Selasa, 25 November 2014




   Setiap dari kita mempunyai sejarah hidup tersendiri. Pernah merasa suka dan duka dalam kehidupan. Pernah merasa sakitnya dikhianati oleh cinta. Kadang saat kita sedang di kemuncak bahagia, kita sering kali juga terleka. Lupa untuk bersyukur dengan nikmat dunia yang sementara. Tetapi bila kita sudah jatuh tergolek, saat itu barulah kita nak terjeda.. Menangis, meratap pada yang Maha Esa..
   Allah datangkan rasa kecewa dalam hidup kita kerana DIA mahu kita belajar menjadi hamba yang tahu nak bersyukur. Segala nikmat di atas dunia ini Allah beri secara percuma sahaja kepada kita. Setiap helaan nafas kita, saat demi saat, minit demi minit.. semuanya diberi secara percuma.. Jika kita sedang bersedih, jangan salahkan takdir. Suluh balik sejarah hidup kita yang lepas-lepas. Pasti ada musababnya. Perbaiki diri untuk menjadi seorang insan yang lebih baik. Lakaran hidup kita yang silam tidak dapat diubah lagi. Maka bangunlah di pagi yang baru dengan lakaran sejarah hidup yang baru. Sejarah yang lebih baik daripada semalam. Apa yang meyakitkan, tinggalkanlah..Anggaplah ia sebagai kifarrah di atas dosa-dosa kita nan lalu. Lakarkan sejarah baru yang penuh dengan warna-warni pelangi. Berusaha untuk mencari cinta-NYA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan