BAB 1
KRINGGGGGGGGG!!!
“Adoiiii... Bisinglah.” Husnameraba jam
loceng yang berada di atas meja lampu tidurnya. Raba ke kiri, tidak jumpa. Raba
ke kanan, tidak jumpa juga! Raba ke tengah sikit... akhirnya! Jemari runcing
miliknya bersentuhan juga dengan jam loceng berbentuk kepala Hello Kitty itu.
Maklumlah, peminat tegar Hello Kitty. Semua benda nak Hello Kitty. Sampaikan
selipar jamban dekat bilik dia pun, ada gambar Hello Kitty.Over!
Tap!
Laju
saja tangannya menekan butang di kepala jam locengyang dari tadi tidak
henti-henti menjerit. Fuh! Lega... Bunyi bising yang membingitkan telinga sebentar
tadi, sudah mereda. Husna menarik nafas dalam-dalam sambil tersenyum lebar.
Selimut tebal yang terloroh sedikit dari tubuhnya itu ditarik semula ke atas.
Mahu menyambung tidur.
Baru
saja matanya mahu terlelap semula,
“Babyyyyy!!!”
Jeritan
Puan Serina sudah bergemakuat, macam halilintar membelah bumi. Tegak terus
kepala Husna. Berpisat-pisat dia memandang ke arah pintu bilik tidurnya.Adeh! Mama ni memang dengki betul dengan
aku. Baru nak sambung tidur sikit lagi, dah kena jerit macam anak tiri! Hatinya
mengomel tak sudah.
Lima
saat menanti, wajah mamanya tidak pula muncul di muka pintu. Husna rebahkan
semula kepala ke bantal. Booo,
layanlah! Tak jadi masalah rasanya kalau aku sambung tidur sekejap. Bukannya
lama. Lima minit aje! Hati Husna terus membuat kesimpulan sendiri.
Dia memang betul-betul mengantuk. Mahunya tak
mengantuk! Malam tadi dia berjaga sampai pukul empat pagi kerana marathon
cerita korea. Ngeee...
Sesaat,
dua saat... telinga Husna tidak mendengar apa-apa lagi dari mamanya. Nafas lega
ditarik. Dengan senyuman yang menguntum mekar di bibir, matanya dipejamkan
kembali. Bahagia sangat rasanya bila dapat sambung tidur semula. Tapi pelik pula
mamanyapagi ni. Selalunya kalau sudah jerit macam tu, mesti tak sampai satu
saat mamanya sudah terpacak dekat tepi katil dia ni. Tapi hari ni, tak adalah
pula! Arrrgghh... lantaklah! Mata dipejam semula.
“Husna
Aqillaaaaaaa!!!”
Macam
hendak pecah gegendang telinga Husna. Suara petir Puan Serina betul-betul
memetir di cuping telinganya. Membuatkan gegendang telinganya berasa berdengung
hebat. Spontan juga dia bangun dari katil dan terus mencapai tuala mandi yang
tersidai di penyakut baju. Tanpa bercakap sepatah kata pun kepada mamanya,
Husna terus memboloskan diri ke dalam bilik air. Bunyi air paip menujah lantai
jelas dipendengaran Puan Sarina. Dan-dan itu juga dia melepaskan tawa.
“Padan
muka!”
“MORNING
abang...”Jerit Husna kuat sambil tangannya sudah memeluk erat leher Hazim yang
sedang bersarapan di meja makan. Kalau sehari dia tidak menempel dengan abang
kesayangannya itu, memang bukan Husna Aqilalah tu!
Uhukkk!!!
Uhukkk!!!
Terbatuk
kecil Hazim. Nasib baik tidak tersedak air kopi yang sedang diminum.
“Baby! Apa ni? Nak bunuh abang ke?”suara
Hazim naik seoktaf. Cawan kopi yang tergenggam kemas di tangan, diletakkan
semula ke atas meja. Matanya pula sudah merenung geram kepada Husna.
Kalau berdepan dengan adik perempuannya nan
sorang ni, memang tak sahlah kalau darah dia tak menyirap. Ada saja perkara
yang buat dia panas hati. Sudahlah nakal dan manja tidak bertempat!
“Peluk
pun nak marah! Bencilah abang ni.” Bibir Husna sudah memuncung. Punggung
dilabuhkan di kerusi bersebelahan dengan abangnya.
“Abang
bukan marah sebab baby peluk abang.
Abang marah sebab perangai baby tu!
Cubalah bagi salam elok-elok, cakap lemah-lembut... bukan ke lebih manis?”
“Eleh!
Bukan ada orang lain yang nampak pun!” Husna buat muka seposen. Pinggan yang
berisi nasi lemak di hadapan abangnya itu ditarik laju. Tidak sampai sesaat,
sesudu nasi lemak sudah masuk ke mulutnya.
“Ya
Allah... dekat dalam bekas tu ada banyak lagi nasi lemak, kenapa yang abang
punya juga baby nak ambil?” Hazim
sudah membebel-bebel. Ikutkan rasa hati yang geram ni, mahu saja dia pulas
telinga adik kesayangannya itu. Tapi memandangkan hanya Husnalah satu-satunya
adik yang dia ada, rasa itu dipendamkan saja.
“Kalau
macam tu, abang ambillah yang tu. Yang ni, bagi dekat Una.” Husna tersengih
lebar. Anak rambut yang jatuh terjuntai ke dahi, dia sebak ke belakang. Rimas!
Hazim
ketap bibir. Kalau bab menjawab, bagilah dekat Husna. Tapi nak buat macam mana.
Salah dia dengan mamanya juga. Terlampau manjakan sangat si Husna tu. Arwah
abahnya meninggal sewaktu Husna berumur tujuh tahun. Dan bermula dari hari itu,
sampailah ke hari ini, dialah yang mengambil alih tanggungjawab untuk
tengok-tengokkan keluarga.
“Mama
mana abang?”
“Baru
nak tanya? Mmm... mama dekat restoranlah. Hari ni kena buka awal sikit. Ada
tempahan dari pelanggan. Abang pun kejap lagi nak pergi ke sana juga ni.”
“Habis
tu, abang tak kerja ke hari ni?”
“Kerja.
Abang kerja malam,” Hazim menarik semula pinggan nasi lemak kepunyaannya dan
terus menyudu nasi lemak ke mulut. Kening Husna yang mula berkerut itu dia buat tidak nampak saja. Malas nak
layan.
“Kedekut!”
Hazim
mencebik, kemudiannya tertawa kecil.
“Abang,
eloknya waktu-waktu free macam ni
abang pergilah berdating.”
“Nak
berdating dengan siapa? Awek pun tak
ada! Ini, abang tengah berdatinglah
ni,” Hazim tersenyum senget sambil menyuakan sesudu nasi lemak ke mulut Husna.
Dan-dan itu juga Husna nganga.
“Dekat
Hospital abang kerja tu, takkanlah tak adanurseataupun
doktor perempuan?”
“Ada.
Tapi yang cantik-cantik semua dah jadi bini orang.”
“Amboi,
nak yang cantik saja,erk! Kesianlah
dekat perempuan-perempuan yang tak berapa nak cantik tu. Mmm... Habis tu, tak
reti-reti nak cari awek? Pergilah cari! Tak cari mana nak datang awek tu.”
Husna mencapai teko berisi air kopi panas dan menuangnya ke dalam cawan. Mata
berlabuh semula kepada abangnya, Hazim.
Macam
tak lojik langsung tak ada makwe. Nak kata tak kacak, boleh tahan juga rupa
abang dia ni. Tapi betullah! Tak pernah pulak
dia nampak abang dia ni keluar dengan mana-mana perempuan. Kalau tidak dengan
dia, pasti dengan mama.
“Abang
tak fikirkan semua tu lagi. Apa yang abang fikir sekarang ni... pasal baby.”
“Kenapa
dengan Una?” Dahi Husna naik berkerut. Wajah Hazim yang nampak serius itu
direnung sejenak.
“Abang
boleh tak berhenti panggil Una dengan panggilan ‘baby’? Una malu tau kalau ada orang lain yang dengar! Una dah
besarlah. Lagi satu... Mikail pun tak panggil Una dengan panggilan macam tu!”
Husna betulkan ikatan rambutnya.
“Kalau
Mikail panggil baby macam tu,
alamatnya... memang nak makan penumbuk abanglah!”
“Eh,
kenapa pulak? Abang ni teruk tau!
Normallah orang bercinta panggil macam tu.” Muncung Husna sudah boleh ikat.
Geram sungguh dia dengan abangnya itu. Sama saja dengan mama. Benda ini tak
boleh, benda itu tak boleh!
Hazim
tertawa kecil. Diri adik kesayangannya itu direnung dalam sebelum dia
menyambung bicara.
“Sampai
bila-bila pun, Una tetap baby abang
tau!”
“Una
tahu!”
Husna
terus tayang sengih. Ini yang dia suka ni. Bermakna dia akan terus dimanjakan oleh
abangnya sampai bila-bila.
“Mmm...
tapi abang tetap risaukan baby.
Sampai bila nak kerja jadi kuli dekat kedai bunga Uncle Lee tu? Suruh mintak kerja yang setaraf dengan
kelulusan tak nak! Kalau macam ni, baiklah baby
tolong mama dekat restoran tu. Tak pun, tolong jagakan butik pakaian mama tu.
Kesian abang tengok mama. Terkejar sana, terkejar sini.”
“Abang
nak mulalah tu! Abang tahu kan, Una tak minatlah bisnes-bisnes ni. Sakit
kepala! Itulah... Siapa suruh mama paksa Una ambil ijazah pentadbiran
perniagaan. Tahu tak Una minat nak jadi doktor!” Husna mencebik.
“Baby nak jadi doktor haiwan. Sebab
itulah mama tak bagi. Suruh jadi doktor manusia macam abang ni, tak nak!”
“Dah
minat Una macam tu. Apa salahnya kalau jadi doktor haiwan? Diaorang pun nak sihat macam kita jugak. Mmm... malaslah nak bertekak dengan abang. Baik Una pergi
kerja dulu,” Mata jernihnya sudah menjeling jam di lengan. Dan-dan itu juga
mulutnya ternganga luas.
“Ya
Allah... Dah lewat! Matilah aku! Ini semua salah abang tau. Ajak sangat Una
bersembang.” Sepantas kilat Husna bangkit dari kerusi, mencapai beg sandang dan
kunci skuternya. Macam lipas kudung dia berlari ke pintu utama.
Hazim
terkebil-kebil melihat tingkah adiknya. Seketika kemudian, dahinya sudah naik
berkerut. Dia bangun membuntuti adiknya daripada belakang.
“Baby! Dah tahu nak naik skuter kenapa
pakai skirt?” Mata Hazim sudah membutang. Kenapalah dari tadi dia tak perasan
adik kesayangan dia tu pakai skrit paras lutut saja. Kalau tidak, dari tadi
lagi dia suruh tukar. Buatnya terselak nanti, bukan ke bagi tayangan free saja?
Husna
ni memang susah sikit nak kawal. Keras kepala dan manja! Dah banyak kali dah
Hazim menegur cara dia berpakaian, namun adiknya itu langsung tak layan.
Kadang-kala dia berasa berdosa kerana gagal mendidik adik kandungnya itu.
Teringin sangat dia nak tengok Husna menutup aurat dengan sempurna suatu hari
nanti.
“Abang,
Una lewat sangat dah ni. Abang postpone
dulu bebelan abang tu malam nanti, ya!Bye,
abang.... Muahh, loveyou!” Sebuah flying kiss Husna layangkan buat
abangnya sebelum dia mencapai helmet pink berstiker Hello Kitty miliknya dan
terus menghilang di balik pintu.
Hazim
menggelang kepala sambil mengurut dada. Ada adik seorang pun, macam ada sepuluh
adik. Selalu buat dada dia semput. Lambat-lambat terukir juga senyuman nipis di
bibir lelakinya.
“I love you more, baby.” Dia membalas perlahan.
Siapa
tak sayang adik oii!!!