Sesuci Cinta Qaseh a.k.a Jawapan Cinta- bab 12



BAB 12

QASEH agak sibuk sejak pagi lagi. Sudah hampir seminggu dia berkerja di syarikat Daya Maju Holding sebagai eksekutif pemasaran. Arahan daripada pihak atasan untuk mengadakan mesyuarat tergempar pada petang nanti menyebabkan dia sedikit kelam kabut menyiapkan laporan.
Selama seminggu berkerja di situ dia sudah mula dapat menyesuaikan diri. Tapi agak penat juga untuk dia menyesuaikan diri dengan kerjanya, tambahan pula banyak tugas yang tertunggak yang tidak diselesaikan oleh eksekutif pemasaran sebelum ini. Dia terpaksa mencari semula fail-fail lama untuk menyiapkan semua laporan.  
“Qaseh! Jom pergi lunch..” Tiba-tiba Ryna, kerani akaun di syarikatnya menyapa. Qaseh yang sedang ralit menaip sesuatu di komputer ribanya menoleh laju. Ryna sudah berdiri tegap di sebelah mejanya sambil tersengih lebar.
“Alamak!! Banyak lagi tak siap ni.. Kau pergi jelah errk, aku nak siapkan semua laporan ni. Petang karang nak guna dalam mesyuarat.” Jawap Qaseh, kemudian terus menyambung kerjanya.
“Alah, buka lama pun! Jomlah.. Tak kan kau tak nak makan?” Ryna terus memujuk.
“Aku betul-betul tak bolehlah.. Kau bukan tak tahu Encik Faez tu, garang bukan main lagi, mengalahkan Tuan Pengarah kita. Nanti kalau laporan ni tak lengkap, aku jugak yang kena.” Balas Qaseh lagi sambil mata masih lagi melekat pada komputer di hadapannya.
“Hmm, tu yang aku pelik tu. Kenapa Encik Faez tu garang semacam jer dengan kau? Dengan aku dan staff-staff yang lain okey pulak..” Dahi Ryna sudah berkerut. Qaseh cuma diam, tidak menjawap. Tangannya masih lagi lincah menekan papan kekunci.
“Oiitt!! Kau dengar tak ni? Hishh, baik aku pergi makanlah macam ni.” Ryna sudah naik angin kerana Qaseh langsung tidak melayannya.
“He..he..he.. Aku dengar. Sorry..” Balas Qaseh kemudiannya sambil tersengih.
“Aku pergi dululah! Nak kirim apa-apa tak?” Tanya Ryna lagi.
“Emm, takde.”
Sebaik sahaja Ryna meninggalkan mejanya, Qaseh kembali sibuk dengan kerjanya. Dia mahu membuat laporan yang terbaik kerana inilah mesyuarat pertama yang akan dihadirinya  semenjak dia berkerja di situ.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi nyaring. ‘Hai, siapa pulak yang telefon ni?’ Qaseh terus mencapai telefon yang berada di atas mejanya. Sebaik saja melihat nama si pemanggil, dia tersenyum lebar. Butang hijau terus ditekan.
“Assalamulaikum..” Ceria sekali suaranya.
“Waalaikummussalam..Kau buat apa tu? Dah makan?” Tanya suara di sebelah sana, kedengaran ceria seperti biasa.
“Belum. Aku tengah siapkan laporan ni, ada meeting tergempar petang nanti. Atok sihat tak? Comot? Ya Allah rindunya aku pada diaorang..”
“Pada diaorang jer, aku?”
“ Pada kau jugak! Rindunya kampung..Laut, pantai, pasir..Semua aku rindu. Kau tahu Aamar tempat orang tak sama dengan tempat sendiri..”
Suara Qaseh sudah kedengaran sayu. Wajah datuknya, wajah Comot dan wajah Aamar mula menari-nari di hadapan mata silih berganti. Aamar terdiam, lama begitu.
“Nanti kau ada masa baliklah. Atok pun sejak akhir-akhir ni nampak makin tak sihat jer.. Agaknya dia rindukan kau.”
“Aku nak sangat balik Aamar..Tapi kau tahukan, akau baru jer start kerja..Bukan senang nak dapat cuti. Ada masa nanti aku balik.” Jawap Qaseh semakin sayu. Hampir menitik air matanya.
“Aku faham. Dahlah, jangan nak buat ayat touching pulak!”
Balas Aamar dengan nada bergurau. Tawa mereka pecah serentak. Perasaan rindu mula menggung di dada Qaseh. Sudah lama dia tidak bergelak tawa begitu.
“Eh, okeylah! Melayan kau bersembang ni tak siap laporan aku nanti..”
“Okeylah, jaga diri. Ada masa ajaklah suami kau balik jenguk atok..” Sempat lagi Aamar titipkan pesan buat Qaseh. Dengan spontan Qaseh menganggukkan kepala seolah Aamar dapat melihat anggukannya itu.
Setelah talian diputuskan, Qaseh kembali menyambung kerjanya. Tanpa dia sedar ada sepasang mata yang sedang perhatikan dia daripada jauh dengan penuh minat.

SEMENTARA Harith di pejabatnya begitu tekun mengadap dokumen yang penuh di atas meja. Sesekali pula matanya beralih kepada komputer riba yang terletak kemas di atas meja kerja. Email yang tidak henti-henti masuk ke inbox itu dibaca satu persatu.
Seketika kemudian Harith bersandar lesu pada kerusi kerjanya dan memicit-micit kepalanya yang terasa sedikit berdenyut. ‘Aduhh..berdenyut-denyut pulak kepala ni!’ Getus Harith dalam hati.
Alangkah bagusnya kalau dia dapat ke kelab malam selepas habis waktu berkerja nanti. Pasti sakit kepalanya akan terus hilang. Bayangan Bella, kekasih hatinya yang berdarah kacukan dan seksi itu terus muncul di layar mata membuatkan dia tersenyum sendiri. Lenggok tubuh Bella yang menggoda terus terbayang di ruang mata.
 Tetapi seketika itu juga senyuman dibibirnya terus mati tatkala bayangan wajah tok ayahnya pula menjelma menggantikan wajah cantik Bella. Harith telan liur berkali-kali. Kepalanya semakin berdenyut-denyut apabila amaran kerasa daripada tok ayahnya tempoh hari seakan terngiang-ngiang di cuping telinganya.
“Ini amaran terakhir! Kalau lepas ni tok ayah tahu kau keluar lagi dengan perempuan murahan tu..Kau jejak lagi kaki kau dekat kelab malam tu, tahulah nasib kau!! Tok ayah akan buat hidup kau merempat..Tahu?!!”
Dup!! Harith tersentak. Terasa seolah tok ayahnya sedang menjerit di tepi telinganya kala itu. ‘Ishh, tok ayah ni..Mana-mana aku pergi ada saja dia! Tak boleh jadi ni, aku kena fikirkan strategi..’ Harith berkira-kira dalam hati.
“Tok! Tok! Tok!!” Kedengaran pintu biliknya diketuk dari luar.
“Masuk!” Jawap Harith sepatah sambil membetulkan duduknya.
Seketika itu, terjenguk wajah seorang pemuda sebaya Harith yang sedang berkemeja hitam berdiri tegap di ambang pintu dan seketika itu juga pemuda itu terus menapak ke dalam. Sambil tersengih dia bertanya,
“Kau sibuk ker? Boleh aku masuk?”
“Kau bukan dah masuk ker?” Jawap Harith dengan muka selamba. Wajah Rizal direnung tanpa riak. Kawan baiknya itu sudah tersengih macam kerang busuk. Rizal menarik sebuah kerusi dan terus duduk berdepan dengan Harith tanpa sempat dipelawa.
“Kau tak kerja ker hari ni?” Tanya Harith sambil melirik pada jam Rolex yang tersarung cantik di tangannya. Baru pukul 4.00 petang.
“Kerja! Ni aku baru balik dari meeting dengan pihak hospital. Kebetulan lalu depan pejabat kau, aku singgah kejap.”
“ Kau ni, kalau tak merayap waktu kerja memang bukan kaulah tu! Mentanglah kau tu bos! Habislah pesakit-pesakit kau nanti.. doktor kuat merayau!” Harith sudah ketawa kecil. Saja mahu kenakan kawan baiknya itu.
Rizal adalah kawan baiknya sejak berada di UK lagi. Mereka belajar di universiti yang sama tetapi di dalam bidang yang berlainan. Rizal adalah seorang doktor dan telah membuka kliniknya sendiri. Namun, kerjayanya sebagai seorang doktor tidak pernah membataskan aktiviti malamnya. Rizal juga kaki lepak di kelab, sama macam Harith. Cuma, waktu Rizal sekarang agak terbatas. Semenjak dia bergelar doktor, aktiviti malamnya semakin berkurangan, namun masih tetap ada.
“Aku merayap pun sebab nak jumpa dengan kau, tau tak? Patutnya kau bangga dapat kawan macam aku ni..”
“Hmm..Yerlah tu! Bangga sesangat.” Harith menarik sebuah dokumen lalu membelek-beleknya, kemudian dia mencatit sesuatu di atas sekeping kertas.
“Rith..Kau sibuk sangat ker sekarang? Dah lama tak nampak muka kau kat kelab.” Mata Rizal terarah tepat pada wajah Harith yang tiba-tiba menjadi keruh. Harith masih diam.
“Kena control dengan bini ker?” Tanya Rizal lagi seakan memerli. Dia tersenyum sumbing. Harith merenung tajam pada Rizal. Pen di tangan diletakkan ke atas meja.
“Ini Harith Haikal tau tak! Tak akan sesekalinya kena kontrol dengan perempuan..” Rizal tergelak kecil.
“Habis tu, kenapa dah lama tak datang kelab? Kau jangan cakap yang kau dah berubah..Takut aku dengar..” Rizal masih belum puas menyakat Harith. Dia tahu hati kawannya sedang terbakar kala itu.
“Emm, ini yang jadi masalah sekarang ni. Aku kena kontrol dengan tok ayah aku! Pening dah kepala aku ni duk fikir semua ni..Serabut betul. Hari-hari kena mengadap muka perempuan kampung tu, buat tekak aku meloya jer..” Luah Harith dengan geram. Bibirnya diketap kuat tanda geram yang amat.
“Buruk sangat ker rupa bini kau tu?”
“Tak adalah buruk! Memanglah lawa, tapi pakaian dia tu.. Huhh! Naik sakit mata aku ni tengok. Asyik-asyik dengan baju kurung, kain batik, baju t-shirt!!” Jawap Harith dengan mimik muka penuh meluat. Rizal sudah ketawa besar.
“ Kau ni kelakarlah! Patut kau bersyukur tau tak.. Sekurangnya kau dapat seoarang isteri yang baik. Okeylah tu! Daripada kau kahwin dengan perempuan seksi yang dedah sana-sini.” Jawapan Rizal membuatkan dahi Harith berkerut seribu.
“Apa yang untungnya?” Harith bertanya macam orang bodoh.
“Yerlah, kau sorang jer yang nampak apa yang sepatutnya jadi hak kau. Kalau kau kahwin dengan perempuan seksi, terdedah sana, terdedah sini..Apa bezanya kau dengan orang lain?” Sudah macam ustaz gayanya si Rizal bercakap.
 Harith termenung lama. Mungkin sedang berfikir tentang apa yang dikatakan oleh kawan baiknya sebentar tadi. Dalam diam dia mengakui ada benarnya kata-kata kawan baiknya itu. Tetapi egonya sebagai manusia dan sebagai lelaki tetap mahu menafikan kebenaran itu.
“Elehh, kau cakap aku..Kau pun sama jugak kan? Macamlah aku tak tahu, kau tu selalu dikelilingi makwe-makwe jenis yang tak cukup kain.” Bidas Harith akhirnya, tidak mahu mengalah.
“Itu semua stok untuk berseronok! Kalau nak buat bini aku nak cari perempuan macam bini kau tu..Senang cerita, kalau kau betul-betul tak suka.. Kau pass jer bini kau dekat aku..He..he..” Selamba saja Rizal menutur kata.
“Ishh, ni nak?” Harith sudah menayangkan penumbuk di hadapan muka Rizal. ‘Dia ingat Qaseh tu barang ker nak main pass jer..’ Gerutu Harith dalam hati. Entah kenapa rasa sakit pula hatinya mendengar gurauan kawan baiknya itu.
“Eh, sayang ke?” Rizal sudah ketawa besar. Seronok betul dia dapat mengenakan Harith pada petang itu. Harith yang tersedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Rizal itu tersipu malu.

JAM yang tersarung kemas di pergelangan tangan kanannya itu berkali-kali dijenguk. Qaseh resah sendiri. Sudah hampir pukul 7.00 malam. Dia bingkas dari duduk dan berjalan sedikit ke depan meninjau kalau-kalau bas yang sedang ditunggu telah muncul. Tetapi dia kembali hampa apabila mendapati hanya kederaan lain sahaja yang ada bertali-arus di atas jalan raya yang semakin sibuk itu. Qaseh mengeluh kecil. Sekarang cuma tinggal dia seorang sahaja di situ, keadaan itu semakin menyesakkak dadanya.
Tiba-tiba hatinya berasa sakit. Jika bukan kerana Faez yang beria suruh dia betulkan balik laporan yang telah dibuat untuk mesyuarat petang tadi, mungkin dia tidak akan terlewat dan terlepas bas untuk pulang ke rumah. Padahal laporan itu boleh saja dibetulkan esok hari, namun Faez mahu dia siapkan hari itu juga. Akibatnya, dia terpaksa keluar lewat daripada pejabat semata-mata mahu betulkan laporan tersebut.
Qaseh tidak faham kenapa Faez begitu benci padanya. Sikap dingin Faez terhadap dirinya benar-benar menjadi tanda tanya. Qaseh mula perasan dari awal dia berkerja di situ lagi, Faez sudahpun dingin dengannya. Qaseh rasa seperti mahu menangis saat itu juga. Apalah malang nasibnya. Balik ke rumah terpaksa mengadap muka suami yang berlagak bagus, di pejabat pula terpaksa berdepan dengan muka ketat orang atasannya. Sesak rasa nafasnya mengenangkan itu semua.
Sekali lagi Qaseh menjeling pada jam yang terlekat kemas di pergelangan tangannya. Dia mengeluh lagi. Rasa mahu menangis saat itu mengenangkan hari semakin beransur malam. Entah pukul berapalah agaknya bas yang dinanti akan muncul. Qaseh mula diserang perasaan takut.

“HARITH, mana isteri kamu..Tak balik lagi ke?” Tanya Tan Sri Musa sebaik saja dia melabuhkan duduk di sofa bersama cucunya. Harith yang sedang khusyuk menonton buletin utama itu menoleh seketika.
“Belum, tok ayah..” Jawap dia sepatah, kemudian kembali menatap peti televisyen.
“Hai, biasa waktu-waktu macam ni dia dah ada dekat rumah. Kenapa lambat pula malam ni? Ada kamu telefon dia bertanya?” Jelas tergambar kerisauan di wajah Tan Sri Musa. Maklumlah sajalah, Qaseh itu perempuan..Lawa pula tu. Bimbang pula terjadi sesuatu yang tidak elok nanti.
“Err..tak ada tok ayah..” Balas Harith perlahan. Dia tersenyum kelat apabila terpandangkan wajah keruh tok ayahnya. Mata Tan Sri Musa merenung tajam pada cucunya nan sorang itu.
“Kenapa tak telefon tanya?” tegas sekali suara Tan Sri Musa.
Glupp!! Harith sudah menelan liur. Sekali lagi dia tersenyum kelat memandang wajah tok ayahnya yang nampak tegang saja. ‘Apa aku nak buat ni? Nombor telefon dia pun tak ada! Macam mana aku nak telefon dia?’ Harith sudah berkira-kira di dalam hati.
“Emm, banyak kerja agaknya tok ayah. Biasanya dia telefon Harith kalau nak blik lewat. Bateri telefon dia habis kut..” Harith terus mencipta alasan.
“Kamu ni, ambil ringan jer kan! Yang kita tengah bercakap sekarang ni pasal isteri kamu..Sikit pun kamu tak rasa risau? Sudahlah dia tu masih baru lagi dekat KL ni..” Keras saja bunyi suara Tan Sri Musa. Hatinya berasa sakit melihat Harith seolah tidak peduli langsung tentang Qaseh.
“Err..Harith pergi cari dialah.”
Harith sudah bingkas bangun dari duduknya. Sebelum tok ayahnya buka syarahan panjang lebar, lebih baik dia bergegas pergi. Kalau tidak, sampai besok belum tentu lagi boleh habis. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah pada Qaseh. Tak pasal-pasal dia kena sembur dengan tok ayahnya kerana perempuan kampung tu.
Baru saja Harith mencapai kunci kereta Skyline miliknya yang tersangkut di dinding berhampiran pintu, Qaseh sudahpun muncul di muka pintu dengan wajah kepenatan. Dia agak terkejut melihat Harith berdiri betul-betul di sebelah pintu. Mata mereka bertembung buat seketika.
“Hahh, Qaseh! Dah balik pun..Risau betul tok ayah.” Sapa Tan Sri Musa sebaik saja terpandangkan Qaseh yang masih lagi berdiri kaku di muka pintu.
“Qaseh mintak maaf tok ayah! Tadi ada kerja yang Qaseh kena siapkan hari ni jugak, itu yang lewat. Bas pulak terlepas..Terpaksa tunggu teksi.” Jawap Qaseh dengan muka bersalah.
“Lah! Kenapa sayang tak call abang?” Tanya Harith lembut sambil tersenyum manis. Matanya tajam menikam kedalam anak mata Qaseh, seolah mahu ditelannya Qaseh di situ.
Qaseh yang seolah faham dengan renungan mata suaminya itu menjawap laju.
“Haaa..tulah, kebetulan pulak telefon Qaseh habis bateri..Ingatkan nak call abang tadi. Nak buat macam mana kan?” Qaseh tersenyum kelat. Nampak sangat tidak ikhlas.
“Hmm..tak apalah Qaseh, janji Qaseh dah selamat. Lepas ni suruh jer suami kamu yang hantarkan.” Tan Sri Musa sudah mengutarakan cadangan. Serentak Harith dan Qaseh menjawap,
“Eh, tak boleh tok ayah!” Mereka saling berpandangan sekali lagi.
“Apa kena pulak dengan kamu berdua ni? Qaseh, mari sini! Tok ayah nak cakap sikit.” Panggil Tan Sri Musa.
“Apa tok?” tanya Qaseh sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di sofa. Qaseh berganjak sedikit ke kanan memberi ruang kepada Harith untuk duduk bersama di situ. ‘Sibuk jer!!’ Desis Qaseh berasa kurang senang dengan kehadiran Harith di sebelahnya.
“Mulai besok, tok ayah nak kamu pergi dan balik kerja dengan Harith. Dia yang akan hantar dan ambil Qaseh pergi kerja.” Tenang saja Tan Sri Musa menuturkan kata.
“Hahh? Mana boleh tok ayah! Pejabat Harith dengan Qaseh berlainan arah. Takkanlah Harith nak kena patah balik. Dengan jemnya lagi!” Balas Harith mula berasa kurang senang.
“Betul tu tok ayah! Kesian dekat abang nanti. Takpe, Qaseh boleh naik bas je..” Laju saja Qaseh menyokong. Dia sebenarnya tidak mahu juga dihantar dan dijemput oleh Harith ke tempat kerja. ‘Daripada aku naik kereta dengan mamat berlagak ni, baik aku tunggu bas ataupun teksi. Biar lambat, asalkan hati tak sakit..’ Omel Qaseh dalam hati.
Tan Sri Musa termenung lama. Otaknya masih lagi ligat berfikir. Akhirnya dia tersenyum lebar.
“ Macamnilah! Qaseh pergi jer dengan driver tok ayah..”
“Hah?”
Qaseh sudah melopong. ‘Driver tok ayah bermakna ayah aku! No!! Tak akan sesekalinya. Mana boleh macamtu? Kalaupun aku bencikan dia, tak sanggup rasanya nak suruh dia jadi pemandu peribadai aku..’ Qaseh sudah bermonolog sendiri. Dahinya berkerut seribu. Kepalanya pula, tiba-tiba saja berdenyut kuat sebaik saja mendengar cadangan Tan Sri Musa.
 “ Kenapa Qaseh?”
“Hmm..tak patut rasanya kalau saya jadikan ayah kandung sendiri sebagai pemandu peribadi.. Tak apalah tok ayah, Qaseh boleh pergi sendiri..” bersungguh Qaseh cuba meyakinkan Tan Sri Musa. Tan Sri Musa termenung sekejap.
“Betul jugak tu.. Kalau macam tu..Qaseh bawak je kereta sendiri. Guna kereta tok ayah. Kereta Toyota putih tu tok ayah tak pernah guna. Jarang-jarang sekali jer tok ayah bawak pergi main golf. Yang ini keputusan muktamad!” Tegas Tan Sri Musa. Qaseh hanya tertunduk diam. Manakala Harith di sebelahnya cuma diam membisu sedari tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan