Setia Menanti-bab 4



BAB 4

ADAM terjaga dari tidur apabila terasa tangannya sedikit kebas seolah ditindih oleh sesuatu yang berat. Adam menoleh ke arah lengannya yang terasa kebas. Sara kelihatan masih begitu lena dibuai mimpi dengan berbantalkan lengannya.
Adam diam. Mata merenung terus ke arah siling putih, cuba mengingat kembali apa yang telah berlaku di antara dia dan Sara pada malam tadi. Adam mengeluh perlahan apabila otaknya dengan jelas dapat menginagati apa yang telah berlaku di antara mereka pada malam tadi.
Memang dia tak sangka. Akhirnya tubuh Sara disentuhnya jua. Semua itu terjadi dengan begitu pantas, diluar kawalan dirinya. Dia telah dikuasai perasaan cemburu dan rasa tercabar. Maruahnya rasa tercalar apabila melihat ada lelaki lain dengan senang-lenang telah memeluk isterinya. Sedangkan dia tidak pernah menyentuh tubuh isterinya itu dengan mesra.
Tambahan pula, lelaki itu bukanlah orang asing baginya. Dek perasaan marah itulah akhirnya tubuh Sara disentuh jua.
Dia mula resah!
 Apa yang telah dia lalui bersama Sara pada malam tadi menerbitkan satu rasa yang begitu sukar untuk ditafsirkan dan dimengertikan olehnya. Suatu perasaan halus yang sangat mendamaikan dan membahagiakan. ‘Arrghh..!! kenapa dengan aku ni? Tak boleh Adam! Kau tak cintakan dia.. Apa yang ada di hati kau cuma perasaan kasihan! Cinta kau hanya pada Amira. Dulu, kini dan selamanya..’ Adam terus berperang dengan kata hatinya.
Jam berbentuk hati yang berada di meja lampu tidur Sara dikerling. Sudah pukul 5.45 pagi! Dah nak masuk waktu subuh.  
Tidak lama kemudian, azan subuh sayup-sayup kedengaran dari masjid di kawasan perumahan elit itu. Adam masih merenung Sara yang tampak begitu lena tidur. ‘Kau memang cantik!’ desis Adam, memuji Sara tanpa sedar. Perlahan-lahan dia mengalihkan kepala Sara daripada lengannya supaya Sara tidak terjaga dari tidur. Kemudian dia turun daripada katil dengan behati-hati, terus beredar ke biliknya untuk bersihkan diri dan bersolat subuh.

SARA menggeliat malas. Dia menoleh ke sebelahnya. Kosong! Adam sudah tidak ada lagi disebelahnya. Mungkin Adam telah kembali semula ke biliknya. Dan mungkin juga Adam sudah bersiap-siap untuk bersolat subuh. Satu hal yang amat menyenangkan Sara tentang Adam adalah sikapnya yang tidak pernah lalai dalam menunaikan kewajipannya kepada Sang Pencipta.
Sara masih termenung lama di atas katil. Peristiwa yang berlaku pada malam tadi tiba-tiba datang menari di ruang ingatannya satu persatu. ‘Kenapa dengan tiba-tiba sahaja?’ Sara masih tertanya-tanya. Muka diraup berkali-kali. Tiba-tiba fikiran rasa berserabut.
“ Astarghfirullah hal azim...” Sara beristigfar panjang apabila menyedari dirinya sudah jauh mengelamun dan sudah agak terlewat untuk menunaikan solat subuh. Dia bergegas turun daripada katil dan terus ke bilik air untuk membersihkan diri serta bersolat subuh. Panjang sekali doa yang dipanjatkan oleh Sara.
Selesai bersolat subuh, Sara terus ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi. Dia tahu hari ini Adam perlu menghadiri suatu mesyuarat penting pada awal pagi. Dia tidak mahu Adam keluar rumah dengan perut kosong.

NASI GORENG KAMPUNG sudah siap terhidang di atas meja makan. Sara menanti Adam dengan penuh sabar. Dalam diam, terselit juga debaran di dadanya. Mengingatkan kembali apa yang telah mereka lewati pada malam tadi, Sara tiba-tiba berasa malu untuk berdepan dengan Adam. Dia tidak tahu mahu beriaksi bagaimana.
Tidak lama kemudian Adam sudah berada di meja makan, siap berpakaian kemas untuk ke pejabat. Sara menyenduk nasi goreng kampung ke dalam pinggan dan menghulurkannya kepada Adam. Adam menyambut lemah. Wajahnya nampak serius tanpa secalit senyuman pun. Memang jauh berbeza sikapnya dengan malam tadi.
 Hati Sara mula berasa tidak enak. ‘Apa kena dengan mamat ni.. kejap okey, sekajap-sekejap moody.. dah macam perempuan datang bulan.! Sara bercakap sendiri. Wajah Adam tidak dipandang. Tidak berani langsung untuk dia memandang wajah itu lama-lama.
Lima minit berlalu, nasi goreng di pinggan Adam masih belum terusik walaupun sedikit. Mata Adam hanya terarah tapat pada Sara. Mukanya masih sama. Serius tanpa senyuman. Saat anak mata mereka bertemu, laju saja Sara berpaling ke arah lain. Kecut betul perutnya melihat jelingan tajam Adam yang seakan mahu menelannya hidup-hidup. ‘Apa kena pulak ni? Aku ada buat salah lagi ker?’ Sara sudah mati akal.
“ Ehhemm..”
Sara tersentak mendengar Adam berdehem dengan agak kuat secara tiba-tiba. Kalau jantungnya tak melekat kuat, mahunya tertanggal saat itu juga.
“Aku nak cakap sikit!” Suara Adam kedengaran tegang. Dia berhenti seketika seolah mencari ruang untuk menyusun kata-kata.
Sara menyorot dalam ke wajah Adam. Menanti tutur Adam dengan hati yang berdebar-debar.
“Aku harap apa yang berlaku malam tadi kau tidak akan simpan dalam hati. Apa yang berlaku malam tadi tu, bukan kehendak aku. It was all a joke!” Wajah Adam tegang.
Sara terpana. Tidak disangka-sangka pernyataan itu yang akan keluar daripada mulut Adam. Hati mula remuk. Rasa pecah berkeping-keping. Sampai hati Adam kata apa yang telah mereka kongsikan pada malam tadi adalah gurauan sema-mata. Dia rasa betul-betul terhina mendengar pengakuan yang keluar daripada mulut Adam sebentar tadi. Rasa bodoh yang teramat sangat!
“Aa.. apa yang awak cuba sampaikan ni?” Ada getar dalam suara Sara yang sudah tidak mampu disembunyikan lagi. Mata mula berkaca. Air mata cuma tunggu masanya saja untuk gugur.
“Aku rasa sudah cukup jelas apa yang aku katakan tadi. So, kau anggap saja apa yang dah berlaku malam tadi sekadar untuk berseronok. Kau dan aku, kita sama-sama berseronok. Dan aku akan pastikan perkara itu tidak akan berulang lagi. Aku tak cintakan kau! Dalam hati aku cuma ada Amira. Aku harap kau akan ingat sampai bila-bila. Pernikahan kita ini cuma atas dasar kasihan.” Adam terus mencapai beg pejabatnya dan berlalu pergi tanpa menjamah sedikit pun sarapan yang telah disediakan oleh Sara.
Sementara Sara terus tersandar lesu di kerusi makan bersama tangis yang sudah tidak mampu dibendung lagi. Rasa terhina sangat dengan kata-kata suaminya sebentar tadi. Air mata terus mengalir laju bagaikan sudah tiada bentengnya lagi. Sakit hati! Malu! Terhina! Itulah yang dia rasakan sekarang ini.
“ Kau, bodoh Sara! Bodoh!!” teriak Sara sekuat hatinya.

ADAM termenung di meja ruangan pejabatnya. Dia langsung tidak dapat memberi tumpuan semasa mesyuarat berlangsung sebentar tadi. Ingatannya hanya berpusat kepada Sara. Teringat kembali segala kata-katanya terhadap Sara. Terbayang kembali di ruang matanya wajah sayu Sara.
Dia tersepit! Keliru dengan hati dan perasaan sendiri. Adam mengakui, apa yang telah dilalui bersama Sara pada malam tadi amat membahagiakan dirinya. Namun, egonya sebagai seorang lelaki tidak mahu mengakui semua itu. Bagi Adam, dia adalah seorang lelaki yang setia. Dia cuma cintakan Amira! Tidak pada perempuan lain, termasuk Sara.
“Arrghhh... maafkan aku Sara!” Muka diraup berkali-kali. Sesaat tali leher yang menjerut kemas di lehernya dilonggarkan. Tubuh disandar lesu pada kerusi dengan mata yang terpejam rapat.

HAMPIR seminggu semenjak peristiwa itu berlaku, Adam tidak menunjukkan mukanya di rumah. Hati Sara begitu resah. Dia berasa tidak keruan. Entah kenapa dia berperasaan begitu. Rindukah dia kepada lelaki itu,? Ataupun dia sudah mula menyayangi lelaki itu? Arrghh! lelaki yang tidak pernah mahu menghargainya. Tetapi entah kenapa dia terlalu ingin menatap wajah Adam, walaupun wajah itu tidak pernah mahu mengukirkan senyuman untuknya. Dengan menatap wajah kacak Adam walaupun tanpa segaris senyuman, sudah cukup memadai bagi Sara.
Sampul surat berwarna coklat cair yang berada di atas meja sofa direnung lama oleh Sara. Sudah hampir satu minggu juga surat itu sampai ke tangannya. Tetapi sampai ke saat ini dia masih belum berkesempatan untuk memberitahu Adam tentang perkara itu. Surat tawaran daripada UMP itu dipandang lemah oleh Sara. Mengikut apa yang terkandung di dalam surat tersebut, Sara diminta untuk melaporkan diri pada esok hari.
Sara buntu! Di mana harus dia mencari Adam? Ingin menelefonnya, Sara memang tidak pernah menyimpan nombor telefon Adam. Akhirnya, setelah puas berfikir.. dia mencapai sehelai kertas dan sebatang pen. Lalu tangan Sara ligat mencatat sesuatu di atas kertas. Sebuah nota pendek ditinggalkan untuk Adam.

7 ulasan:

  1. Kesiannye sara...
    Xxpelah teruskan usaha utk belajar tu..

    BalasPadam
  2. Moga Sara tabah & teruskan pelajaran kerana hidup harus diteruskan..cepat2 dapat kerja & tebus kembali hutang pada Adam...biarkan Adam dengan ego nya..

    BalasPadam
  3. Best...
    Mohon smbunglah lagi cite

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.. In Shaa Allah novel ni akan keluar April ni. Tajuk baru Setiaku Milikmu.. bawah penerbtan Anaasa.. :)

      Padam
  4. ERM MANE NAK BELI NOVEL NI AE.TENGOK PON X PERNAH .MINAT SANGAT NAK BACA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh dapatkan dekat kedai2 buku seperti populor, mph, smo... Boleh jugak order terus dengan penerbit di fb Penerbitan Anaasa.

      Padam
  5. Mcm mne nk bli nvel ni.sy berminat nk bli

    BalasPadam