkaikan cengkaman tangan Adam yang begitu kejap di lengannya. Tapi, Adam
semakin mencengakam.. membuatkan dahi Sara berkerut menahan rasa sakit.
“Sakit lah!” Sara mengadu kuat. Peluh kecil sudah
mula memercik di dahinya. Dia betul-betul malu dan takut berhadapan dengan Adam
dalam keadaan begitu. Kenapa dengan Adam ni? Kena rasuk dengan iblis mana ni?
Ataupun bergaduh dengan kekasih dan sekarang melepaskan segala kemarahannya
pada Sara?
Adam tetap sama. Wajahnya masih lagi mencuka, merenung
Sara dengan tajam dari atas sampai ke bawah. Liur diteguk berkali-kali. Iman di
dada semakin menipis. Tetapi perasaan marah lebih menguasai dirinya berbanding
keinginan batinnya kala itu.
“ Please Am..
lepaskan tangan saya.”
Sara merayu dengan suara bergetar. Mata mula
berkaca. Dia berharap sangat Adam mahu mendengar rayuannya. Tapi malangnya. Rayuan
Sara semakin mencambahkan api kemarahan di dalam diri Adam.
“ Ooo.. Kalau aku pegang tangan kau tak boleh! Tapi
kalau jantan lain peluk kau, kau suka!!” bentak Adam keras. Dia terus merangkul
Sara ke dalam pelukannya, begitu kuat dan kejap. Sara meronta-ronta untuk
melepaskan diri. Perasaan takut semakin menguasai diri tatkala melihat Adam
seakan sudah hilang pertimbangan.
Tindakan Adam semakin meliar. Rayuan Sara sedikitpun
tidak terkesan di hatinya. Dia telah dikuasai perasaan marah dan keinginan
batin seorang lelaki. Kehangatan tubuh Sara telah membangkitkan naluri
kelelakiannya.
Sara mengigil ketakutan. Air mata turun tanpa
dipinta. Matanya dipejam rapat-rapat. Takut nak membayangkan apa yang bakal
berlaku selepasnya.
Tiba-tiba pelukan Adam terlerai. Dia berlalu menuju
ke arah pintu bilik Sara yang terbuka luas. Laju Sara membuka mata. Dia sudah
terduduk kaku di penjuru katil, menarik nafas lega. Disangkakan Adam sudah mahu
keluar, namun sangkaannya terus meleset. Dari ekor matanya dia dapat melihat
Adam menutup daun pintu biliknya dari dalam dan terus dikunci rapat. Dada Sara kembali sesak
apabila melihat Adam sudah menghampirinya semula. Mata mereka bertembung lama.
Dengan perlahan Adam datang menghampiri isterinya, mengambil
tempat duduk di sebelah Sara. Perlahan-lahan Adam menyentuh tangan Sara dan
menggenggam serta membelai jari jemarinya dengan lembut
. Sara keliru.
“Kau milik aku! Aku tak suka kalau hak aku dikacau
oleh orang lain. Aku tak akan lepaskan kau Sara. Aku akan pastikan kau cuma
menjadi milik aku..” bisikan Adam yang perlahan di telinga Sara itu membuatkan
Sara semakin kebingungan dan tidak mengerti.
Bertambah keliru apabila jari-jemari suaminya beralih
pada wajahnya pula. Sara kaku dan tidak faham dengan sikap Adam pada malam itu.
Dia cuba mencerna apa yang telah berlaku namun masih kabur. Akhirnya Sara kalah
jua apabila Adam mencium pipinya dengan begitu mesra. Kenapa Adam begini?
“ Sara... aku mahu kau jadi milik aku sepenuhnya.” Pinta
Adam lembut. Sara diam, fikirannya sungguh berkecamuk saat itu. ‘ Kenapa dia
bersikap macam ni, apa sebenarnya ni? Kenapa dengan tiba-tiba sahaja? Ya Allah,
berdosakah aku jika menolak?’ Fikiran Sara semakin kusut.
Sekali lagi Adam mencium pipi Sara dan meramas
jari-jemarinya. Sara terpana seketika, tidak pernah seumur hidupnya dibelai
sebegitu oleh seorang lelaki.
Adam merenung lembut ke dalam anak mata Sara.
“Aku mahukan kau..”
Pinta Adam sekali lagi. Air jernih sekali lagi tanpa
segan silu jatuh ke pipi Sara. ‘Andainya ini memang sudah Engkau aturkan untukku,
aku redha dengan segala perancangan Mu, Ya Allah.’ Hati Sara berbisik yakin.
Akhirnya pada
malam itu, buat pertama kalinya Adam meniduri Sara. Mereka berkongsi apa yang
sepatutnya mereka kongsikan selama ini. Malam itu segala-galanya menjadi indah,
seolah-olah tidak pernah ada sengketa di antara mereka selama ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan