Sesuci Cinta Qaseh a.k.a Jawapan Cinta- bab 16



BAB 16

PEN yang tergenggam kemas di tangan kanannya diketuk bertalu-talu ke atas meja. Matanya fokus pada komputer di hadapan, namun fikirannya pula melayang entah ke mana. Sesekali dahinya nampak berkerut, seolah sedang memikirkan masalah negara saja lagaknya.
“Berangan!!” Sergah Ryna kuat sambil menepuk meja Qaseh.
“Makkk!!!”
Qaseh sudah terpekik kuat. Pen yang berada di tangannya jatuh terpelanting ke atas lantai. Beberapa pasang mata pekerja lain sudah terarah tepat padanya saat itu. Qaseh tersenyum kelat, sambil menganggukkan kepala kepada mereka semua. Malu jangan ceritalah! Rasa nak tumbuk saja muka Ryna yang sedang tersengih di hadapannya kini.
“Eh, tenang okey.. Tenang!” Ryna sudah mengangkat kedua belah tangannya separa dada, meminta Qaseh supaya bertenang.
“Kau ni, nak bunuh aku ker apa?!” Marah Qaseh sambil tangannya mengurut dada. Dia betul-betul terperanjat disergah begitu oleh Ryna. Mukanya sengaja dimasamkan. Biar Ryna tahu dia betul-betul tengah marah.
“Alaa.. Sorryyyyy...” Ryna menarik tangan Qaseh ke dalam genggamannya sambil tersengih kecil. Mata dikedip-kedipkan, cuba memujuk Qaseh.
“Tak nak!!” Balas Qaseh laju.
“Qaseh.. Sorrylah. Aku mana tahu kau punya kuat berangan sampai terkejut macamtu sekali.. hu.. hu..” Ryna sudah tersipu-sipu menahan tawa.
“Kau ni jahat tau! Hati aku tengah rungsing, kau boleh pulak datang sergah-sergah macamtu..” Sayu saja suara Qaseh dipendengaran Ryna. Wajah Qaseh juga nampak redup.
“Lahh, kau ada masalah ker? Cepat cerita pada aku!”
“Hmm.. Tak adalah masalah besar sangat. Tapi..”
“Hishh, ni yang aku tak suka ni! Main tapi, tapi pulak!” Ryna sudah mula geram. Qaseh masih diam, tunduk merenung meja. Dalam hati masih berkira-kira samada mahu bercerita dengan Ryna ataupun tidak.
“Cepatlah! Kau tak payahlah buat aku suspend macam ni..” Gesa Ryna lagi.
“Hmm.. malam esok aku ada dinner dengan Encik Faez, bersama CEO Perkasa Holding. Masalahnya kalau boleh aku memang tak nak pergi! Tapi aku tak boleh nak menolak..” Lemah saja suara Qaseh.
“Haaa.. Dinner? Dengan dua jejaka kacak idaman malaya.. Hishh, ini yang buat aku jealous ni..” Ryna sudah menggenggam penumbuk, tanda geram.
“Ha.. ha.. kau ni dah kenapa?!” Qaseh tergelak kecil melihat telatah Ryna.
“Untunglah kau Qaseh.. Akan diapit oleh dua orang jejaka kacak nanti!” Ryna buat muka sedih, konon-konon tengah frustlah tu. Kemudian dia tersengih lebar.
“Yang kau merepek benda yang bukan-bukan ni kenapa? Aku tak nak pergi, faham tak?” Qaseh sudah mula geram. Sakit hati pula dengan Ryna yang tak habis-habis merepak. Dah bertunang pun masih nak menggatal lagi.
“Laaa.. Marah pulak! Okey, aku serius ni. Kenapa kau tak nak pergi?” Tanya Ryna. Matanya merenung lama pada Qaseh yang masih berwajah kelat itu.
“Pertama, aku takut nak keluar dengan encik Faez. Kau tahulah dia tu.. Garang nak mam.. Hmm, keduanya..Aku tak ada bajulah..”
“Eleh, itu jer masalahnya. Untuk masalah kau yang pertama tu.. Nak tak nak, kau kena jugak! Sebab ini atas urusan kerja. Hah, untuk masalah yang kedua tu.. Habis waktu kerja nanti kau ikut aku.”
“Pergi mana?” Dahi Qaseh sudah berkerut.
“Adalah! Dah, sambung kerja.. Jangan nak berangan!” Ryna sudah bercekik pinggang sambil tergelak kecil. Qaseh cuma mencebik dan kemudiannya tersenyum manis menampakkan kedua belah lesung pipitnya.

ORANG tidak berapa ramai di One Utama pada petang itu. Qaseh dan Ryna berjalan seiringan masuk ke butik pakaian wanita yang terletak di tingkat dua dalam bangunan itu. Mata Qaseh meliar kesegenap ruang butik itu. Ada bermacam-macam fesyen baju, berbagai-bagai jenis kain dan warna. Semuanya nampak cantik di mata Qaseh.
“Eh, nanti dulu! Kenapa kau bawa aku ke sini?” Tangan Ryna ditarik laju, menyebabkan langkahnya terhenti serta-merta. Wajah blur Qaseh direnung lama. Rasa geram pun ada melihat Qaseh begitu. ‘Hai, minah ni! Dia buat-buat tak faham ker betul-betul tak faham ni?’ Getus Ryna dalam hati.
“Tadi Cik Qaseh cakap tak ada baju untuk dinner malam esok kan? Sekarang saya bawa Cik Qaseh datang sini sebab nak pilih baju.. Sekarang boleh kita jalan Cik Qaseh?” Jelas Ryna dengan nada menyindir.
“Apa, pilih baju?”
Riak terkejut jelas tergambar pada wajah Qaseh. ‘Gila!! Manalah aku ada duit nak beli baju-baju macam ni.. Bukan murah baju-baju ni.. Kerja pun baru lagi, gaji pun tak dapat lagi.. Mana nak cekau duit nak bayar semua ni..’ Qaseh sudah membebel dalam hati.
“Jomlah kita balik! Aku tak ada duitlah..” Qaseh sudah menarik tangan Ryna untuk keluar daripada butik itu.
“Alah, kau ni! Kedekutlah.. Bukan mahal sangat pun baju-baju dekat sini.. Semua mampu miliklah.. Jomlah Qaseh! Kau ni asyik-asyik dengan baju kurung jer tau! Bosan aku tengok..” Bentak Ryna perlahan. Dia sudah buat muka.
“Tapi..”
“Takde tapi-tapi.. Kalau kau tak ada duit, guna duit aku dulu.” Ryna bersungguh. Qaseh sudah menggaru kepala. Dia cuba menghitung jumlah duit yang berada di dalam dompetnya sekarang. Kalau tidak silap perhitungannya, duit di dalam dompetnya sekarang cuma tinggal lima puluh ringgit sahaja. ‘Aduh! Macam mana ni?’ Qaseh sudah buntu.
Lama juga mereka berdiri di situ. Beberapa pasang mata pekerja butik sudah terarah kepada mereka, hairan melihat Qaseh dan Ryna yang berbisik-bisik sesama sendiri sedari tadi lagi.
“Hmm.. Jom kita cari mesin ATM dulu. Aku nak check baki dalam akaun aku.. Rasanya ada sikit simpanan aku masa belajar dulu. Kalau tak cukup nanti, baru kau tambah errk?” Qaseh akhirnya bersetuju juga.
“Okey, jom!!” Laju saja Ryna menarik tangan Qaseh untuk pergi mencari mesin ATM. Hatinya berbunga-bunga apabila Qaseh akhirnya bersetuju juga dengan cadangannya. Kalau boleh Ryna mahu mengubah gaya penampilan Qaseh yang ala-ala kekampungan itu kepada gaya moden. Fesyen muslimah moden!

MATA Qaseh terbeliak besar sebaik sahaja baki di dalam akaun banknya terpapar di dada skrin mesin ATM. Dia menelan liur beberapa kali. Matanya juga digosok berkali-kali, tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya sekarang. ‘Mak, aiii! Mana datangnya duit sebanyak ni? Siapa yang dah tersalah masukkan duit pada aku ni? Atok! Ishh, mustahil.. Mana dia dapat duit sebanyak ni? Hmm... Aamar? Pun tak mungkin! Tapi selain daripada atok, hanya Aamar sorang saja yang tahu nombor akaun bank aku..’ Qaseh sudah kebingungan.
“Hoi, cepatlah! Kenapa buat muka terkejut macam ni? Macam nampak hantu..” Ryna laju saja menepuk bahu Qaseh.
“Err.. errr..” Qaseh sudah kehilangan kata-kata. Hanya jarinya saja yang menunding laju pada skrin ATM.
Ryan pelik melihat tingkah Qaseh. Laju saja matanya berlari pada skrin ATM yang ditunjukkan oleh Qaseh.
“Woww! Banyaknya duit. Tadi cakap tak ada duit..” Ryna hampir terjerit melihat baki di dalam akaun bank Qaseh yang berjumlah sepuluh ribu itu. Dia yang sudah bertahun-tahun kerja pun belum mempunyai simpanan sebanyak itu.
“Taaa.. Tapi.. Ini bukan duit aku! Aku tak ada duit sebanyak ni lah Ryna.. Apa patut aku buat ni?” Qaseh menyoal bodoh. Mukanya nampak benar sedang kusut.
“Eh, kau ni! Dah sah-sah ini akaun bank kau.. Macam mana pulak kau boleh cakap duit tu bukan duit kau.”
“Betulah Ryna. Aku memang tak tahu dari mana datangnya duit ni..” Qaseh bersungguh cuba meyakinkan Ryna. Lama mereka terdiam. Masing-masing kelihatan bingung.
“ Ahh, lantaklah! Dah duit tu ada dalam akaun kau, jadi kau punyalah.. Dahlah, cepatlah keluarkan duit tu. Nanti lambat pulak.” Akhirnya Ryna bersuara. Tidak kuasa lagi dia mahu bermain dengan teka-teki.
Qaseh yang masih terpinga-pinga itu bagaikan terpukau dengan kata-kata Ryna. Laju saja tangannya menekan pada petak pengeluaran. Dalam hatinya masih lagi berteka-teki. Selagi dia tidak tahu siapakah yang telah masukkan duit ke dalam akaunnya, selagi itulah dia tidak akan berasa tenang.
Dalam kesibukan Qaseh dan Ryna memilik baju di butik itu, tiba-tiba mata Qaseh terpaku pada pasangan merpati dua sejoli yang sedang berjalan berpelukan melintasi butik itu. Dahi Qaseh bertaut rapat. Dia mengecilkan matanya cuba mengecam dengan lebih tepat siapakah gerangan merpati dua sejoli itu. ‘Eh, itukan...’ Dahi Qaseh semakin bertaut.
“Hoiii, kau tengok apa tu? Kenapa teruk sangat rupa kau ni?” Ryna menyiku lengan Qaseh. Hairan melihat wajah Qaseh yang berkerut-kerut itu.
“Hahh! Eh, tak ada apa-apa.. Heee...” Qaseh tersengih, tapi nampak sangat dibuat-buat.

BEG kertas yang terletak kemas di atas katil dicapai. Laju saja tangannya menarik beberapa helai baju yang berada di dalam beg kertas itu. Baju-baju itu telah dipilih oleh Ryna untuknya. Gaun muslimah! Memang sangat cantik dan anggun.. Lebih-lebih lagi apabila tersarung di tubuh rampingnya.
Bayang Harith belum kelihatan di mana-mana semenjak dia pulang kerumah sebentar tadi. Kata Mak Siti, Harith masih belum pulang daripada pejabat. Qaseh tiba-tiba teringat pada pasangan merpati dua sejoli yang dia nampak di mall pada petang tadi. Rasanya mata dia tidak menipu dan dia begitu yakin dengan apa yang dia nampak. Lelaki itu memang Harith! Tapi siapa perempuan seksi yang berpeluk sakan dengan dia petang tadi? Qaseh menggaru pipinya yang tiba-tiba terasa gatal. Seekor nyamuk terbang lari daripada pipinya. Patutlah gatal! Pipinya diselar nyamuk.
Otak Qaseh masih berputar ligat, mencari jawapan kepada persoalan yang sedang bermain di mindanya kini. ‘Hmm, siapa agaknya minah salih yang seksi tadi tu errkk? Entah-entah itu makwe dia tak! Patutlah benci sangat dengan aku.. hmmm..’ Qaseh megeluh kecil. Entah kenapa perasaannya tiba-tiba rasa terkilan. ‘Hishh, Qaseh!! Apa kena dengan kau ni? Kenapa pulak kau nak rasa macam ni? Selama ni bukan kau tak tahu! Mana ada cinta sejati dalam dunia ni Qaseh.. Ahh, lelaki Qaseh! Semuanya sama...’
Kreekkkk...! Pintu bilik dikuak dari luar. Qaseh cepat-cepat memasukkan semula kesemua baju yang dibeli tadi ke dalam beg kertas. Dia segera menoleh. Harith sudah berdiri tegap di muka pintu merenung tepat pada Qaseh.
“Apa tu?”
Tanya Harith sambil jari telunjuknya menunding tepat pada beg kertas yang berada di sebelah Qaseh.
“Apa tu, apa?”
Tanya Qaseh kembali. Harith yang nampak kacak berseluar jeans biru gelap dan bert-shirt kuning hitam itu dipandang lama. ‘Aiik, bila masa pulak dia balik tukar baju. Rasanya tadi Mak Siti cakap dia belum balik dari pejabat?’ Qaseh berkira-kira sendiri di dalam hati.
“Itulah.. Tak nampak ker aku tunjuk ni?” Harith mula naik angin. Dia mendengus kecil.
“Ni.. Ini baju.. baru beli petang tadi.” Jawap Qaseh sambil tersengih kecil. Tapi Harith, masih sama. Riak muka masih serius tanpa secalit senyuman pun.
“Dah dapat gaji ker?” Nada suaranya masih tetap sama, serius! Langsung tak mesra. Qaseh laju menggeleng.
“Belum.” Jawap Qaseh sepatah. Dia tunduk merenung lantai. Sepi seketika.
“Hahh, saya ada benda nak tanya awak ni..” Tiba-tiba Qaseh bersuara apabila teringat kembali pasal duit baki di dalam akaun banknya. Petang tadi dia ada telefon Aamar untuk bertanyakan tentang itu. Ternyata bukan Aamar yang masukkan duit ke dalam akaun banknya.
“Tanya apa?”
“Awak.. emm, awak ada masukkan duit kat dalam akaun bank saya ker?” Tanya Qaseh lambat-lambat. Harith yang sudah duduk di kerusi rehat berbentuk tangan yang terletak kemas di tepi katil itu dipandang bersungguh oleh Qaseh. Terasa begitu lama masa yang diambil oleh Harith untuk menjawap pertanyaannya itu.
“Hmm, kenapa?” Harith masih selamba.
“Tak adalah.. Duit baki dalam akaun saya tiba-tiba saja jadi banyak. Sebelum ni simpanan saya cuma ada lima ratus saja dekat dalam tu. Tapi masa saya semak baki petang tadi.. tiba-tiba duit dekat dalam tu ada sepuluh ribu..” Bersungguh Qaseh bercerita.
“Entah! Kekasih gelap kau yang masukkan tak? Tak pun sugar daddy kau!” Harith menjawap selamba sambil tersenyum sinis.
“Apa awak cakap! Kekasih gelap? Sugar daddy? Haa.. ini dia kekasih gelap.. Orang tanya betul-betul, boleh pulak buat lawak bodoh yang tak lawak langsung!!” Kata Qaseh geram sambil tangannya laju saja mencubit lengan Harith.
“Auucchh!!! Sakitlah wehh..” Laju saja Harith menepis tangan Qaseh. Matanya bulat merenung Qaseh, tanda geram. Qaseh buat muka seposen, langsung tidak menoleh pada Harith yang sudah merenungnya tajam seolah-olah mahu menelan dia hidup-hidup.
“Apa pandang-pandang?” Bentak Qaseh kasar.
“Kau ni anak ketam ker apa? Aku tahulah kau tu duduk tepi pantai.. Tapi tak kan kerja kau nak menyepit orang jer.. Macam anak ketam!” Bidas Harith. Tangannya masih laju menggosok lengan yang masih terasa pedih bekas dicubit oleh Qaseh sebentar tadi.
“Padan muka! Orang tanya betul-betul, boleh pulak jawap main-main.. Huuhh! lembik. Baru kena cubit sikit dah kecoh satu taman.” Qaseh sudah ketawa mengejek.
“kau panggil aku apa tadi?” Hati Harith mula panas mendengar kata sindiran daripada Qaseh sebentar tadi.
“Lembik!!” Ulang Qaseh lagi.
“Apa?” Tanya Harith sekali lagi.
“Lembik! L.E.M.B.I.K.. Lembik! faham? Harap badan saja berketul-ketul, tapi kena cubit sikit jer dah melatah.. Ha.. haa..” Balas Qaseh sambil ketawa menyindir. Puas rasa hatinya dapat mengejek Harith begitu.
Telinga Harith berdesing mendengar nada yang begitu sinis daripada Qaseh. Wajahnya juga sudah merah menahan perasaan geram. Sakit pula rasa hatinya mendengar sindiran daripada Qaseh. Sebelum ini belum pernah ada seorang perempuan pun yang berani mengejeknya begitu.
“Ooo.. lembik yer?! Sekarang kita tengok lembik ker tidak.!!” Harith sudah bingkas bangun daripada kerusi dan menolak tubuh Qaseh dengan kuat sehingga Qaseh terlentang di atas katil. Tanpa membuang masa lagi Harith terus merangkak ke atas katil, mendepakan kedua belah tangannya ke atas tilam bagi mengunci pergerakan Qaseh.
Qaseh sudah cuak. Dia cuba untuk bangun namun Harith terlebih dahulu mengunci pergerakannya. Jantung Qaseh sudah melompat-lompat tatkala Harith mula merapatkan mukanya pada muka Qaseh. Begitu rapat sehinggakan Qaseh dapat mendengar dengan jelas bunyi desahan nafas Harith.
“Harith! Awak buat apa ni?” Qaseh cuba menolak tubuh Harith tetapi kedudukan Harith masih statik, tak berganjak langsung.
“Nak main masak-masak.. Nak tengok siapa yang lembik, siapa yang tak lembik..” Bisik Harith perlahan dengan gaya penuh menggoda di tepi telinga Qaseh. Terasa panas nafas Harith berhembus lembut di cuping telinga Qaseh, membuatkan dada Qaseh berdebar hebat. ‘Ya Allah! Matilah aku..’ Desis Qaseh dalam hati.
“Harith..Stop it..”
 Rayu Qaseh perlahan tatkala bibir Harith mendarat lembut di cuping telinganya. Desahan nafas Harith semakin kuat di telinganya, membuatkan dadanya terasa sesak dan sukar untuk dia mengatur nafas.
“Kenapa..? Dah tak nak teruskan permainan ker..” Bisik Harith lembut. Jari telunjuknya membelai bibir Qaseh dengan liarnya. Harith menelan liur. Terasa bergetar juga hati lelakinya saat itu. Wajah Qaseh yang sudah seperti mahu menangis itu direnung lembut.
“Tak nak..” Bisik Qaseh juga perlahan dan lembut. Seakan tidak mahu keluar saja suaranya tika itu. ‘Ya Allah.. apa kena dengan mamat ni?’ Dahi Qaseh sudah berpeluh-peluh. Kedua belah tangannya masih melekat kejap pada dada Harith, menahan dada Harith daripada jatuh bersentuh dengan tubuhnya.
Mata mereka bersatu, terpaku lama di situ. Mulut masing-masing terkunci rapat. Yang kedengaran hanyalah helaan nafas mereka yang seakan tidak teratur itu. Jantung mereka sama-sama bergetar hebat.
Tanpa sedar Harith cuba untuk mencium bibir Qaseh, namun Qaseh dengan sepantas kilat telah menekup mulut Harith dengan kedua belah tangannya. Laju saja Qaseh menggelengkan kepalanya. Muka Qaseh sudah pucat tak berdarah.
“Hmm.. kenapa? Dah mengaku kalah? Sekarang siapa yang lembik?” Tanya Harith sinis, tapi masih belum melepaskan Qaseh.
“Okey.. saya mengaku saya salah. Saya minta maaf.. Saya merayu pada awak, tolonglah lepaskan saya..” Suara Qaseh sudah bergetar. Matanya juga sudah berkaca. Takut benar Qaseh tika itu. Melihat kegilaan Harith saat itu membuatkan Qaseh berasa serik untuk mengejek Harith lagi. Sumpah! Lain kali dia akan lebih berhati-hati.
“Hmmm...” Hanya itu saja yang keluar daripada mulut Harith saat itu. Mata Qaseh yang sudah berkaca itu direnung dalam-dalam. Entah kenapa, tiba-tiba satu perasaan aneh menerpa di jiwanya. Spontan saja bibirnya mendarat lembut pada pipi Qaseh. Kemudian dia bingkas dari katil, meninggalkan Qaseh yang sudahpun teresak di atas katil.
Sebaik saja Harith sampai di muka pintu bilik, dia menoleh ke arah Qaseh. Lama dia memandang Qaseh yang masih tersedu di atas katil. Akhirnya dia bersuara,
“Emm.. Pasal duit dalam akaun kau tu, aku yang masukkan. Itu duit hantaran kahwin kau.. Dan bermula dari bulan ini dan bulan-bulan seterusnya, aku akan masukkan duit untuk kau.. Anggaplah itu sebagai duit nafkah dari aku, selagi kita masih sah bergelar suami-isteri..”
Harith terus meninggalkan bilik sebaik sahaja dia habis menuturkan kata-katanya sebentar tadi. Dia nampak dengan jelas wajah Qaseh yang nampak terkejut dan seolah mahu mengatakan sesuatu. Namun, Harith terlebih dahulu meninggalkan Qaseh yang nampak masih kebingungan. Dia tidak mahu memanjangkan lagi hal itu. Dan seketika itu juga dia terus menghilang di balik pintu.



P/S: Selamat membaca.. LE ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi membaca karya LE yang tak seberapa ini. Segala kekurangan harap di maafkan. LE nak maklum, n3 untuk Jawapan Cinta ini mungkin akan di update sampai bab 20 sahaja. Selebihnya serahkan pada rezeki. Semoga ada rezeki Jawapan Cinta untuk ke versi cetak.. Terima kasih semua..

4 ulasan:

  1. bestnya, xsabar lk nk bce next bab. :)

    BalasPadam
  2. best cerita ni, hrap2x ble peluk versi cetak.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.. In Shaa Allah.. doakan yer.. : )

      Padam