Sesuci Cinta Qaseh a.k.a Jawapan Cinta- Bab 8



BAB 8

    SEMUA barang sudah dimasukkan ke dalam bonet kereta. Dua hari berada di kampung Qaseh itu sudah cukup menyeksakan bagi Harith. Mana tidaknya! Sudahlah terpaksa berperang dengan nyamuk, tidur pula atas katil yang berbunyi..Memang sungguh terseksa.
Harith bersiul-siul kecil di tepi kereta Nissan Skyline miliknya sambil menutup bonet kereta. Jika diikutkan hatinya, subuh-subuh lagi dia sudah bertolak balik ke Kuala Lumpur. Tapi Qaseh pula yang beria-ria mahu bertolak lewat sedikit. Kata Qaseh, dia masih berasa berat hati mahu tinggalkan Tok Daud sendirian di rumah. Kalau diikutkan hatinya juga, mahu ditinggalkan saja Qaseh di situ dan balik seorang diri ke Kuala Lumpur. Namun kalau dia betul-betul berbuat begitu, mesti nanti dia terpaksa menadah telinga, mendengar khutbah free daripada tok ayahnya selama tujuh hari tujuh malam tanpa henti. Huh! Tak sanggup.
Tok Daud duduk di pangkin kayu yang terletak di bawah pokok mangga itu. Wajah tuanya tampak tenang saja, namun dihatinya hanya Allah saja yang tahu. Hati mana yang tidak sayu hendak berpisah dengan cucu kesayangan. Tambahan pula, Qaseh tidak pernah berjauhan dengannya sebelum ini. Tetapi dia sudah tidak ada hak untuk menghalang. Sekarang tanggungjawab Qaseh semua terletak di tangan suaminya.
Asap rokok daun yang dihembus halus oleh Tok daud itu kelihatan berkepul-kepul di udara. Matahari pagi juga sudah agak terik menyilaukan pandangan. Comot sedari tadi juga masih terbaring lesu di pangkin kayu sambil memangku kepalanya ke atas kedua belah tangannya, macam tahu-tahu saja Qaseh bakal meninggalkan dia. Sejak pagi tadi Comot tidak banyak bunyi.
“Tok!”
 Sapa Harith telahpun duduk bersama Tok Daud di pangkin kayu. Sudah naik lenguh kakinya berdiri di tepi kereta menanti Qaseh, namun isterinya itu tidak juga kunjung tiba. Entah apa yang dibelek kat dalam rumah sana pun Harith tidak tahu.
“Harith..dah bosan menunggu ya?” Sapa Tok Daud sambil tersengih menampakkan giginya yang sudah ronggak. Wajah cucu menantu yang baru dikenalinya itu ditatap lama. Buat masa sekarang dia amat menyenangi Harith. Bagi Tok Daud, Harith seorang pemuda yang baik, tahu cara untuk menghormati orang yang lebih tua, tidak sombong. Pendek kata, dia menyenangi cucu menantunya itu.
Harith hanya tersengih mendengar telahan Tok Daud itu. Matanya beralih pula pada si Comot yang berbaring di sebelah Tok Daud. Kalau tak silap, itu kucing kesayangan Qaseh.
“Tok, ini kucing Qaseh ker?” Tanya Harith sambil menggosok kepala Comot. Comot mengangkat kepalanya sedikit sambil berbunyi,
“Meeooww...” Seakan sayu saja suaranya.
“Haa..aa..Namanya Comot! Comot ni kucing yang Qaseh selamatkan setahun yang lalu. Manja sangat dengan Qaseh ni. Agaknya dia tahu Qaseh nak tinggalkan dia hari ni, sebab tulah tak bergerak dari rumah. Selalunya waktu-waktu macamni dah lesap entah kemana dah..” Jawap Tok Daud sambil tersenyum.
“Oo..gitu.” Jawap Harith sepatah. Patutlah semenjak dia sampai dua hari yang lalu, Comot asyik berkepit saja dengan Qaseh. Pantang nampak Qaseh duduk mesti terus naik ke riba Qaseh. Kesian pula dia tengok Comot.
“ Harith..Tok nak cakap sikit.”
“Cakap apa tok?” Matanya sudah merenung dalam ke anak mata Tok Daud. ‘Cakap apa pulak ni? Buat aku berdebar-debar jer!’ Getus Harith dalam hati.
“Emm..Tok harap sangat kau dapat jaga Qaseh tu dengan baik..Tok mintak kau sabarlah sikit dengan perangai Qaseh tu. Dia memang degil sikit, tapi kalau kena gayanya dia okey. Maklumlah, orang tak cukup kasih sayang..” Tutur Tok Daud perlahan, rasa sebak di dadanya cuba ditahan.
“Tak cukup kasih sayang?” Harith sudah merenung Tok Daud dengan dahi berlipat. Tidak faham langsung dengan apa yang telah dikatakan oleh Tok Daud tadi.
“Yer..Mak dengan ayah Qaseh bercerai masa dia kecil lagi, masa umur dia sembilan tahun. Kemudian mak dia meninggal dan atok yang jaga dia selepas  mak dia meninggal. Ayah Qaseh cuma datang sekali-sekala untuk menjenguk. Sebab tulah hubungan Qaseh dengan ayahnya tidak berapa baik.” Terang Tok Daud lagi.
“Ohh..macamtu..” Jawap Harith sudah mula faham. Patutlah dia nampak Qaseh macam tak senang dengan ayahnya. Berbual pun tidak. Sekarang barulah dia faham. Rupanya Qaseh sama juga dengan dirinya, membesar bersama datuk. Yang beza cuma papa dan mamanya meninggal disebabkan kemalangan bukan sebab bercerai. ‘Hmm..besar jugak harapan orang tua ni! Kalaulah dia tahu perkara yang sebenarnya, tentu dia kecewa. Ahh!! Lantaklah...Aku pun bukan cintakan cucu dia..Apa susah, depan semua orang berlakon jerlah..Sampai masa nak berpisah cakap saja sudah tak ada jodoh, kan senang!’ Harith sudah berkira-kira di dalam hati.
Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi enjin motosikal yang berhenti berhampiran pangkin kayu itu. Segera Tok Daud dan Harith menoleh, hampir serentak.
“Aamar..”
Sapa Tok Daud mesra dengan senyuman yang sudah menguntum lebar di bibir tuanya. Hati Harith tiba-tiba berasa kurang senang dengan kedatangan pemuda itu namun dia turut sama tersenyum tidak mahu menampakkan perasaan sebenarnya.
“Tok..” Aamar sudahpun tunduk mencium tangan tua Tok Daud, kemudian dia beralih pula pada Harith. Mereka berjabat tangan, lama mata mereka bertembung tanpa sepatah kata. Entah mengapa masing-masing berperang dengan perasaan sendiri.
“Tok, Qaseh mana?” Tanya Aamar sebaik saja tangan dia dan Harith terlerai. Matanya sudah melilau mencari kelibat Qaseh. Tidak lama kemudian Qaseh kelihatan di serambi rumah, siap berpakaian kemas. Tiga pasang mata tertumpu pada Qaseh yang tampak ayu dengan Kurung moden berwarna pink dan tudung bawal yang terlilit kemas di kepalanya.
“Harith! Boleh aku jumpa dengan Qaseh sekejap?” Aamar meminta izin.
“Hah? Ooo..okey, pergilah!” Jawap Harith cuba menahan perasaan apa entah yang sedang melanda di hatinya kala itu. Dia kurang pasti perasaan apakah itu dan kenapa dia berperasaan begitu.
“Terima kasih..” Balas Aamar sepatah lalu pergi mendapatkan Qaseh yang sudahpun menantinya di tangga rumah.
Harith cuma perhatikan dari jauh dengan perasaan kurang senang. ‘Hai, hati! Kenapa rasa sakit ni? Tak kan kau cemburu kut! Tapi dia tu kan isteri kau, memang tak salah kalau kau rasa macamtu..Hishh!! mengarut! Kau bukan cintakan dia pun..’ Harith terus berperang dengan emosinya.
“Hmm..Aamar dengan Qaseh tu memang rapat! Diaorang membesar bersama-sama..” Lamunan Harith terus disentap dengan penjelasan Tok Daud itu.
“Ohh..ya ker?” Harith sudah tersenyum cuba menutup rasa di hati sambil menggarukan pipinya yang tiba-tiba terasa gatal.

“AKU ingat kau tak datang!” Qaseh sudah buat muka merajuk. Dia dan Aamar sudah duduk di anak tangga.
“Mana boleh tak datang..Bff aku dah nak tinggalkan aku, kenalah datang ucap selamat tinggal kan?” Jawap Aamar memerli.
“Selamat tinggal? Kenapa selamat tinggal?”
Dahi Qaseh sudah berkerut. Dia tidak senang dengan kata-kata Aamar itu. Kenapa perlu ucapkan selamat tinggal? Bukankah seorang sahabat tidak perlu mengucapkan selamat tinggal kepada sahabatnya. Walaupun berpisah seribu batu, doa masih ada untuk terus menjadi penghubung. Lagipun zaman sekarang sudah banyak teknologi canggih yang boleh menjadi penghubung. Ada telefon, SMS, WhatsApp, WeChat, Instagram, Facebook, macam-macam lagi lah. Kenapa perlu ucap selamat tinggal?
“Yerlah, kau dah nak pindah jauh, dah ada suami..Kita dah tak boleh macam dulu lagi tau! Kalau suami kau tak suka, berdosa besar. Aku tak naklah kau jadi isteri derhaka. Ni, kita duduk berdua kat sini..Entah-entah dia tak suka.” Ucap Aamar kedengaran serius.
 Qaseh mengeluh kecil  merenung ke arah Harith dan Tok Daud yang turut sama memandang ke arah mereka berdua. Qaseh mengeluh perlahan, kemudian dia menjawap,
“Aku rasa dia sikit pun tak kisah..” Ucap Qaseh dengan suara yan terlalu perlahan hampir tidak kedengaran. Entah kenapa pilu pula rasa hatinya mahu berpisah dengan Aamar pada kali ini. Padahal sebelum ini pernah juga Aamar pergi jauh berminggu-minggu tinggalkan dia sorang di kampung, tak ada pula dia rasa seperti sekarang.
“Kau tolong jagakan atok tau! Jagakan Comot juga..” Suara Qaseh sudah bergetar. Kolam matanya sudah mula dipenuhi air jernih dan saat itu juga mutiara jernih itu perlahan-lahan jatuh kepipinya.
“Yer..aku janji! Kau janganlah nangis..Bukan kau nak pergi berperang pun..” Aamar cuba mengusik Qaseh, lebih kepada mahu menghiburkan hati dia sendiri sebenarnya. Jika diikutkan hati, dan jika tidak difikirkan bahawa Qaseh sudah bergelar isteri orang sekarang, mahu saja disapu air mata Qaseh saat itu.
“Sayang...kita dah lambat ni!” terdengar suara Harith memanggil sedikit kuat daripada pangkin kayu. Dia sebenarnya sudah mula bosan melihat adegan air mata yang berlangsung di hadapannya itu.
Qaseh dan Aamar saling berpandangan seketika sebelum mereka menoleh ke arah Tok Daud dan Harith yang sedang memandang mereka dari jauh. ‘Huhh! Sayang konon..Hipokrit betul mamat berlagak ni!!’ Gerutu Qaseh dalam hati dengan perasaan meluat.

AIR MATA Qaseh sudah tidak dapat ditahan lagi. Terasa perpisahan kali ini begitu berat baginya, seoalah dia pergi dan tak akan kembali lagi. Comot yang berada di dalam pelukannya dicium berkali-kali. Seakan mengerti dengan perbuatan Qaseh itu, Comot hanya membiarkan saja.
“Comot..Nanti Comot jaga atok tau! Comot jangan nakal-nakal..Aamar akan tengok-tengokkan Comot..” Pesan Qaseh dengan suara bergetar sambil mengosok kepala Comot.
“Meeooww..” Comot menyahut panjang.
“Sudahlah tu Qaseh, Harith dah lama tunggu tu..” Tegur Tok Daud lembut tatkala melihat Harith sudah mula mempamerkan wajah bosan.
“Atok ni, macam nak halau Qaseh jer..” Qaseh sudah berjauh hati. Mukanya sengaja disedihkan lagi. Sumpah! Dia tak sanggup nak berpisah dengan Tok Daud dan Comot, dengan Aamar juga sebenarnya.
“Hishh, kamu ni! Ke situ pulak..” Mata Tok Daud sudah menangkap tajam pada wajah cucunya itu. Bukan dia tidak tahu perangai si Qaseh tu, jika dilayan makin menjadi nanti.
Qaseh sudah mencebik sedih. Comot segera dihulurkan pada Aamar. Aamar yang membisu sedari tadi segera menyambut Comot. Harith pula hanya menjadi pemerhati sedari tadi. Jika diikutkan hatinya yang sudah kebosanan itu, mahu saja dia mengheret Qaseh terus ke kereta. Tapi dia harus sabar, kena berlakon sehabis baik di hadapan Tok Daud dan Aamar.
“Am, jaga Comot dengan atok tau!”Pesan Qaseh untuk yang entah keberapa kalinya. Aamar yang tampak sugul itu hanya menganggukkan kepala.
Seketika kemudian Qaseh memeluk Tok Daud dengan erat sambil menangis teresak-esak. Hatinya memang berat seperti batu mahu meninggalkan Tok Daud bersendirian di rumah usang itu. Tapi apakan dayanya, Tok daud sendiri seakan suka dia pergi.
“Dahlah sayang, jangan sedih lagi..Nanti ada masa kita balik lagi jengok atok..Abang janji!” Pujuk Harith dengan suara yang lembut sekali. Tangannya menyentuh bahu Qaseh dengan mesra. Dalam hati, hanya Allah saja yang tahu bertapa menyampahnya dia melihat drama air mata Qaseh yang entah bila mahu tamat itu.
Glup! Qaseh menelah air liur yang tiba-tiba terasa penuh di kerongkong. ‘Amboi! Bukan main lembut lagi suara dia errk..Berbulu rasa telinga aku ni.’ Gerutu Qaseh geram. Akhirnya dengan berat hati Qaseh pergi juga meninggalkan Tok Daud dan Comot. Tinggalkan Aamar juga!

HARITH menguap beberapa kali sambil sebelah tangannya memicit-micit tengkuknya dengan lembut, manakala sebelah tangan lagi memegang stereng kereta dengan kemas. Pandangannya masih terus ke depan, fokus pada jalan raya yang boleh tahan juga sibuknya itu. Suasana masih lagi sepi sedari tadi, hanya suara DJ radio saja yang berceloteh tanpa jemu menemani perjalanan mereka. Baik dia mahupun Qaseh masing-masing langsung tidak bersuara.
Qaseh yang hanya membisu sedari tadi menoleh seketika pada Harith yang sudah beberapa kali menguap itu. Wajah Harith nampak benar-benar kepenatan. Timbul pula rasa kesian di hati Qaseh melihat keadaan Harith begitu. Mungkin Harith tidak biasa memandu jauh, tambahan pula tiada teman untuk berbual.
“Awak penat ker? Kalau penat eloklah kita berhenti rehat dulu..Tak pun biar saya jer yang drive..” Akhirnya Qaseh bersuara memecahkan kebuntuan. Lama juga Harith senyap sebelum dia bersuara,
“Kau, nak drive kereta! Pandai ker?” Suara Harith kedengaran sinis di telinga Qaseh sambil bibirnya tersenyum mengejek. Dia terus memandu tanpa menoleh sedikitpun pada Qaseh.
“Tak payahlah nak perli macamtu! Saya tahulah saya ni orang susah, kereta pun tak ada..Tapi saya memang boleh drivelah..Saya ada lesen yang sah!” balas Qaseh masih perlahan, cuba menyabarkan dirinya. ‘Huh!! Tak habis-habis dengan perangai berlagak dia tu..Tahulah aku ni orang susah..Tak payahlah nak pandang sebelah mata sangat!’ Gerutu Qaseh tidak putus-putus dalam hatinya. Wajahnya sudah mencuka di sebelah.
“Kau? Bawak kereta ni? Memang taklah!” Jawap Harith serius. ‘Gila nak bagi dia bawak kereta aku ni..Memang tak lah oiii...Aset kesayangan aku ni.’ Harith sudah membebel dalam hati. Qaseh di sebelah dijeling sekilas. ‘Mak aii!! Masamnya muka..’
“Hmm..Kalau aku tanya sikit boleh?” Akhirnya Harith memulakan perbualan antara mereka. Dia menoleh sekilas pada Qaseh yang nampak masih marah itu.
“Tanya apa?” Qaseh menjawap nak tak hendak saja. Sakit hatinya masih bersisa.
“Emm..Kau dengan Aamar tu memang rapat ker?” Qaseh tersentak! Pertanyaan tanpa nada daripada Harith itu membuatkan dahinya berkerut seribu.
“Kenapa?” Soalan Harith tadi dibalas dengan soalan juga oleh Qaseh.
“Aku tanya tu jawap jerlah! Susah ker?” Nada suara Harith sudah bertukar rentak. ‘Orang tanya dia, boleh dia tanya orang balik!’ Harith mula panas hati.
“Hmm..yer. Kita orang memang rapat! Dia selalu ada bila saya perlukan dia..” Jawap Qaseh perlahan. Wajah kacak Aamar mula menari-nari di ruang mata.
“Boleh tahan jugak mamat tu..Handsome! Tapi kenapa kau tak kahwin saja dengan dia errk? Oppss, lupa! Kau memang saja nak kahwin dengan lelaki kaya dan kacak macam aku ni kan? Nanti tak payahlah kau kerja keras untuk hidup mewah..” Selamba saja perkataan itu keluar daripada mulut Harith. Dia kemudiannya tersenyum sinis. Puas rasanya dapat menyakitkan hati Qaseh.
“Apa yang awak merepek ni? Dia kawan baik sayalah! Kalau boleh memang saya nak kahwin dengan dia..Saya lebih rela kahwin dengan dialah daripada terpaksa berkahwin dengan mamat berlagak macam awak ni..” Qaseh sudah mula naik angin. ‘Eiii!! Sakitnya hati aku dengan mamat ni..Harap muka jer Handsome, tapi berlagak..Ya Allah, memang tak ingat!!’
“Eleh! Tak payahlah nak berlakon, ingat ni drama melayu ker? Tak suka konon..Aku tahulah kau ada agenda tersendiri kan? Entah-entah kau ada rancangan nak bolot semua harta aku, lepas tu kau pergi dengan pakwe kampung kau tu..Orang zaman sekarang bukan boleh percaya sangat, sanggup buat apa saja sebab harta..”
Telinga Qaseh tiba-tiba rasa berdesing sebaik saja mendengar tuduhan yang terbit daripada mulut Harith itu. Hatinya menggelegak marah. Wajah selamba Harith yang sedang memandu di sebelahnya ditenung lama dan tajam.
“Encik Harith Haikal! Boleh tak kalau bercakap tu fikir sikit perasaan orang lain? Tak semua orang gilakan harta! Yang sanggup buat apa saja sebab harta tu awak, bukan saya! Kalau bukan kerana harta, awak tak akan kahwin dengan saya kan? Sekarang siapa yang gilakan harta..Saya atau awak?” Qaseh membalas perlahan tetapi dengan nada yang keras.
Zupp!! Muka Harith merah dengan tiba-tiba disindir oleh Qaseh begitu. Dia sedikitpun tidak menyangka bahawa Qaseh akan memulangkan paku buah keras. Disangkakan Qaseh gadis kampung yang tidak tahu melawan dan senang untuk dibuli. Ternyata dia silap besar dalam menilai Qaseh.
“Kenapa diam?” Qaseh tersenyum sinis melihat Harith hanya diam membatu. Terasa kemenangan berpihak padanya.
Soalan Qaseh hanya dibalas dengan jelingan oleh Harith. Sakit hatinya bukan kepalang melihat senyuman sinis daripada Qaseh itu. ‘Tak per! Ini hari kau..Hari aku akan tiba..Kau tunggu!!’ getus Harith dalam hati.

TEPAT pukul 8.00 malam, mereka selamat tiba di hadapan sebuah rumah banglo mewah tiga tingkat kepunyaan keluarga Harith, lebih tepat lagi banglo milik tok ayahnya. Qaseh kaku, berdiri di tepi kereta sambil matanya bulat merenung terus pada rumah banglo yang tersergam indah di hadapannya itu. Seumur hidupnya, inilah pertama kali dia melihat rumah sebesar dan semewah itu. Dia kagum!
“Oiittt!! Kau tunggu apa lagi tu?” Harith sudahpun berdiri di muka pintu bersama dua buah beg terbimbit kemas di tangan sebelah kanannya.
Qaseh tersentak dengan sergahan Harith yang agak kuat itu, cepat-cepat berjalan mendapatkan Harith yang sudah lama menunggunya di muka pintu.
“Huh!! Terhegeh-hegeh..” bentak Harith lagi sebaik saja Qaseh sudah berdiri di sebelahnya. Manakala Qaseh cuma diam, malas mahu membalas.
“Kau ingat janji kita..Depan tok ayah nanti kita berlakon..” Bisik Harith perlahan di telinga Qaseh sambil tangan kirinya laju memulas tombol pintu. Qaseh menelan air liur. Tiba-tiba saja tekaknya terasa kering dan hatinya berdebar-debar.
 “Assalamualaikum..” Ucap Harith sebaik saja pintu rumah dibuka.
“Waalaikummussalam..” Terdengar suara seorang perempuan menjawab salam dari dalam rumah. Harith terus melangkah masuk bersama beg di tangan.
“Dah sampai pun..lama Tan Sri tunggu tadi, dah naik atas pun..Duduk dulu Harith, rehat! Nanti mak Siti panggilkan Tan Sri. Makan malam pun Mak Siti dah hidang tu..” mesra saja tutur perempuan yang membahasakan dirinya Mak Siti itu. Mungkin pembantu rumah mereka agaknya. Qaseh pula masih terkebil-kebil di muka pintu, masih teragak-agak untuk masuk.
“Lah!! Kenapa berdiri di luar lagi ni, merilah masuk Puan..” Sapa Mak Siti lagi sambil matanya terarah tepat pada wajah Qaseh yang nampak terpinga-pinga di muka pintu. Qaseh tersenyum kelat! ‘Kurang asam mamat berlagak ni, tak pelawa pun aku masuk!’ gerutu Qaseh lagi.
Harith yang sudah melabuhkan punggung di sofa empuk itu segera menoleh. ‘Alamak!! Terlupa pulak pada minah sorang ni..’ Harith sudah menepuk dahinya dan segera bangun mendapatkan Qaseh, lagak seperti seorang suami mithali gitu.
“Harith, tahulah sayang isteri tinggal-tinggalkan..Tapi takkan nak tinggal dekat depan muka pintu..” Mak Siti memerli. Harith sudah tersengih macam kerang busuk, manakala wajah Qaseh pula sudah berona merah menahan malu kerana direnung semacam dua macam oleh Mak Siti sambil tersenyum simpul padanya.
“Sayang..jom masuk! Tak payah malu-malu, buat jer macam rumah sendiri..” Tutur Harith lembut sekali sambil menarik tangan Qaseh supaya masuk. Matanya merenung tajam kedalam anak mata Qaseh seakan memberi amaran tatkala dia merasakan Qaseh mahu menarik tangannya.
Qaseh membalas jelingan Harith, sakit pula hatinya. ‘Kalau yer pun nak berlakon tak payahlah nak over sangat! Siap pegang-pegang ni apa cerita pulak?’ bentak hati Qaseh penuh dengan perasaan geram. Namun begitu dia tetap menurut langkah Harith masuk ke dalam rumah mewah itu. Sekali lagi Qaseh berasa kagum melihat keindahan hiasan dalaman banglo mewah milik keluarga Harith itu.
“Harith, Qaseh..dah sampai pun..” Tan Sri Musa yang baru sahaja turun dari biliknya di tingkat atas itu tersenyum senang melihat cucu dan cucu menantunya. Harith dan Qaseh segera mendapatkan Tan Sri Musa dan bersalaman dengannya.
“Tok ayah sihat?” tanya Harith berbasi-basi.
“Eh, sihat!” Jawap Tan Sri Musa sambil tersenyum lebar. Kini lega hatinya melihat Harith sudah dapat menerima Qaseh dalam hidupnya. Wajah Harith nampak ceria saja tidak seperti waktu mereka mula-mula pergi ke kampung dulu.
Mata Tan Sri Musa beralih pula pada Qaseh yang tampak begitu ayu dengan baju kurung dan tudung yang tersarung kemas ditubuh dan kepalanya itu. Sebaik saja melihat wajah Qaseh yang tampak jernih itu, hatinya terasa damai sekali. Entah mengapa naluri tuanya kuat mengatakan Qaseh adalah jodoh yang terbaik buat Harith, cucunya nan sorang itu. Bagi Tan Sri Musa, Harith dan Qaseh memang sepadan. Mereka sama-sama cantik dan kacak, bagai cincin dengan permata. Cuma perangai Harith saja yang membuatkan hati tuanya resah dan gundah kini. Dia berharap agar kehadiran Qaseh dalam hidup cucunya itu dapat mengubah cara hidup Harith dan berharap benar Qaseh akan menjadi pelengkap di dalam hidup Harith.
“Qaseh okey? Penat tak? Kalau penat pergi naik atas dulu, mandi dan berehat..Lepas solat isyak nanti boleh kita makan sama-sama.” Lembut saja Tan Sri Musa bertanya sambil matanya merenung cucu menantunya dengan mesra.
“Ehh..taklah tok ayah..” balas Qaseh agak segan. Mana tidaknya, inilah pertama kali dia berdepan dengan ahli perniagaan yang terkenal itu. Selama ini dia hanya melihat Tan Sri Musa daripada jauh sahaja dan mereka hanya berbalas senyum.
“Ehh!! Mana boleh tak penat..berjalan jauh tu..Pergilah berehat dulu..Harith! pergi bawak Qaseh berehat dekat atas..” Mata Tan Sri Musa terarah pula pada Harith yang hanya diam sedari tadi.
“Err..Emmm, baik tok ayah!” Harith sedayanya cuba memaniskan muka di hadapan datuknya, tidak mahu tembelangnya pecah. Kalau Tan Sri Musa tahu dia cuma berlakon, alamatnya dia gali lubang kubur sendirilah jawapnya.
“Jom sayang! Kita naik berehat dekat atas dulu..” Dengan selamba Harith memaut pinggang ramping milik Qaseh, cuba menampakkan kemesraan di hadapan datuknya.
Duppp!! Jantung Qaseh seakan mahu melompat keluar tatkala tangan sasa milik Harith melekat kemas di pinggangnya. Mukanya tiba-tiba saja terasa panas, malu betul dipeluk begitu di hadapan Tan Sri Musa.
Mata Qaseh dan Harith bertembung, lama begitu. Jantung Qaseh masih lagi berdegup kencang seakan langsung tidak memberi ruang kepadanya untuk bertenang. ‘Hailah, jantung! Kenapalah kau berdegup lain macam saja ni? Mamat ni pun satu hal! Tangan tu gatal sangat nak berpeluk bagai ni kenapa?’ Qaseh sudah menyumpah-nyumpah dalam hati. Pelukan Harith cuba dileraikan, rimas pula dia dengan keadaan yang begitu. Namun apa yang berlaku di luar jangkaannya. Bukan pelukan yang terlerai, malah semakin dikemaskan oleh Harith.
Mata Harith direnung tajam oleh Qaseh, mengharap agar Harith faham dengan pandangannya itu. Sungguh dia rimas! Lemas diperlakukan begitu oleh Harith, apatah lagi di hadapan Tan Sri Musa. Glupp!! Qaseh menelan air liur yang tiba-tiba terasa penuh di kerongkongnya. Renungannya yang tajam tadi dibalas lebih tajam oleh Harith seakan mahu menelannya hidup-hidup di situ. ‘Mak aiii!! Tajamnya mata tu..Macam nak tembus biji mata aku direnungnya..’ Getus Qaseh dalam hati sambil matanya sudah beralih merenung lantai. Kecut pula perutnya berbalas pandang dengan Harith begitu.
“Kami naik dulu yer tok ayah..” Harith sudah tersenyum semula pada tok ayahnya dan terus menarik Qaseh supaya naik ke atas bersamanya.

1 ulasan: