Sesuci Cinta Qaseh a.k.a Jawapan Cinta- bab 18



BAB 18

QASEH tersandar lesu di sofa ruang tamu rumah teres dua tingkat yang baru didiaminya itu. Penat sungguh rasanya seharian berkemas. Namun, dia berpuas hati melihat semuanya sudah tersusun rapi. Walaupun rumah itu tidaklah sebesar dan semewah rumah banglo milik Tan Sri Musa, namun sudah cukup selesa dan besar untuk mereka berdua.
Sekarang Qaseh sudah boleh menarik nafas lega. Dia tidak perlu berlakon lagi di hadapan Tan Sri Musa dan semua orang. Sekarang, di rumah ini cuma tinggal dia berdua saja dengan Harith dan ini bermakna mereka sudah tidak perlu berlakon untuk menjaga hati sesiapa lagi. Mereka bebas, sebebasnya.. Qaseh tersenyum senang sambil memandang terus ke siling rumah. Matanya semakin lama terasa semakin berat, tidak mampu untuk dibuka lagi. Akhirnya dia tertidur kepenatan di situ.
“Lah! Tidur..”
Langkah Harith mati tatkala terpandangkan sekujur tubuh milik Qaseh yang terbaring di sofa panjang dengan mata yang terpejam rapat. Dia yang baru sahaja turun daripada biliknya di tingkat atas terus mengambil tempat di sofa bersebelahan dengan Qaseh. Niat asalnya mahu mengajak Qaseh keluar untuk mencari barang dapur terbantut tatkala melihat Qaseh terlena di situ.
Harith pandang Qaseh lama. Wajah yang sentiasa tampak ayu tanpa secalit alat solek itu direnung dalam-dalam. Bagi Harith, sikap Qaseh penuh dengan misteri. Qaseh lain daripada perempuan-perempuan yang pernah dikenali sebelum ini. Qaseh dingin dan langsung tidak mesra, apatah lagi manja. Walaupun Qaseh isterinya yang sah, namun Qaseh tidak pernah mahu bermanja-manja atau bermesra dengannya seperti perempuan-perempuan lain yang ingin mendekatinya. Sehingga kini Harith masih tertanya-tanya kenapa Qaseh bersetuju untuk berkahwin dengannya jika betul Qaseh langsung tidak menyukai dia.
Sebuah keluhan dilepaskan oleh Harith, cuba melegakan kekalutan dan kekusutan yang melanda di hati. Matanya masih tidak lepas daripada memandang Qaseh. Dada Qaseh nampak berombak tenang. Lena betul dia tidur, mungkin penat kerana sehari suntuk mereka berkemas rumah.
Jam Rolex yang tersarung kemas di tangannya dikerling sejenak. Pukul 5.30 petang. Dalam hati Harith berkira-kira samaada mahu mengejutkan Qaseh ataupun tidak. Setelah puas berfikir akhirnya,
“Oii, bangun!” Bahu Qaseh dicuit perlahan. Masih kaku. Qaseh masih lena, langsung tidak bergerak. ‘Ishh!! Tidur mati ker apa ni? Aku pun penat jugak! Tapi taklah sampai macam ni..’ Getus Harith dengan muka berkerut.
Tiba-tiba akal nakal menerjah di kepala otaknya. Dengan kuat dia menjerit di tepi telinga Qaseh.
“Api!! Tolong... Tolong... Api! ada kebakaran..”
“Hahh!! Mana? mana?” Qaseh sudah terloncat dari sofa. Dia berdiri tegap sambil terkebil-kebil memandang Harith yang sudah ketawa mengekek.
Dahi Qaseh berkerut, cuba mentafsir apa yang sedang berlaku sebenarnya. Melihat Harith yang beria ketawa sampai berair mata itu membuatkan Qaseh mula faham.
“Kurang asam!! Awak kenakan saya yer? Awak ni kenapa?! Kalau yer pun dah benci sangat dengan saya, janganlah bunuh saya dengan cara macam ni!! Sengal!!” Bentak Qaseh kuat, marah betul pada Harith.
Harith tergamam. Ketawanya terus mati tatkala terpandangkan wajah Qaseh yang sudah menyinga itu. ‘Mak aii! garangnya..’ Harith menelan liur. Rasa gerun pula melihat wajah Qaseh yang nampak betul-betul marah itu.
“Aku nak kejutkan kau jer.. Kau tu tidur tak ingat dunia!” Selamba Harith menutur kata tanpa sedikitpun ada nada bersalah. Walhal, kecut juga perutnya melihat wajah Qaseh yang mencuka macam cuka nipah itu. Dia memandang terus pada Qaseh yang nafasnya nampak turun naik, tanda geram.
“Cantiknya adab awak kejutkan orang tengah tidur macam tu.. Buatnya roh saya tak sempat nak sampai, saya mati katak tadi, apa awak nak jawap dengan semua orang?”
“Eleh, kejut tidur jer pun.. boleh mati ker? Hidup lagi kan?” Harith mencebik.
“Huhhh!! Malas nak layan awak.. baik saya naik atas, mandi.. Solat!! Saya nak mintak doa banyak-banyak supaya jauhkan saya daripada mala petaka..” Sinis Qaseh bersuara. Kemudian laju dia mengatur langkah, mendaki anak tangga tanpa menoleh pada Harith lagi. Hatinya sakit. Membengkak saja!
 Harith cuma tersenyum kecil melihat tingkah Qaseh. Entah kenapa ada rasa aneh yang bertandang di jiwa. Hatinya rasa tercuit suka. Seronok pula rasanya dapat menyakat isterinya begitu. Qaseh nampak comel sangat bila marah.

QASEH menyalin nasi goreng USA yang dibungkus oleh Harith ke dalam pinggan. Malam itu mereka hanya makan nasi bungkus sahaja kerana belum ada satu apa pun barang basah di dalam peti sejuk untuk dimasak.
Pinggan yang siap berisi nasi goreng dihulurkan oleh Qaseh kepada Harith yang sedari tadi duduk di meja makan. Laju saja tangannya menyambut lalu terus menyudu ke dalam mulut. Qaseh merenung Harith dengan tajam.
“Apa kes?!” Tanya Harith dengan nasi yang masih penuh di dalam mulut. Gayanya macam sudah setahun tidak makan.
“Kalau yer pun, bacalah doa dulu.. Macam mana nak berkat makanan tu..” Bidas Qaseh perlahan. Segelas jus oren diletakkan di hadapan Harith, dia kemudiannya duduk berhadapan dengan Harith di meja makan.
“Mana kau tahu aku tak baca doa? Aku dah bacalah dalam hati..!” bentak Harith keras, cuba menyembunyikan perasaan malunya kerana ditegur begitu oleh Qaseh.
“Emmm..Yerlah tu!” Qaseh mencebik. Perlahan nasi goreng disuakan ke mulutnya. Harith menjeling sekilas pada Qaseh, kemudian sambung makan. Dia memang sudah kebulur tahap tenuk. Daripada petang tadi lagi dia menahan lapar.
“Awak! Hujung minggu depan saya nak balik kampung.. Dah lama tak jenguk atok. Awak nak ikut?” Qaseh tiba-tiba bersuara memecahkan kebisuan. Suapan Harith terhenti seketika, lama dia diam seolah berfikir.
“Hmm.. Aku sibuklah! Kalau kau nak balik, kau baliklah sorang..” Jawap Harith mendatar. Qaseh tenang saja, langsung tidak terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Harith. Dia memang dari awal lagi dia sudah dapat mengagak jawapan daripada Harith. Lelaki yang berlagak tak ingat tu! Jika bukan kerana dipaksa, jangan mimpilah Harith mahu menjejakkan kaki ke rumah buruknya.
“Oo.. Okeylah macamtu.. Saya balik soranglah naik bas.” Jawap Qaseh selamba, seolah langsung tidak kisah jika Harith tidak pulang bersamanya ke kampung. Nasi goreng terus disua ke mulut.
 Harith diam. Jawapan Qaseh yang nampak tidak kisah itu menimbulkan tanggapan negatif di hatinya. ‘Aku tahulah! Kau memang suka kalau aku tak ikut kan? Bolehlah kau bersenang-lenang dengan buah hati kampung kau tu!’ Bentak Harith keras, tetapi cuma di dalam hati. Tiba-tiba saja hatinya rasa terbakar melihat senyuman yang sudah melebar di bibir Qaseh.
Qaseh buat tak nampak saja renungan Harith yang tajam, terarah tepat kepadanya itu. Dalam hati melonjak suka. Tak sabar rasanya dia mahu pulang ke kampung bertemu dengan datuknya. Perasaan rindu yang terasa sarat di kalbu itu tak dapat dibendung lagi. Rindu pada datuknya, pada Comot dan pada Aamar juga.

USAI menjamah makan malam, masing-masing terus berkurung di dalam bilik. Malam itu Harith tidak ada mood untuk keluar. Tambahan pula tubuhnya terasa begitu penat kerana sehari suntuk berkemas rumah bersama Qaseh.
Akhirnya dapat juga dia bebas daripada pandangan Tok ayahnya. Kalau tidak, memang penatlah dia nak kena berlakon sepanjang masa di hadapan Tok ayahnya itu. Harith menarik nafas lega. Walaupun rumah teres dua tingkat yang disewanya sekarang tidaklah semewah banglo tiga tingkat milik Tok ayahnya ataupun apartment yang dibelikan olehnya untuk Bella, tetapi dia berasa begitu selesa. Di sini dia bebas, tidak perlu bersusah-payah nak menjaga hati sesiapa.
Harith memang sengaja menyewa. Jika dia mahu membeli rumah, lebih daripada mampu. Tetapi dia tidak mahu bagi muka pada Qaseh. Bagi dia, tak ada gunanya dia belikan rumah yang mewah dan mahal untuk Qaseh. Mengikut perjanjian mereka, ikatan suami isteri ini hanya akan bertahan selama setahun. Selepas tempoh itu, mereka akan membawa haluan masing-masing. Jadi, tak ada gunanya dia nak membeli rumah bagai..
Harith masih terkebil-kebil. Entah kenapa payah betul matanya mahu lelap pada malam itu. Puas dia mencari posisi yang selesa, berkalih ke kiri dan kanan, terlentang, meniarap.. Tetapi matanya masih tetap sama. Masih segar-bugar lagi.
“Arrgghhh!! Kenapa wajah dia pulak yang datang mengganggu ni?!” Getus Harith sendiri. Rasa janggal pula bila dia dan Qaseh sudah tidak sebilik lagi. Selama ini, hampir sebulan mereka tidur di dalam bilik yang sama walaupun tidak sekatil. Tiba-tiba, malam ini cuma tinggal dia sendirian di biliknya. ‘Arrggghh!! Kenapa macam ada rasa rindu ni?’ Harith sudah menjerit di dalam hati.

“MAKKKK!!!”
Qaseh sudah terjerit kuat. Terasa gugur jantungnya saat tangan sasa itu hinggap kemas di bahunya daripada belakang. Dia yang sedang terhendap-hendap di pintu peti sejuk mencari air untuk di minum itu, sudah menggigil ketakutan.
“Oii.. Apahal?!” terdengar suara garau seorang lelaki menerjah kuat ke cuping telinganya. Serentak dengan itu juga lampu menyala terang di ruang dapur. Harith merenung tepat pada wajah Qaseh yang sudah pucat tak berdarah itu. Qaseh masih kaku, masih kencang gerak jangtungnya dek kerana terkejut.
Harith sudah tidak dapat menahan tawa. Akhirnya tawanya pecah juga di situ. Hatinya terasa bagaikan digeletek, lucu benar melihat wajah Qaseh yang nampak pucat tak berdarah dek terlampau terkejut.
“Awak ni!! Suka sangat buat saya macam ni..” Suara Qaseh sudah bergetar, seakan mahu menangis. Sakit di hatinya seakan tidak mampu lagi untuk dizahirkan dengan kata-kata.
“Opss..Nanti! Aku bukan saja-saja nak takutkan kau. Aku cuma nak bertanya jer.. Apa kau buat dalam gelap, pagi-pagi buta macam ni? Bukan salah aku kalau kau terkejut macam tu..” Harith mula membela diri. Langsung tidak ada riak bersalah pada wajahnya. Masih selamba.
Qaseh bungkam. Nafasnya turun naik cuba mengawal rasa terkejut, ditambah pula dengan rasa sakit hati.. Kalau dia bertengkar dengan Harith pada pagi buta itupun, dia tahu kemenangan tidak akan berpihak padanya. Lebih baik diam sahaja.
Tanpa menjawab sepatah pun, Qaseh berjalan ke meja makan, melabuhkan duduknya di situ. Gelas berisi jus oren di hadapannya direnung kosong. Harith yang masih memandangnya lama dari sisi langsung tidak dipedulikan.
“Okey.. Aku mintak maaf..” Akhirnya Harith mengalah. Riak mendung di wajah Qaseh itu menimbulkan rasa bersalah di hatinya. Perlahan dia menarik kerusi, lalu melabuhkan duduk di sebelah Qaseh. Qaseh masih sama, membisu tanpa kata.
“Kau dengar tak ni?” Qaseh diam lagi.
 Satu keluhan kecil dilepaskan oleh Harith, mula berasa bosan dengan kebisuan yang ditunjukkan oleh Qaseh. ‘Hai, merajuk ke marah ni?’ Desis hati kecil Harith. Kepalanya sudah digaru tak bersebab. Dia tidak tahu bagaimana caranya mahu berdepan dengan Qaseh dalam situasi begini. Kalau dengan buah hatinya Bella, senang saja. Dia peluk sikit saja, Bella sudah mula cair. Tapi dengan Qaseh ni.. Haishhh, susah!
Satu keluhan kecil dilepaskan oleh Qaseh. Perlahan dia bersuara tanpa menoleh pada Harith yang berada di sebelahnya, lebih tepat tengah merenung dirinya.
“Tak ada apalah.. Hmm, saya tak dapat nak tidur.. Tu yang turun bawah cari air..”
“Ooo.. tapi kenapa tak pasang lampu?” Dahi Harith berkerut.
“Saja! Sebab ingat nak ambil air jer pun.. Tak sangka ada jembalang datang mengacau.” Selamba Qaseh menutur kata tanpa menoleh pada Harith. Dia buat-buat tak nampak saja jelingan maut daripada Harith yang menikam tepat ke mukanya itu.
“Kau ni memang mulut longkang kan?!” Bentak Harith sedikit kasar. ‘Ada ker patut pakwe handsome macam aku ni dikatakan jembalang! Sekali jembalang ni hisap darah dekat leher tu baru tahu..!’ Hati kecil Harith sudah membebel-bebel. Matanya dikecilkan, merenung dalam pada Qaseh.
“Okeylah tu.. Longkang wangi sikit dari jamban.” Selamba saja Qaseh membalas. Jus oren di gelas diteguk sehingga habis.. Harith mendengus kecil. Lama mereka menyepi, yang kedengaran hanyalah bunyi cicak di siling rumah.
“Harith! Kenapa kita perlu buat semua ni? Rasanya hubungan kita ni tak akan sampai ke mana. Ada baiknya kita berpisah saja. Saya janji, kalau awak ceraikan saya.. Saya tak akan tuntut harta dari awak walau satu sen pun..” Akhirnya terluah juga apa yang selama ini terpendam di lubuk hatinya.
“Apa yang kau merepek ni?” Suara Harith sudah naik satu level. Terkedu seketika Qaseh. Gulppp!! Dia menelan liur, cuba mencari kekuatan diri.
“Awak sendiri tahu kan, perkahwinan kita ni bukan atas dasar suka sama suka.. So, rasanya tak guna kita pertahankan sesuatu yang memang tak ada masa depan. Kita cuma buang masa Harith. Awak sendiri dah ada makwe.. Kenapa nak buang masa dengan benda mengarut macam ni?” Tutur Qaseh dengan yakin. Hilang sudah rasa takutnya.
“Kenapa, kau sebenarnya yang dah ada jantan lain kan? Siapa jantan tu.. Budak kampung tu? Atau Faez?” Sinis saja pertanyaan Harith mengasak ke cuping telinga Qaseh. Mata Qaseh membuntang bulat merenung Harith. Lama begitu, kemudian Qaseh tersenyum sumbing.
“Itu  hak saya. Awak siapa nak masuk campur dalam urusan hidup saya?”
“Aku siapa? Arrghh!! suka hatilah kau nak cakap apa.. Yang aku tahu, buat masa sekarang aku memang sikit pun tak ada rasa nak lepaskan kau.. Kau tunggulah! Belum tiba masanya lagi untuk kita bawa haluan sendiri.. Kita tunggu saja saat itu akan tiba ataupun tidak!” Harith bingkas bangun dan berlalu dari situ sebaik saja dia menghabiskan ayat terakhirnya. Entah kenapa, perasaannya rasa terganggu apabila soal cerai dibangkitkan oleh Qaseh.
Sekali lagi Qaseh terkedu. Dia langsung tidak menyangka Harith boleh naik angin dengan tiba-tiba apabila soal cerai dibangkitkan.. Dinding dapur dipandang kosong. Bermacam persoalan yang bermain di fikirannya sekarang, betul-betul melemaskan perasaan. Macam mana kalau Harith sengaja mahu mempermainkan dia? Mahu menggantung dia tak bertali sampai bila-bila.. Mampukah dia untuk terus hidup begini selama-lamanya? Mata Qaseh sudah berkaca. Kenapa perkara yang paling dibenci dalam hidupnya itulah yang perlu dihadapinya kini?



P/S: Lepas ni ada lagi dua bab yang akan di upload kat sini.. Lepas tu LE  kena peram dulu kisah Qaseh dan Harith ni yer.. Terima kasih kepada semua yang sudi baca karya LE yang tak seberapa ini. Kalian semua pembakar semangat LE untuk terus berkarya.. Maaf atas segala kekurangan.. Love u alls...

3 ulasan:

  1. Ala pendeknya xpuasla..makin best.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq dear..nnt sy updates lg yer..tp smpai bab 20 jer..huhu

      Padam
  2. Saya tak jumpa bab 21 da seterusnya

    BalasPadam