Sesuci Cinta Qaseh a.k.a Jawapan Cinta- Bab 9



BAB 9

“KAU ni kenapa?!” bentak Harith dengan kasar sebaik saja mereka sudah berada di dalam bilik. Pintu bilik yang besar dan indah itu sudah berkatup rapat. Matanya masih tajam merenung Qaseh yang hanya membisu dengan wajah tanpa sebarang riak. Sakit hati!
Qaseh pula masih berdiri kaku merenung di segenap ruang bilik tidur milik Harith yang tampak mewah dan indah itu. Memang jauh berbeza dengan bilik usang miliknya di kampung. ‘Patutlah Harith berlagak tak ingat dunia!’ Gumam Qaseh sambil matanya masih tetap setia, melilau ke segenap ruang bilik itu tanpa pedulikan jelingan tajam daripada Harith.
“Hoii!! Kau dengar tak? Aku bercakap dengan kau ni..” Harith semakin hilang sabar. Tangan Qaseh disentap kasar sehingga tubuh Qaseh terdorong kedepan dan terus berlaga dengan tubuh sasa miliknya.
“Aduhh!! Awak ni kenapa? Nak bunuh orang ker apa?” Qaseh sudah menarik tangannya kembali dan mengundur sedikit kebelakang, menjarakkan dirinya daripada Harith. ‘Adoi! Sakit lengan aku. Dahlah tangan besar macam gajah!’ kutuk Qaseh dalam hati.
“Kau tu yang pekak!! Aku bercakap dengan kau boleh kau buat tak tahu jer..Aku tahulah bilik kau yang dekat kampung tu tak secantik bilik aku ni, tapi janganlah tunjuk sangat jakun kau tu!!” Suara Harith masih lagi meninggi, merenung Qaseh dengan tajam tanpa berkelip. Jika diikutkan rasa hatinya yang tengah marah itu mahu ditamparnya Qaseh cukup-cukup. ‘Boleh pulak orang bercakap dengan dia, dia buat bodoh jer!!’
“Hmm..apa yang awak tak puas hati ni? Cuba awak bawa mengucap..Asyik-asyik nak naik angin jer..Apa sebab yang awak nak meroyan tak tentu pasal ni?” Soal Qaseh dengan nada pelahan dan muka yang selamba, malas mahu melayan angin Harith.
“Kau tulah! Tadi kenapa depan Tok ayah kau buat muka hahh? Kan kita dah setuju nak berlakon depan semua orang..”
“Buat muka?” Dahi Qaseh sudah berkerut, buat-buat tidak faham dengan pertayaan Harith.
“Kau tak payah nak buat muka seposen! Aku tahu kau faham maksud aku..” Harith masih belum berpuas hati.
“Okey! Saya cuma tak suka awak pegang dan peluk saya sesuka hati..Kalau yer pun awak nak berlakon, tak payahlah nak ambil kesempatan..Saya tak suka!!” Bidas Qaseh akhirnya.
“Wooowooo...Tunggu dulu! Kau cakap apa tadi? Aku cuba ambil kesempatan? Ha..ha..ha.. Lawak bodoh ker apa ni? Kau jangan nak perasan boleh tak! Aku pun tak inginlah nak sentuh kau..Kalau bukan sebab nak berlakon depan Tok ayah, jangan harap aku nak sentuh atau pegang kau..Dalam mimpi pun aku tak inginlah..” Harith sudah ketawa mengejek. Kakinya melaju ke arah penyidai tuala dan terus mencapai tuala dengan laju. Panas betul hatinya melayan Qaseh. ‘Mandi lagi bagus!!’ Gumam Harith dalam hati dengan muka yang mencuka.
“Awak nak buat apa ni?!” Qaseh separuh menjerit. Mukanya sudah merona merah, lalu dia terus berpaling ke arah lain. Jantung Qaseh kembali berlari laju. Seumur hidupnya inilah pertama kali dia melihat seorang lelaki asing tak berbaju berdiri di hadapannya. Selalunya cuma Tok Daud saja yang selalu berbuat begitu.
“Buka bajulah! Kau nampak aku tengah makan nasi ker?” Bidas Harith sambil tersenyum mengejek. ‘Berlagak suci konon!’ Ejek Harith dalam hati. Dia mencampakkan baju dan seluar yang dipakainnya tadi keatas katil dan dengan hanya berkain tuala dia terus menghilangkan diri kedalam bilik air. Qaseh menarik nafas dalam-dalam, terasa tersekat seketika nafasnya di kerongkong.
“Huhh!! Mamat berlagak tak tahu malu..Kalau macam ni hari-hari boleh sakit jantung aku..” Qaseh merunggut sendiri sambil mengurut dadanya.

QASEH masih terkebil-kebil di meja makan. Usai menunaikan solat isyak sebentar tadi, dia telah dipanggil turun oleh Mak Siti untuk makan malam bersama. Hidangan penuh di atas meja masih dipandang sepi oleh Qaseh. Nasi di pinggannya pun belum terusik lagi. Ingatannya pantas melayang juah, teringatkan datuknya yang berada nun jauh di kampung. ‘Atok buat apalah sekarang..Apa yang atok makan malam ni agaknya?’ Qaseh mula bermain dengan emosi.
“Qaseh! Apa yang termenung lagi tu, makanlah cepat..” Tegur Tan Sri Musa dengan lembut sambil tersenyum manis apabila melihat Qaseh hanya merenung saja lauk-pauk yang terhidang di atas meja sedari tadi.
“Hahh? Err..yer tok ayah..” Jawap Qaseh tergagap-gagap. Kini wajah tua datuknya sudah hilang dari ingatan, diganti pula dengan wajah Tan Sri Musa. Dia mengukir senyum, cuba menyembunyikan rasa di hati.
“Kenapa sayang, tak suka lauk-lauk ni ker? Tak biasa makan lauk-lauk macam ni yer?” Tanya Harith perlahan sambil tersenyum nipis. Qaseh tahu Harith sedang memerli sebenarnya.
“Ehh..tak adalah! Suka..” Jawap Qaseh laju sambil tersenyum kelat. ‘Kurang asam punya mamat berlagak! Saja nak kenakan aku lah tu..Aku tahulah aku ni orang miskin, tak pernah makan lauk-pauk yang mewah macam ni..’ Desis Qaseh dalam hati. Sakit pula hatinya melihat wajah Harith yang tampak bersaja itu.
“Dah tu..cepatlah makan. Ker sayang nak abang suapkan?” Tanya Harith lagi sambil mengangkat kening dan tersenyum lebar. Dia merenung manja pada Qaseh. Tan Sri Musa hanya tersenyum senang melihat kemesraan cucu dan cucu menantunya itu. Lega rasa hatinya melihat layanan baik Harith terhadap Qaseh.
“Errr.. tak payah!”
Laju saja Qaseh memangkah. ‘Cess!! Sayang konon..Nak termuntah pulak aku rasa..Kau pandai berlakon errkk..Takper, aku bagi kau berlakon dulu puas-puas..Tapi kan, bila kau senyum macam tu..Kenapa errkk, jantung aku ni laju pulak berdegup..? Haisshhh!! Qaseh!! Apa yang kau merepek ni?’
“Dah tu, termenung apa lagi tu?” sekali lagi suara lelaki Harith menerjah tepat ke gegendang telinganya. Qaseh cepat-cepat menyuakan nasi ke mulutnya sebaik saja mendengar pertanyaan daripada Harith, tidak mahu lagi isu itu dipanjangkan. Tan Sri Musa tersenyum lebar melihat gelagat Harith dan Qaseh.

“AWAK buat apa tu?”
Tanya Qaseh dengan dahi berkerut melihat Harith yang sedang menghampar Toto tebal di lantai. Dia berdiri tegak berhampiran Harith, memerhatikan segala tingkah Harith dengan penuh minat.
Harith berhenti seketika, mata Qaseh direnung tajam. ‘Huhh! Dah tengok lagi mahu tanya ke?’ bentak Harith dalam hati.
“Soalan apa kau tanya ni? Kau tengok aku tengah buat apa, makan jajan?” Bidas Harith dengan nada menyindir sambil menyambung semula kerjanya. Berdesing telinga Qaseh mendengar jawapan yang begitu sinis daripada suaminya itu. ‘Eee..geramnya aku! Sabar Qaseh, sabarrr..Dia sekarang dah jadi suami kau..’ Qaseh menarik nafas panjang cuba menyabarkan dirinya. Pesan datuknya terasa terngiang-ngiang di telinganya.
“Qaseh!! Sekarang Qaseh dah jadi isteri orang..Walauapapun yang terjadi Qaseh kena patuh dan taat pada suami, hormat suami. Syurga seorang isteri tu terletak di tapak kaki suami..Atok tak nak Qaseh jadi isteri derhaka..”
Qaseh mengeluh kecil, dia beristighfar beberapa kali di dalam hati. Sukar betul untuk dia mendidik hatinya supaya berlembut dan berbaik sangka kepada lelaki, lebih-lebih lagi pada lelaki yang sedang berdiri di hadapannya sekarang. Lelaki yang langsung tidak dikenalinya dan kini sudah sah bergelar suami kepadanya.
Sekali lagi Qaseh mengeluh, cuba menghilangkan rasa geram yang berbekam di hatinya kini. Seketika kemudian dia bersuara dengan perlahan, cuba sedaya upaya untuk berlembut. Nantikan tak pasal-pasal pula jadi isteri derhaka.
“Hmm..saya tahulah awak tengah hampar Toto tu, tapi nak buat apa hampar dekat situ suamiku sayanggg.. Lagi satu boleh tak kalau saya tanya awak apa-apa, awak jawab dengan baik..Tak payahlah nak ikut angin meroyan awak tu..” balas Qaseh lembut sekali tapi cukup berbisa.
Harith pantas berpaling, merenung tepat kedalam anak mata Qaseh. Mata mereka bertembung, lama begitu. Tiba-tiba saja jantung masing-masing mula berdegup kencang. Qaseh sudah macam cacing kepanasan. Redup mata Harith yang menikam tepat kedalam anak matanya itu membuatkan dadanya berasa sesak dan sukar untuk dia mengatur nafas. ‘Hishh, kenapa ni Qaseh! Tak pernah-pernah pulak kau rasa macam ni..Cool okey! Kawal emosi kau tu..’ Qaseh sudah mula bercakap sendiri di dalam hati.
Dada Qaseh semakin sesak tatkala Harith sudah mula datang mendekat, rapat terus padanya. Qaseh mengundur setapak kebelakang, tetapi Harith mara lagi setapak ke hadapan. Gluppp!! Qaseh sudah menelan liur. Mukanya sudah berubah menjadi cuak. Mata Harith yang masih setia merenungnya itu benar-benar membuatkan jantungnya bagaikan mahu melompat terus keluar.
Sekali lagi Qaseh mengundur, namun langkahnya sudah tersekat. Dia sudah tersandar di dinding bilik, tidak dapat bergerak ke mana-mana lagi. Harith tersenyum sinis, terus mara ke depan betul-betul mengadap Qaseh. Wajah mereka begitu dekat sehinggakan Qaseh dapat mendengar dengan jelas bunyi desahan nafas Harith yang seakan tiadak begitu teratur tika itu. ‘Ya Allah!! Apa kena dengan mamat berlagak ni?! Janganlah dia buat benda yang bukan-bukan..’ Getus Qaseh tidak putus-putus di dalam hati. Mukanya sudah berpeluh nipis, seram melihat renungan dan senyuman yang dilemparkan oleh Harith kala itu.
Harith pula semakin galak mengenakan Qaseh. Wajah ayu Qaseh direnung dengan begitu rakus, seakan tidak mahu ketinggalan walau seincipun. Dari dahi turun ke kening, kemudian beralih pula pada mata Qaseh yang jernih. Dari mata turun pula pada hidung Qaseh yang terletak cantik, dan akhirnya padangan Harith jatuh tepat pada bibir merah basah milik Qaseh. Lama pandangannya terpaku di situ.
Glupp!! Kini giliran Harith pula yang menelan liur. Entah mengapa hati lelakinya berdebar-debar melihat semua keindahan milik Qaseh itu. ‘Huhh!! Cantik juga bini aku ni..lama-lama boleh cair jugak ni..’ bisik Harith sendiri. ‘Ishh!! Jangan buat kerja gila Harith! Ingat balik tujuan kau kahwin dengan dia..bukan sebab cinta okey!! Kau dah ada Bella, lagi seksi, lagi hot..Perempuan kampung ni boleh jadi bahan jer untuk kau!!’ desis Harith lagi. Dia kemudiannya tersenyum penuh makna.
Bulu roma Qaseh mula berdiri tegak tatkala Harith sudah mula membelai pipi dan bibirnya dengan hujung jari. Qaseh kaku! Seumur hidupnya dia tidak pernah berdepan dengan situasi begitu. Selama ini dia paling rapat dengan Aamar, tetapi Aamar tidak pernah memperlakukannya begitu. Qaseh mula rasa keliru. ‘Ya Allah!! Aku takut..Bantulah aku..’ doa Qaseh tidak putus.
“Nak cakap baik-baik macam mana? Macam sekarang ker..” Harith berbisik lembut di telingan Qaseh sambil tangannya membelai mesra rambut Qaseh.
“errr...” Qaseh kelu. Jantungnya jangan cakaplah, rasa macam nak melompat terjun keluar. Dahinya pula sudah berpeluh-peluh, takut betul bila Harith berkelakuan begitu.
“Hmm..kalau kau nak tahu, aku hampar Toto tu sebab aku nak tidur dekat situ..Kau ingat aku kebulur ker nak tidur dengan kau dekat atas katil tu..Memang taklah!!” Bisik Harith masih perlahan di tepi telingan Qaseh tapi cukup berbisa dan menggores hati Qaseh. Tubuh Qaseh ditolok ke tepi dan sambil ketawa mengejek Harith berlalu ke arah Toto yang dihampar sebentar tadi. Dia terus merebahkan diri di situ.   
Zupp!! Terasa darah menyerbu ke muka Qaseh. Tiba-tiba saja perasaan yang terbuai tadi bertukar rentak. Seketika itu juga perasaannya bercampur baur. Ada rasa benci, ada rasa malu, ada rasa sedih, ada juga rasa geram. Yang nyata semua rasa itu kini bercampur-baur menjadi satu, membuatkan Qaseh seolah mahu menjerit dan menangis. ‘Ya Allah... Sakitnya hati!! Atok...Aamar..Comot...Tolong Qaseh!! Qaseh nak balikkk...’ Rintih Qaseh dalam hati dengan mata yang mula berkaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan