Janji Semalam- Bab 3



BAB 3

BUNYI sudip berlaga dengan kuali gamat di dapur. Begitu ligat tangan Mak Piah berkerja, mengacau nasi goreng di kuali. Sesekali matanya meliar ke kiri dan ke kanan mencari kelibat seseoarang. ‘Ish, budak bertuah ni! Takkan membuta semula.’ Sudahnya hati Mak Piah merunggut sendiri.
“Assalamualaikum mak.” Sapa satu suara.
Laju Mak Piah menoleh. Senyuman bermain di bibir.
“Eh, Amir.. Waalaikummussalam. Awal bangun?” tanya Mak Piah berbasi-basi.
Amir senyum saja. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi sambil matanya tidak lepas daripada memandang Mak Piah.
“Mak masak apa tu?” tanya Amir cuba beramah. Sejujurnya, inilah pertama kalinya dia berbual-bual dengan Mak Piah. Dalam hati terselit juga perasaan malu, tetapi sedayanya cuba dibuang ke tepi. Yerlah, Mak Piah tu bukan orang lain lagi sekarang ni.. mertuanya juga.
“Nasi goreng ikan bilis. Amir makan kan?” Tanya Mak Piah pula. Api dapur gas dimatikan. Muka menantunya itu ditatap lama. Dalam hati sempat juga memuji ketampanan Amir. Kalau ikutkan, dia memang suka dapat bermenantukan Amir. Ialah, bukan calang-calang orang Amir tu. Sudahlah kacak, baik budi bahasanya, tinggi pula ilmu agamanya.
Tapi, bila terkenangkan kembali cara Amir dan Widad disatukan, hati Mak Piah dipagut pilu. Malunya datang bertimpa-timpa. Macam manalah dia mahu berdepan dengan kutukan orang kampung nanti. Mana dia nak sorokkan mukanya. Macam manapun dia sepatutnya berterima kasih pada Amir sebab sanggup terima Widad.
“Makan mak.”
Jawap Amir sepatah. Matanya meliar di segenap ruang, seolah sedang mencari kelibat seseorang. Akhirnya dia menarik nafas panjang. Kecewa!
Mak Piah perasan akan riak hampa di wajah menantunya itu. Hati tuanya mula dapat meneka sesuatu. Ada senyum yang terukir di bibir Mak Piah. Punggung dilabuhkan di atas kerusi, duduk berdepan dengan Amir.
“Amir cari siapa?” Lembut Mak Piah bertanya. Senyuman masih terukir di bibir. Matanya tidak lepas dari menyorot wajah kacak Amir. Tahu benar siapa gerangan yang dicari oleh amir tika itu.
Amir tersentak. Mukanya tiba-tiba saja terasa panas. Malu pula rasanya pada Mak Piah. ‘Ish, Amir! Apa ni??’ hatinya sudah merunggut sendiri. Tersengih dia seketika cuba menutup malu.
“Tak cari sapa-sapa mak! Adik mana?” Soalan nak cover malulah tu. Amir nampak Mak Piah tersengih lebar. Makin malu Amir jadinya.
“Adik dah pergi sekolah. Mak tahu Amir cari siapa! Cari Widad kan? Widad ada dalam bilik mak. Dia tidur dengan mak malam tadi.” Terang Mak Piah perlahan. Muka Amir dipandang. Tapi pada kali ini tidak ada lagi senyuman yang terukir di bibirnya.
Amir cuma menggangguk. Dalam hati mula rasa tak sedap bila tengok air muka Mak Piah yang tiba-tiba saja berubah jadi kelat.
“Amir, mak nak mintak maaf dengan Amir..” Tutur Mak Piah lambat-lambat. Liur ditelan berkali-kali. Rasa sebal perasaannya tika itu.
“Kenapa pulak ni mak?” Tanya Amir kurang faham dengan maksud Mak Piah. Kolam mata Mak Piah yang nampak penuh itu ditatap lama. Naik berkerut juga dahi Amir. Hilang sudah aura tenang dalam dirinya.
“Hmm, sebab terpaksa terima Widad jadi isteri. Kalau bukan sebab kebodohan Widad semua ni tak akan terjadi.” Luah Mak Piah. Mukanya ditunduk. Rasa malu nak pandang muka Amir.
“Eh, apa mak cakap ni.. Saya kahwin dengan Widad atas kerelaan saya sendiri. Tak ada sesiapa yang paksa saya. Dahlah! Mak jangan fikir yang bukan-bukan lagi. Benda dah lepas mak. Yang penting masa depan.” Tutur Amir lembut. Harap-harap hati Mak Piah akan terpujuklah.
Mak Piah senyum kelat.
“Mak nak mintak maaf jugak pasal perangai Si Widad tu. Tak patut malam tadi dia tidur dengan mak dan tinggalkan Amir sorang diri dalam bilik tu.”
“Amir tak kisah mak.” Jawap Amir sambil tersenyum kecil. Gelagat Widad pada malam tadi betul-betul mencuit hatinya sehinggakan dia rasa payah untuk lelapkan mata. Tiba-tiba terasa semacam saja dalam jiwa. Parah dah Ustaz sorang ni!
“Yerlah, semalam dua bolehlah tak kisah. Tapi kalau tiap-tiap malam..?” duga Mak Piah.
Mati terus senyuman yang berlari di bibir Amir tadi. Kata-kata Widad malam tadi terus menerjah ke ruang ingatannya. ‘Betul ker dia tak dapat terima aku sampai bila-bila?’ hati Amir mula bicara sendiri. Kali ini Mak Piah nampak air muka Amir sudah berubah.
“Amir.. Widad tu budak lagi. Kalau dia ada buat silap Amir tegurlah dia. Amir bimbinglah dia.. Sekarang mak dah serahkan sepenuhnya tanggungjawap untuk menjaga dan mendidik Widad pada Amir.” Ucap Mak Piah penuh mengharap.
Amir hela nafas panjang. Seketika kemudian dia tersenyum tawar.
“In Shaa Allah, mak.” Janji Amir. Mak Piah senyum senang. Lega rasa hatinya mendengar jawapan Amir.
“Lagi satu, mak bimbang kalau-kalau umi dengan abah Amir tak dapat terima semua ni.” Sekali lagi Mak Piah mengutarakan rasa gusar di hatinya. Wajah Hajjah Kalsom dan Haji Murad terus terbayang di hadapan mata. Perasaan segan sekali lagi datang menerpa. Siapa tak kenal mereka. Orang tersohor juga di dalam Kampung Pinang Sebatang itu.
“In Shaa Allah, yang tu biar Amir yang uruskan. Amir pun ingat nak balik rumah umi besok. Lusa Amir dah nak kena balik rumah sewa. Dah kena masuk mengajar.” Terang Amir.
Mak Piah mengangguk kecil.
“Mak!!”
Panggil Widad kuat. Serentak Mak Piah dan Amir menoleh.
Langkah kaki Widad kaku. Saat matanya terpaku pada Amir, jantungnya mula berlari laju. Spontan dia meraba kepala. ‘Alamak! Macam mana boleh terlupa nak pakai tudung ni!!’ Agaknya kalau Widad lari semula ke dalam bilik kena marah tak?
“Hah! Nak ke mana pulak tu?!” Belum pun masuk dua langkah Widad menapak, Mak Piah dah menjerit lantang.
Widad ketap bibir. Langkah terus mati. ‘Mak ni! Asyik nak menjerit macam tarzan jer..’ Runggut Widad dalam hati. Namun kakinya diatur juga ke arah meja makan usang yang sedang diduduki oleh Amir dengan Mak Piah itu.
Widad nampak Amir dah tunduk muka ke lantai. Ada senyum yang cuba disembunyikan oleh Amir. ‘Tu mesti tengah gelakkan aku lagi! Yerlah, ustaz ni mana ada gelak berbunyi. Paling kuat sengih nampak gigi kan?!’ Hati Widad meneka sendiri. Matanya masih terpaku lama pada Amir. Entah kenapa sekali lagi jantungnya berlari laju.
Mata Widad macam dah melekat pada Amir. Tak boleh nak alih-alih lagi! Pagi tu Amir nampak lain sangat daripada semalam. Nampak kacak sangat-sangat dengan jeans biru pepsi dan t-shirt berkolar, bercorak belang-belang yang tersarung kemas di tubuhnya itu. Walaupun nampak simple saja, tapi kacak sangat-sangat. ‘Ustaz pun pandai pakai jeans.. Ingatkan ustaz ni pandai pakai jubah dengan kopiah jer! Alahai, handsomelah pulak!’ Hati Widad makin menjadi-jadi. Bercakap-cakap sendiri.
“Yang kamu tercegat dekat situ lagi kenapa?” Terus Widad tersentak.
Suara Mak Piah yang macam petir tu terus merentap lamunan Widad. Kalut ribut Widad jadinya. Amir dah senyum lebar. Mata mereka tiba-tiba saja bertemu. Tak sangka-sangka Amir boleh kenyit mata pada Widad.
Dub!! Jantung Widad tiba-tiba tergolek. Liur ditelan berkali-kali. Rasa kering benar-benar tekaknya saat itu. Rasa macam oksigen tak cukup! ‘Hai, ustaz pun pandai main kenyit mata?!’ Sekali lagi hati Widad merapu.
“Mak! Widad nak masuk bilik sekejap.”
“Nak buat apa pulak?!” Nada suara Mak Piah dah lain macam. Muka Widad direnung tajam tanda geram. Ada-ada saja Widad ni!
“Orang nak ambik tudung mak.” Jawap Widad sepatah. Air masih diam. Cuma senyuman yang terukir di bibir. Rasa lucu melihat Widad yang dah macam cacing kepanasan tu.
“Nak buat apa tudung?” tanya Mak Piah lagi.
“Nak pakailah mak! Kan ada ustaz kat rumah kita ni.. Ustaz tu lelaki.” Jawap Widad penuh yakin. Kali ni muka Mak piah pula yang direnung lama. Tak sanggup dah nak pandang muka Amir lama-lama. Binbang kalau-kalau hati dia pula yang jatuh tergolek.
“Ish, budak bertuah ni! Amir nikan suami kamu. Buat apa nak pakai tudung pulak. Dah jangan nak banyak alasan. Duduk sini.” Arah Mak Piah.
Widad dah tarik muka. Mak Piah selalu saja macam tu. Suka tinggi-tinggi suara depan orang. Malu pula dia pada Amir. Mata Wida menjeling Amir sekilas. Tu dia! Amir tak berkelip tengok dia.
Kerusi ditarik perlahan. Nak tak nak, Widad terpaksa juga duduk disebelah Amir. Dada jangan ceritalah. Rasa macam nak pecah. ‘Mak aii, minyak wangi apa ni? Ya Allah.. wanginya.’ Lubang hidung Widad rasa macam dah kembang semangkuk.
“Ni, mak nak pesan! Jangan duk panggil Amir tu ustaz-ustaz jer. Panggil abang! Dia sekarang ni suami Widad. Lagipun Amir tu jauh lebih tua daripada Widad.” Tegur Mak Piah dengam muka serius. Widad ditenung lagi.
“Mak lah tu!” Tak sangka-sangka Widad menjawap.
“Kenapa dengan mak?!” Berkerut dahi Mak Piah. Langsung tak faham maksud kata-kata Widad itu.
“Mak selalu sangat cakap dekat Widad nanti dapat suami orang tua! Kata-kata ibu tu doa tau.. Tengok, kan dah masin mulut mak!” Widad dah tarik muka.
Tawa Amir terus meletus. Geli hati bila mendengar omelan Widad. Begitu juga dengan Mak Piah. Tawanya jugak sudah pecah. Kata-kata Widad itu betul-betul mencuit hati mereka. Widad makin tarik muka. Amir dijeling tajam. Geram rasanya diketawakan. ‘Amboi-amboi ustaz! Tahu jugak cara nak ketawa rupanya..’ Getus hati Widad geram.
“Tak payahlah nak jeling Amir macam tu. Betul apa yang mak cakap tadi tu. Mulai hari ni mak nak Widad panggil Amir, abang. Dahlah! Mak nak pergi bagi ayam makan. Tu nasi goerang ada dalam kuali. Hidangkan untuk Amir.” Mak Piah terus berlalu dari situ. Dia sengaja mahu memberi ruang kepada Widad dan Amir untuk berdua-duaan. Biar mereka kenal-kenalan.
“Apa senyum-senyum?!” Bentak Widad kasar. Muka masih mencuka.
“Puan Widad, berdosa tau layan suami macam tu..” Tegur Amir sambil tersenyum manis. Dia sikit pun tidak ambil hati sebenarnya dengan kata-kata Widad tadi. Saja mahu mengusik Widad. Widad direnung lama. Rambut Widad yang panjang mengurai itu begitu memukau pandangan. Mata mereka bertemu seketika. Mengundang debar di dada.
Widad diam aje. Dalam hati mula merunggut. ‘Habislah kau Widad! Lepas ni confirm hari-hari kau dengar khutbah free.’
So?” tanya Amir.
So apa?” Widad buat muka pelik.
“Awak nak panggil saya apa? Amir, Abang.. ataupun sayang? Senyuman nakal sudah terukir di bibir Amir. Sebelah keningnya dijungkitkan pada Widad.
Mata Widad terus bulat. ‘Ee, tolonglah!’
Tiba-tiba Widad bangun.
“Nak ke mana?” Tanya Amir lagi.
Widad senyum senget.
“Nak ambilkan nasi goreng untuk abang ustaz...” Perli widad.
Amir tersengih kecil. Rasa tersindir dengan kata-kata Widad. Tapi, tak pula dia rasa sakit hati. Malah, sekali lagi hatinya tercuit suka. Macam mana ni? Amir dah mula suka pada Widad.
“Abang tu dah sedap! Cuma ustaz tu kena buang.” Selamba Amir menjawap.
 Widad tayang penumbuk. Selamba badak saja dia jelirkan lidah pada Amir.
“Ustaz pun pandai buat ayat macam tu ker?” Widad buat muka pelik. Matanya dijulingkan pada Amir.
Amir ketawa lagi. Entah kenapa Widad rasa ketawa Amir tu sedap saja di telingannya.
“Ustaz pun manusia biasa jugak Widad. Tetap ada hati dan perasaan.” Sekali lagi Amir kenyit mata.
Gulp! Widad telan liur. Terpaku sekejap. Kemudian cepat pula Widad mencebik. Dalam hati hanya Allah saja yang tahu. Rasa nak jatuh tergolek saja dekat situ.
Ketawa Amir pecah sekali lagi. Gelagat Widad selalu saja berjaya menambat hati lelakinya. Parah! Makin parah Amir ni. Muka Widad direnung dalam-dalam.‘Widad! Aku akan cuba untuk menawan hati kau walau dengan apa cara sekali pun!’ Detik hati Amir penuh yakin.



P/S: Maaf atas kekurangan.. Sebarang komen positif ataupun nagetif saya terima dengan dada yang lapang.. : )

Join Group: Clik here

2 ulasan: