Sesuci Cinta Qaseh a.k.a Jawapan Cinta-Bab 4



Qaseh Syafiqah












BAB 4

BUNYI muzik yang kuat berdentum-dentam di sebuah kelab malam yang terkemuka di ibu kota itu begitu membinggitkan telinga. Namun bunyi binggit itu langsung tidak dirasai oleh pengungjung-pengungjungnya yang rata-rata sedang ligat menari. Mereka seolah begitu senang dengan kebinggitkan itu, menari meliuk-lintok mengikut bunyi alunan muzik yang sedang dimainkan.
Harith duduk termanggu di meja sambil menikmati minuman coca cola yang dipesannya tadi. Kekasihnya Bella, kelihatan begitu ligat di pentas tari. Entah kenapa pada malam itu moodnya untuk menari tiada, terbang entah ke mana. Kepalanya sedang berserabut sekarang, sesak dengan persoalan yang telah dibangkitkan oleh datuknya di pejabat siang tadi.
Datuknya, Tan Sri Musa telah memberikan kata dua kepadanya, berkahwin ataupun semua harta akan berpindah milik kepada badan kebajikan. Arrghh!! Masakan dia boleh hidup tanpa harta-harta datuknya.
Harith Haikal! Semenjak kecil lagi dia sudah dibesarkan dalam kemewahan. Kedua orang tuanya telah terkorban dalam kemalangan jalan raya sewaktu mereka menetap di kota London. Selepas itu dia telah dibawa pulang oleh datuknya ke Malaysia dan telah dijaga oleh datuknya dengan penuh kasih sayang kerana hanya dia lah satu-satunya cucu yang datuknya ada.
Selepas mendapat keputusan yang cermerlang dalam peperiksaan SPM, datuknya sekali lagi telah menghantar dia melanjutkan pelajaran di luar negara dalam bidang perniagaan. Empat tahun berada di negara orang cukup membuatkan dia hanyut dengan budaya dan cara hidup orang-orang di sana. Kelab malam sudah sebati dalam jiwanya, namun dia tidak pernah sesekalinya meminum air syaitan yang memabukkan itu. Di sana jugalah dia mula mengenali Bella, gadis kacukan perancis dan melayu sehinggakan membawa kepada putik percintaan. Bella yang sangat cantik dengan wajah ala-ala mat salih itu, memang padanlah dengan dirinya yang tidak kurang juga kacaknya. Cinta mereka terus mekar sehinggalah mereka pulang ke Malaysia.
Kini, sudah hampir lima tahun dia pulang ke Malaysia dan menjawat jawatan sebagai CEO di syarikat milik datuknya iaitu Musa Holding Sdn.Bhd. Syarikat perkapalan dan hartanah milik datuknya itu melopori segenap ceruk negeri di seluruh Malaysia dan terdapat juga cawangannya di luar negara. Masakan dia sanggup kehilangan semua harta itu dalam sekelip mata. Fikiran Harith terus melayang jauh menembusi kelab malam itu. Kata-kata datuknya masih terakam kemas di ingatannya.
“Harith!! Tok ayah sudah lama perhatikan Harith..Segala tindak tanduk Harith dalam pemerhatian tok ayah, dan tok ayah tidak suka.” Luah Tan Sri Musa jujur.
“Apa maksud tok ayah ni?” Harith kurang faham dengan maksud datuknya. Bukan kurang faham, tapi langsung tidak faham sebenarnya.
“Hmm..semenjak Harith balik ke Malaysia, tok ayah tidak pernah nampak Harith bersolat. Malam-malam pula asyik berpeleseran di disko..Macamni ke sikap seorang CEO?” Tan Sri Musa sudah tidak mahu menangguh lagi. Sudah lama masa diberikan kepada Harith, sudah berbuih juga mulutnya menegur tapi cucunya itu masih tetap sama. Kali ini dia sudah mengambil keputusan, dia akan kahwinkan Harith dengan perempuan yang dia yakin dapat membawa Harith kembali ke jalan yang lurus.
“Apa ni tok ayah! Harith kuar malam saja, kerja-kerja kat pejabat tu semua Harith buat dengan baik!” Ada rasa tidak puas di hati mendengar omelan datuknya itu.
“Itu tok ayah tahu! Tapi untuk jadi orang yang berjaya ni Harith, bukan bagus dalam kerjaya saja. Kena bagus dalam semua perkara, dunia dan akhirat. Jika kita asyik mengejar dunia sahaja tapi akhirat kita lupa, itu bukan berjaya namanya. ‘Berkerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadatlah kamu seolah kamu akan mati esok hari.’ Jadi kita kena seimbang dalam dua perkara tu..Dunia dan akhirat! Barulah kita akan jadi seorang pemimpin yang berjaya.” Panjang lebar pula syarahan yang keluar daripada mulut tok ayahnya saat itu.
Harith buat muka bosan. Dia tahu kalau tok ayahnya sudah mula bersyarah, sampai ke subuh esok belum tentu lagi boleh habis. Mana tidaknya, macam-macam hal yang dia bangkitkan daripada soal solat, adab, budaya, sehinggalah kepada soal berumahtangga. Telinga Harith tu, kalau dia boleh muntah tentu sudah dimuntahkan segala isinya. Harith masih diam, tidak tahu mahu menjawap apa.
“Tok ayah nak kau kahwin!!” Tegas sekali bunyinya membuatkan Harith tersentak.
“Tok ayah! Bukan Harith tak nak kahwin..Tapi Bella tu belum bersedia untuk ada komitmen..”
Ucap Harith perlahan mengharapkan tok ayahnya faham. Dia sendiri belum bersedia sebenarnya untuk memikul tanggungjawap sebagai seorang suami. Bagi Harith usia 29 tahun masih terlalu awal untuk bergelar seorang suami. Zaman sekarang, umur 29 tahun masih lagi untuk berseronok dan bebas dengan ikatan perkahwinan. Dia dengan Bella juga tidak pernah berbincang soal perkahwinan. Mereka lebih selesa dengan status mereka sekarang. Walaupun tidak berkahwin, boleh dikatakan hampir setiap malam mereka berjumpa dan ada juga mereka bermalam bersama. Tapi Harith belum pernah menyentuh Bella secara halus, sekadar peluk cium sahaja. Bagi Harith selagi mereka tidak berkahwin, dia akan menjaga kesucian Bella dan dia akan mengambilnya apabila mereka sudah sah bergelar suami isteri.
Memang kadang-kala Harith hampir kalah dengan godaan Bella tetapi dia sebolehnya mengawal nafsu lelakinya nan satu itu. Dia sayangkan Bella, tidak sanggup rasanya merampas sesuatu yang belum sah menjadi haknya walaupun Bella berkali-kali menyatakan dia sanggup menyerahkannya kepada Harith walaupun mereka belum berkahwin.
“Siapa kata tok ayah nak suruh kau kahwin dengan perempuan tu?” Keras saja bunyi pertanyaan Tan Sri Musa itu dipendengaran Harith. Harith tahu tok ayahnya itu cukup tidak berkenan dengan Bella, kekasih hati pengarang jantungnya itu. Kata tok ayahnya, perempuan macam Bella tidak layak untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang baik buat anak-anaknya.
Harith mengaku, Bella agak sosial sedikit orangnya. Mereka bertemu pun di sebuah kelab malam semasa dia berada di UK, waktu itu mereka sama-sama belajar di sana. Bella atau nama sebenarnya Sabila memang anak jati Kuala Lumpur. Ayahnya yang berbangsa perancis itu sudah lama menetap di Malaysia dan sudahpun menjadi warganegara Malaysia. Ayah Bella juga seorang ahli perniagaan, walaupun tidaklah sekaya tok ayahnya.
“Habis tu, tok ayah nak suruh Harith kahwin dengan siapa? Kenapa Harith tak boleh kahwin dengan Bella?” Harith sudah mula gelisah. Mana mungkin dia berkahwin dengan perempuan lain sedangkan dia mencintai Bella setengah mati.
“Dengan anak pakcik Sufian!”
What? Dengan anak pakcik Sufian driver tok ayah tu?” Mata Harith sudah membulat, tidak percaya dengan cadangan tok ayahnya yang langsung tidak masuk akal baginya. ‘Gila!! Nak kena kahwin dengan anak pemandu..’ Getus Harith dalam hati dengan kening yang sudah bertaup rapat.
“Yup! Titik..Kalau tak semua harta tok ayah akan tok ayah sedekahkan pada badan kebajikan..” Ugut Tan Sri Musa lagi dengan senyuman yang melebar di bibir. Dia tahu benar cucunya itu, bukan boleh hidup susah.
“Shit!!” Pekik Harith kuat sambil menumbuk dada meja. Air coca cola di gelasnya berkocak kuat. Sakit betul hatinya apabila teringatkan semua itu.
What’s wrong honey?” Bella sudah merangkul lehernya dengan manja. Nafas Bella masih menggah, kepanatan kerana baru sahaja selesai menari di pentas tadi.
Harith hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum kecil. Gila! Kalau dia berterus terang dengan Bella tentang perkara itu, mahunya mengamuk minah tu di situ juga.
Let’s go baby!!” Bella sudah menarik tangan Harith laju menuju ke pentas tari. Harith hanya menurut tanpa membantah.
Bunyi muzik berdentum dentam memenuhi ruang telinga mereka. Tangan Harith terus memeluk rapat tubuh ramping Bella, menari ikut rentak muzik yang sedang bergema hebat itu. Sesekali bibir munggil Bella melekat rapat pada pipi Harith membuatkan Harith tersenyum lebar. Tubuh mereka terus melekat rapat, semakin seronok menghayungkan tubuh masing-masing mengikut alunan muzik tanpa sedikit pun memikirkan soal dosa dan pahala.

OMBAK laut masih lagi setia memukul pantai, menampar mesra di gegendang telinga Qaseh. Bayu malam berpuput lembut, membuai rambutnya yang terlepas bebas itu. Qaseh masih setia berdiri di ambang jendela biliknya walaupun malam sudah mengginjak ke pagi. Matanya betul-betul buat hal pada malam tu, hatinya pula asyik resah dan gelisah saja. Mana tidak resah jika fikirannya asyik mencerna perkara yang bukan-bukan sahaja.
“Hmm..macam manalah agaknya rupa bakal suami aku? Macam mana pulak dengan perangai dia? Ya Allah..Takutnya aku nak membayangkan semua tu..” Keluh Qaseh perlahan.
Jika diikutkan kata hatinya dia memang mati-matian tidak mahu berkahwin, apatah lagi dengan seorang lelaki yang dia langsung tidak kenal hati budinya. Yang dia tahu lelaki itu cucu kepada majikan ayahnya. Setahu Qaseh, ayahnya berkerja sebagai pemandu peribadi kepada seorang ahli perniagaan. Sejauh mana kebenarannya, Qaseh sendiri tidak pasti kerana berita itu hanya disampaikan oleh datuknya. Qaseh tidak pernah bertemu dengan ayahnya. Setiap kali ayahnya datang menjenguk dia akan melarikan diri.
Hati dia masih sakit sebenarnya. Jauh di sudut hati kecilnya masih belum dapat memaafkan segala perbuatan ayahnya. Qaseh bukan mahu melawan takdir, tapi Qaseh sebenarnya geram. Dia geram dengan sikap ayahnya yang hanya menjadi pak turut kepada ibu tirinya Latipah. Kerana terlalu turutkan kata-kata ibu tirinya, ayahnya tanpa rasa bersalah telah menceraikan ibunya dengan talak tiga. Walhal sebelum ibu tirinya Latipah muncul, mereka sekeluarga hidup aman bahagia. Sampai sekarang kenangan pahit itu masih terpalit kemas di hatinya, merobek segala kepercayaannya pada satu ungkapan bernama cinta.
Sekarang pula, ayahnya tanpa rasa bersalah sedikitpun telah datang untuk mengatur corak hidupnya. Dia bagai mempertaruhkan kebahagiaan dirinya. Jika bukan kerana datuknya, Qaseh memang tidak akan bersetuju untuk berkahwin. Dia takut sebenarnya! Takut yang amat sangat untuk memegang status sebagai seorang isteri. Mampukah dia menjadi seorang isteri yang baik? Mampukah dia mencintai suaminya sedangkan dia langsung tidak berminat untuk bercinta..
Qaseh menampar pipinya yang terasa perit. Seekor nyamuk sudahpun penyek di telapak tangannya. Mata Qaseh masih setia merenung ke dada langit yang nampak cantik disimbahi cahaya bulan. Sekilas itu juga dia menjeling jam yang tergantung kemas di dinding biliknya itu. Sudah jam 2.00 pagi!
“Hmm..sudah-sudahlah Qaseh! Kalau kau terus mengelamun macam ni, masalah kau tetap juga tidak selesai..Lebih baiklah kau pergi ambik wuduk! Istikarah pada Allah..Dia yang maha mengetahui..” Qaseh bercakap sendiri apabila tersedar yang sudah lama sebenarnya dia termenung di tepi jendela itu. Dia dengan pantas menutup jendela di biliknya dan terus bergegas ke bilik air.
Lantai papan yang dipijak oleh Qaseh itu berkeriut menghasilkan bunyi. Apatah lagi di malam yang sudah sunyi sepi itu memang jelas kedengaran bunyinya.
“Qaseh?!” terdengar suara tua datuknya memanggil dengan suara yang sedikit keras tatkala dia melintasi bilik datuknya. Pintu bilik datuknya masih berkatup rapat.
“Yer, tok!!” Langkah Qaseh sudah terhenti di hadapan bilik datuknya itu.
“Tak tidur lagi ker?” terdengar suara datuknya bertanya dari dalam.
“Belum tok!! Qaseh nak pergi bilik air, ambil wuduk..” Balas Qaseh pula. Dia masih berdiri lama di hadapan pintu bilik datuknya menanti jawapan ataupun pertanyaan yang seturusnya. Tetapi setelah beberapa saat datuknya masih berdiam diri, Qaseh terus menyambung langkahnya menuju ke bilik air yang terletak di hujung dapur rumahnya.
Dengan penuh khusyuk Qaseh berdoa,
“Ya Allah, Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang..Aku memohon petunjuk dan hidayah dari-Mu..Sesungguhnya Engkau maha mengetahui segala yang aku tidak ketahui..Jika jodoh ini adalah yang terbaik untukku..Kau lapangkanlah hatiku untuk menerima pernikahan ini walaupun aku sendiri tidak mengenali bakal suamiku. Kau lembutkanlah hatiku untuk belajar menyayanginya dan menerimanya seadanya. Tapi jika dia bukanlah yang terbaik untukku, Kau jauhkanlah dia dari hidupku..”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan