Sesuci Cinta Qaseh a.k.a Jawapan Cinta-bab 15



BAB 15

PERTEMUAN di antara Qaseh dengan clientnya pada pagi itu berjalan dengan lancar. Walaupun CEO Perkasa Holding tidak dapat menghadirkan diri, dia telah menghantar seorang wakil yang agak profesional dan semua itu memudahkan kerja Qaseh.
Tepat pukul 11.00 pagi, Qaseh sudah selamat sampai ke pejabatnya semula. Dia bergegas menyiapkan segala laporan tentang perbincangannya dengan wakil Perkasa Holding sebentar tadi. Sebelum Encik Faez bertanya, lebih baik dia siapkan semua laporan itu awal-awal.
“Amboi, khusyuknya! Buat kerja dah tak pandang kiri-kanan..” Sapa Ryna yang tiba-tiba saja sudah terpacak di tepi meja kerja Qaseh.
“Ya Allah! Kau ni.. terkejut aku.. Tak reti nak bagi salam!” Qaseh mengurut dada, merenung Ryna dengan muka tidak puas hati.
“Hehe.. janganlah marah! Nanti tak laku..” Ryna tersengih, masih belum puas mengusik Qaseh.
“Yerlah tu!” Jawap Qaseh acuh tak acuh saja. Budak Ryna ni bukan boleh dilayan sangat! Kalau dilayan, satu kerja pun tak menjadi nanti.
“Qaseh! Kau dah jumpalah yer dengan CEO Perkasa Holding tu.. Amacam?” Tanya Ryna dengan penuh minat. Wajah kacak CEO Perkasa Holding itu laju saja menari di ruang matanya.
Qaseh hanya diam tanpa menjawap. Tangannya masih melaju di papan kekunci, menaip sesuatu di skrin komputernya. Pertanyaan daripada Ryna tadi dibiarkan sepi, berlalu seperti angin lalu.
“Qaseh.. Kau dengar tak ni?!” Lengan Qaseh ditarik kuat oleh Ryna sehinggakan kerjanya terbantut. Geram rasanya hati Ryna melihat Qaseh yang acuh tidak acuh saja melayannya.
“Hishhh, kau ni kenapa?! Tak ada kerja nak buat ker.. Aku nak siapkan laporan ni cepat-cepat. Nantikan tak pasal-pasal aku kena fire dengan Encik Faez tu..” Runggut Qaseh tidak puas hati.
“Allah!! Takder maknanya dia nak fire kau sesuka hati dia jer.. Ni, kau dah jumpa ker belum dengan CEO Perkasa tu?” Sekali lagi Ryna mengulangi pertanyaannya dengan penuh minat.
“Itu jer kau nak tahu?! Hmm.. Tak jumpa! Puas hati?”
“Lah.. Tak jumpa ker?” Ada nada kecewa dalam suara Ryna.
“Tak!! Dia ada hal dan dia cuma hantarkan wakilnya saja. Sekarang boleh saya sambung kerja Cik Ryna?” Qaseh memerli. Ryna hanya tersengih kecil.
“Ehh, cop! Kenapa kau beria sangat tanya pasal CEO Perkasa Holding tu?” Kali ini giliran Qaseh pula bertanya dengan muka berkerut. Senyuman Ryan semakin melebar.
“Sebab CEO dia kacak sesangat!!” Balas Ryna sambil ketawa kecil. Dia kemudiannya berlalu daripada meja Qaseh dengan ketawa yang masih bersisa. Qaseh semakin bingung. Kepalanya yang berbalut kemas dengan tudung itu digaru walaupun tidak terasa gatal sebenarnya.
“Hishh, macam-macamlah si Ryna ni..  Dah ada tunang pun masih nak menggatal lagi! Tak faham betul aku..” Runggut Qaseh sendiri, kemudian kembali menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi.
“Qaseh!! Encik Faez nak jumpa.”
Qaseh tersentak sekali lagi. Tina tiba-tiba saja sudah terpacak di hadapan mejanya. Entah sejak bila Tina berdiri di situ, Qaseh langsung tidak sedar.
“Ya Allah! Terkejut aku..”
Sorry.. sorry.. Assalamualiakum Cik Qaseh! Bos Cik Qaseh nak jumpa dengan cik..” Sopan saja Tina bersuara, membetulkan kesilapannya sebentar tadi. Dia tersipu-sipu memandang Qaseh cuba menahan gelak.
“Amboi, perli pulak! Waalaikummussalam.. Lain kali jangan lupa bagi salam yerr..” Balas Qaseh bersaja dengan nada menyindir. Dia sudah tersenyum tipis.
“Baiklah Cik Qaseh! Tapi saya rasa lebih baik Cik Qaseh pergi cepat, sebab saya tengok mood bos cik Qaseh tu macam tak okey..” Balas Tina lagi sambil terus bergurau dengan Qaseh. Walaupun dia baru mengenali Qaseh, hubungan di antara mereka begitu baik kerana Qaseh seorang yang peramah dan agak senang untuk bergaul. Memang kalau orang yang tidak kenal rapat dengan Qaseh akan menganggap dia seorang yang sombong. Tetapi dia bukan begitu sebenarnya.
“Hah? Kau biar betul..” Suara Qaseh sudah bernada cuak. Hilang terus senyuman di bibirnya sebentar tadi.
“Betullah! Aku rasa baik kau cepat!”
“Kalau macam tu aku pergi sekaranglah..” Qaseh sudah kelam-kabut. Dia bergegas ke bilik Faez. Tina yang masih berdiri tegap di situ cuma menggelengkan kepalanya melihat kekalutan Qaseh. Entah kenapalah si Qaseh tu takut benar dengan bos keciknya itu.

 “MASUK!!”
Suara Faez seakan bergema kuat di telinga Qaseh saat dia mengetuk pintu bilik Faez beberapa kali. Dengan sedikit berdebar-debar dia menolak daun pintu.
“Assalamualaikum, Encik Faez..” Perlahan saja suara Qaseh. Hampir-hampir tak keluar sebenarnya. Entah kenapa kerongkongnya terasa penuh saat itu. Dia menapak perlahan, masuk ke bilik Faez.
“Waalaikummussalam.. Duduk!” Tegas sekali bunyinya. Qaseh segera duduk di kerusi, berdepan dengan Faez.
“Emm, macam mana dengan meeting pagi tadi?” Tanya Faez dengan muka  serius, tiada langsung kemesraan baik dalam nada suaranya mahupun pada mimik mukanya.
“Err..Okey Encik Faez.. CEO Pekasa Holding tak dapat datang.. Tapi dia dah hantarkan wakil, dan semuanya berjalan dengan lancar..” Terang Qaseh bersungguh sambil tersenyum tipis. Namun wajah Faez tetap sama. Kelat!
Senyuman Qaseh terus mati. Gulpp! Dia menelan liur. ‘Huhh!! Ini orang ker tunggul kayu? Macam tak ada perasaan langsung! Agaknya mak dia beranakkan dia masa bulan gelap kut. Itu yang muka selalu kelat!’ Omel Qaseh tidak putus-putus dalam hati. Hilang sudah perasaan takutnya, diganti pula dengan perasaan geram yang meluap-luap.
“Hmm.. Dia dah inform saya. Malam lusa kita ada dinner dengan CEO Perkasa.. Kali ni dia memang datang. So, awak kena pergi dengan saya.”
“Apa? Dinner?” Dahi Qaseh sudah berkerut. Matanya merenung lama wajah kelat Faez, mencari kepastian.
“Yer! Ada masalah?” Tanya Faez dengan nada sinis sambil merenung tajam ke dalam anak mata Qaseh. Dalam hatinya, hanya Allah saja yang tahu perasaannya kala itu.
“Urrmm.. tak ada.” Jawap Qaseh perlahan sambil tunduk memandang meja. Dalam kepala otaknya bermacam-macam hal sudah tercanai. Macam mana nak bagitahu Harith? Macam mana pula dia nak berdepan dengan Faez di luar pejabat? Arrghh!! Semua kusut.
“Okey! Awak boleh keluar. Nanti emailkan alamat rumah awak.. Saya datang ambil awak dekat rumah!”
“Eh, tak apa! Saya boleh pergi sendiri. Nanti Encik Faez emailkan alamatnya yer..” Laju saja Qaseh menolak. Nak mampus! Kalau Harith tahu tidakkah nanti dia dituduh yang bukan-bukan lagi. Sudahlah Harith itu tunggu masa saja nak hentam dia.
Lama Faez terdiam dan akhirnya dia bersetuju,
“Baiklah! Awak boleh keluar. Nanti saya emailkan alamat tempat tu pada awak. Haa, satu lagi.. Tolong hantar laporan pasal meeting tadi atas meja saya selewat-lewatnya petang nanti!”
“Baiklah! Terima kasih Encik Faez.. Saya keluar dulu!” laju saja kaki Qaseh melangkah meninggalkan bilik kerja Faez. Entah kenapa hatinya berasa lain macam saja setiap kali dia berdepan dengan Faez. Macam ada sesuatu yang Faez sembunyikan darinya. Tapi, apa dia?
Faez cuma diam, memandang Qaseh berlalu dengan ekor matanya. Dalam hati sedikit kecewa kerana Qaseh menolak tawarannya untuk menjemput Qaseh di rumah. Dia meraup wajahnya berkali-kali. Banyangan Qaseh dan arwah Syuhada silih beganti menari di ruang matanya. Kusut!
QASEH usai menunaikan solat maghrib tatkala Harith masuk ke bilik. Di tubuhnya masih tersarung kemas kemeja berwarna putih dan seluar kerja berwarna hitam. Mungkin Harith baru pulang daripada pejabat.
Harith campakkan beg kerjanya di atas katil. Tali lehernya dilonggarkan dan dia terus menghempaskan tubuh sasanya ke atas tilam. Matanya terus dipejamkan rapat, seolah hanya dia saja yang berada di dalam bilik saat itu. Dia langsung tidak menegur Qaseh.
Kepalanya rasa berserabut. Serabut dengan semua perkara. Serabut dengan hal-hal di pejabat, serabut dengan Bella yang tidak habis-habis mahu merajuk, dan kini terpaksa berdepan pula dengan isteri yang dinikahinya kerana terpaksa.
Jika diikutkan kata hatinya, mahu saja dia menghabiskan masanya di kelab pada malam itu. Tetapi niat hatinya itu terpaksa dibatalkan apabila terkenangkan amaran keras yang diberikan oleh Tok ayahnya tempoh hari. Dan kerana itu jugalah, Bella sudah merajuk dengannya sekarang. ‘Hmm, sabar Harith! Cuma beberapa hari saja lagi kau akan bebas..’ Getus hatinya tidak putus-putus.
Qaseh masih memandang sepi pada Harith yang sedang terbaring di atas katil dengan matanya yang terpejam rapat seolah-olah sedang tidur. Namun Qaseh tahu, Harith tidak tidur sebenarnya. Qaseh mengeluh kecil. Terasa berat benar beban perasaannya kala itu. Qaseh tahu jika begitu keadaannya, pasti mood Harith tengah tak elok.
Jam di dinding bilik dipandang seketika oleh Qaseh. Jarum jam hampir menunjukkan ke angka lapan. Sekali lagi Qaseh mengeluh. Dia yakin Harith belum bersolat lagi. Dalam hati dia berkira-kira wajarkah dia mengejutkan Harith tika itu, walhal Harith tidak tidur pun sebenarnya. Akhirnya, setelah paus berkira-kira.. Qaseh bingkas dari sejadah, perlahan berjalan menghampiri Harith.
“Awak, awak dah solat?” tanya Qaseh perlahan dan berhati-hati. Dia sudah bersedia andainya Harith tiba-tiba saja naik angin.
Namun, Harith masih diam membatu. Matanya masih terpejam rapat. Dadanya nampak berombak tenang. Qaseh menggarukan kepalanya, bingung seketika.
“Awak!” Kali ini bahu Harith disentuh perlahan.
“Kau nak apa hahh?!” Harith bingkas bangun dan duduk di katil dengan muka menyinga. Kecut perut Qaseh melihat renungan mata Harith yang tajam menikam tepat pada wajahnya itu.
“Eerr, saya cuma nak tanya awak dah solat ker belum?”
“Masalah kau ker kalau aku dah solat ker belum?” Tanya Harith dengan angkuh.
“Hmm.. memanglah bukan masalah saya. Tapi dah saya ni tinggal satu bilik dengan awak, tanggungjawab sayalah untuk menegur awak. Kalau awak tak nak dengar itu urusan awak dengan Allah lah pulak!” Jawap Qaseh panjang lebar dengan muka selamba. Puas hatinya dapat membidas semula kepada Harith. Entah dari mana kekuatan itu datang, dia sendiri tidak tahu.
“Huhh!!”
 Harith mendengus kasar, lalu pergi mendapatkan tuala mandinya, terus menghilangkan diri ke dalam bilik air. Qaseh tersenyum tipis, tanda menang.

SUASANA di meja makan sunyi sepi. Yang kedengaran hanyalah bunyi sudu dan garfu yang berlaga sesama sendiri. Baik Harith mahupun Qaseh, masing-masing hanya membisu seribu kata. Tan Sri Musa pun sama. Semenjak cucu dan cucu menantunya menyatakan hasrat mereka untuk berpindah, dia seakan tidak ceria. Tapi, dia tidak pula mahu menghalang. Mungkin ini saatnya untuk Harith dan Qaseh belajar hidup sendiri dan lebih mengenali di antara satu sama lain.
Dia cuma bimbang sebenarnya. Dia bimbang kalau-kalau nanti Harith kembali semula kepada perangai lamanya. Merambu di kelab-kelab malam sampai ke subuh hari. Rungsing benar hatinya memikirkan itu semua. Namun, apakan daya..
“Tok ayah! Kenapa sikit sangat makan tu? Tak sihat ker?” Tanya Harith sebaik saja melihat Tan Sri Musa sudah menolak pinggannya ke tepi. Masih ada lagi saki-baki nasi di dalam pinggannya.
 Suapan Qaseh terhenti! Matanya laju berlari pada wajah Tan Sri Musa. Ada riak mendung pada wajah tua itu. Qaseh terkedu! Dia perasan, Tan Sri Musa tidak banyak cakap seperti kebiasaannya. ‘Aikk, apa kena pulak dengan tok ayah ni? Entah-entah sebab nak pindah rumah tak?!’ Qaseh sudah membuat andaiannya sendiri.
“Tok ayah dah kenyang! Kamu berdua makanlah yer.. Atok nak naik atas, nak berehat.”
“Tok ayah sakit ker ni?” Harith sudah bernada risau. Lengan tok ayahnya dipegang laju, menahan Tan Sri Musa daripada bangun. Dahi tok ayahnya juga turut dirasa dengan belakang telapak tangannya. Sejuk!! ‘Aikk, tak panas pun..’ Getus Harith dalam hati. Dahinya masih berkerut.
Qaseh perhatikan saja segala tingkah Harith dengan penuh minat. Nampaknya Harith betul-betul sayangkan tok ayahnya. Patutlah Harith sanggup menurut segala permintaan datuknya. Dalam diam Qaseh berasa terharu. Sedikit demi sedikit kebaikan Harith mula tersingkap. Ternyata lelaki di hadapannya kini bukanlah seburuk yang disangkakan.
“Tok ayah okey.. Cuma penat! Jangan risaulah.. Tok ayah naik dulu..” Ucap Tan Sri Musa sambil tersenyum, tapi nampak macam dipaksa. Dia menepuk mesra bahu Harith sebelum berlalu ke tingkat atas.
Harith dan Qaseh menghantar pemergian Tan Sri Musa dengan ekor mata. Seketika kemudian mereka saling berpandangan dan lama pula mata mereka bertemu. Masing-masing terpaku tanpa suara.

2 ulasan:

  1. nk harith ngn qaseh gk..jngn pisahkn mereka huhu

    BalasPadam