Sesuci Cinta Qaseh a.k.a Jawapan Cinta- bab 3


Qaseh Syafiqah
BAB 3

BAYU pantai masih bertiup lembut dan tenang seperti selalu, tapi langsung tidak dapat mendamaikan hati Qaseh pada petang itu. Awan membiru di dada langit juga tidak berjaya membuatkan dia tersenyum seperti selalu. Semenjak malam tadi, semenjak soal perkahwinan dibangkitkan oleh datuknya, segala ketenangannya bagaikan telah diragut rakus oleh persoalan itu. Jiwanya resah, kacau bilau jadinya.
Qaseh masih termenung panjang di pangkin kayu yang berada di bawah pokok mangga di halaman rumah, memikirkan permintaan datuknya yang begitu membebankan hatinya saat itu. ‘Argghhh!! Serabutnya..Kenapalah aku kena hadapi semua ni? Sehari!! Itu saja tempoh yang atok bagi pada aku untuk berfikir..Atok memang tak sayangkan aku..Sampai hati atok!’ Qaseh terus berperang dengan hatinya. Ranting kayu yang berada di tangannya dipatah-patahkan cuba membuang resah di hati, namun semua itu langsung tidak memberi kesan. Hatinya masih tetap sama.
Dia terus membuang pandang pada laut biru yang sayup-sayup pada pandangan mata. Laut itu tampak tenang saja daripada jauh, tapi siapa sangka ia sedang bergelora sebenarnya. Samalah juga dengan hatinya saat itu. Luaran tampak tenang, tapi pada dasarnya sedang bergelora ganas kala itu.
“Oooittt!! Jauhnya berangan.”
Sergah satu suara yang tidak asing lagi pada pendengarannya. Lamunan Qaseh terus direntap kasar dan jantungnya bagaikan mahu melompat keluar dek kerana terkejut disergah secara tiba-tiba begitu.
“Ya Allah!! Terkejut beruk aku..Kau ni pun, tak reti nak bagi salam ker?” Qaseh sudah menarik muka, mencuka macam cuka nipah. Sakit hati pula dia tengok Aamar yang tersengih di tepinya, sudahpun duduk bersamanya di pangkin kayu itu. Bayu pantai masih berhembus lembut membuatkan tudung yang dipakai oleh Qaseh terbuai ditiup angin.
Aamar tersengih lebar melihat Qaseh yang sudahpun menarik muka dengannya. Wajah ayu milik Qaseh itu ditatap lama, ada rasa yang berdetik di hatinya saat menatap wajah gadis itu. 
“Kau ni kenapa? Dari jauh lagi aku nampak termenung panjang..Dah macam orang mati laki..Tengok! Comot pun takut nak dekat dengan kau..” Aamar bertanya lembut sambil tangannya membelai lembut bulu Comot yang sudahpun berada di ribanya. Sedari tadi Comot berada di atas pangkin itu bersama Qaseh.
Mata Qaseh yang bundar dan jernih itu ditatap lama, mencari jawapan kepada tingkah Qaseh kala itu. Dia tahu jika Qaseh buat muka macamtu, pasti ada sesuatu yang tidak kena dan sedang mengganggu fikirannya. Qaseh masih diam, nafasnya dihela panjang.
“Aamar...Kau kena tolong aku!!”
Akhirnya Qaseh bersuara juga dengan nada yang serius dan bersungguh. Tidak ada segaris senyuman pun yang menghiasi bibir merahnya saat itu. Wajahnya juga masih kelat, macam buah rambutan putik. Matanya merenung tepat pada muka Aamar yang boleh tahan juga kacaknya itu, mengharap benar kawan baiknya dapat menyelesaikan masalahnya nan satu itu seperti mana yang selalu Aamar lakukan saat dia ditimpa masalah.
“Masalah apa pulak ni? Lain macam pulak aku tengok kau ni..” Dahi Aamar sudah berkerut seribu, pelik tengok Qaseh yang nampak resah gelisah saja. ‘Hai, lain macam pulak Qaseh ni!’ getus hati kecil Aamar. Comot yang berada di atas ribanya sebentar tadi sudah menghilang entah ke mana.
“Kahwin dengan aku!!”
Hampir terloncat Aamar mendengar patah bicara yang keluar daripada mulut Qaseh itu. Nafasnya juga bagaikan sukar untuk diatur tika itu. Muka Qaseh yang masih lagi nampak serius itu ditatap dengan mata yang membuntang bulat.
“Gila!! Kau bergurau ker apa ni?” Tanya Aamar dengan nada sedikit keras.
“Aku tak berguraulah! Atok nak aku kahwin dengan lelaki yang aku langsung tak kenal..Aku buntulah! Aku tak nak kahwin..Kau kena tolong aku..” Suara Qaseh kedengaran lemah di telinga Aamar. Mukanya masih lagi sama macam tadi.
“Kau biar betul? Bergurau errk?” Aamar seakan tidak percaya. Wajah Qaseh dipandang lama, namun tidak nampak sedikit pun riak bergurau pada wajah gadis yang dipujanya dalam diam itu. ‘Ishhh!! Tak ada angin, tak ada ribut..Tiba-tiba atok nak suruh Qaseh kahwin!! Apa dah jadi ni?’ Aamar sudah menggarukan kepalanya. Terasa pelik pula dengan berita yang baru disampaikan oleh Qaseh itu.
“Kau ingat ni apa, rancangan maharaja lawak yang kau suka sangat tengok tu? Kau nampak muka aku ni ada serupa dengan muka sepahtu ker? Aku seriuslah!! Aamar, aku tengah bingung ni..” Qaseh sudah membetulkan tudungnya yang dirasakan jatuh sedikit kedepan membuatkan dia bertambah rimas. Wajah Qaseh juga sudah macam susu basi, masam mencuka.
“Habis tu, kau nak buat apa? Pelik jugak aku ni, tak ada hujan tak ada ribut atok nak suruh kau kahwin?”
“Itulah pasal! Ni semua sebab lelaki tak guna tu..” Qaseh sudah mengetap bibir, geram betul dia pada ayahnya Sufian. Jika tidak kerana rancangan bodoh ayahnya itu, sudah tentu situasinya tidak akan sesulit sekarang.
Dahi Aamar berkerut, semakin kusut pula cerita Qaseh dipendengarannya sekarang. ‘Aiikk!! Biar betul Qaseh ni, tak kan dia sanggup kata Tok Daud tu lelaki tak guna?’ Perasaan Aamar sudah berperang. Dia semakin kemaskan silanya mengadap Qaseh.
“Cuba kau cerita betul-betul, siapa lelaki tak guna yang kau maksudkan tu? Tok Daud?” Dahi Aamar sudah berkerut merenung Qaseh tanpa berkelip.
“Ishh, kau ni!! Bukan atok lah..Hmm..ayah aku!” Qaseh sudah tunduk merenung pasir yang memutih di hujung selipar jepun yang dipakainya. Perasaannya menjadi sebal, bercampur baur tatkala nama ayahnya disebut. Ada rasa benci, ada rasa dendam, ada rasa menyampah, namun terselit juga rasa kasih sebenarnya. Tapi yang pasti semua rasa itu bersatu membuatkan dadanya terasa sesak dan hatinya terasa sakit yang amat. Sampai bilakah dia harus menanggung semua rasa itu.
“Ooo.. Pakcik Sufian. Hmm, mungkin dia dah ada calon yang terbaik untuk kau Qaseh. Aku rasa atok ada sebab yang kukuh, sebab tu dia setuju dengan cadangan ayah kau tu..”
“Hmm..Atok cakap sebab dia dah tua. Nanti bila dia dah tak ada, dia bimbang tak ada siapa nak tengok-tengok kan aku..Nak jaga aku..” Ucap Qaseh lagi.
“Betullah tu..” Suara Aamar kedengaran sedikit kendur, kecewa pun ya! Siapa yang tak kecewa apabila mengetahui gadis yang dipuja dalam diam akan berkahwin dengan lelaki lain tidak lama lagi.
“Aku taknaklah Aamar..Kau bukan tak tahu, aku tak percayakan cinta, tak percayakan ikatan perkahwinan..Macam mana aku nak kahwin? Dengan lelaki yang langsung aku tak kenal pulak tu!! Aamar..Kau jerlah kahwin dengan aku..” Mata Qaseh sudah tertancap tajam pada muka Aamar yang jelas nampak terkejut dengan permintaannya itu. Tiada segaris senyuman pun di bibir Qaseh menandakan dia tidak bergurau dengan kata-katanya sebentar tadi.
“Isshh!! Gila lah..Tak naklah aku!! Kau bukan cintakan aku. Nanti bila kita dah kahwin, aku yakin seratus peratus hubungan kita tak sebaik sekarang..Aku tak nak hilang rasa kasih dan sayang aku pada kau sekarang. Lebih baik kita kekal sebagai sahabat..”
Lancar saja tutur Aamar. Sungguh! Bukan dia tidak mahu berkahwin dengan Qaseh, tapi dia tahu Qaseh sekarang tengah terdesak sebab itulah Qaseh beria mengajak dia berkahwin. Apa gunanya mereka berkahwin jika tidak ada perasaan cinta. Dia tidak mahu satu langkah bodoh yang mereka ambil akan memutuskan ikatan persahabatan di antara mereka buat selama-lamanya.
Aamar memang cintakan Qaseh, tetapi Qaseh? Dia tidak mahu kerana terlalu ikutkan kata hati, dia akan kehilangan Qaseh buat selama-lamanya. Biarlah dia berkorban demi sebuah persahabatan.
Lama Qaseh diam sambil merenung pantai yang sayup mata memandang di hadapan mereka. Ada betulnya apa yang dikatakan oleh Aamar itu. Jika mereka berkahwin belum tentu mereka dapat mengekalkan hubungan baik seperti sekarang. Untuk jatuh cinta pada Aamar pula, adalah agak mustahil bagi dia. Aamar sudah dianggap seperti abangnya sendiri, tambahan pula dia memang langsung tidak percaya pada satu ungkapan bernama cinta. Qaseh mengeluh kecil akhirnya.
“Dahlah..Jangan pening-pening! Kau terima sajalah..Mana ada ayah yang nak tengok anak dia susah. Aku yakin kau akan bahagia dengan pilihan ayah kau..Restu seorang ayah tu penting. Walau buruk macam manapun, dia tetap ayah kau..Kau wajib taat pada dia..” pujuk Aamar lagi.
“Macam mana kalau lelaki tu pun kena paksa macam aku? Kalau aku tak bahagia macam mana?” Qaseh menyoal Aamar bertalu-talu.
“In shaa Allah, kau kena yakin dengan perancangan Allah. Kalau kau tak bahagia, aku ada..Aku akan tetap ada di samping kau..Itu janji aku!!”
Aamar tersenyum kelat. Sukar baginya untuk melepaskan gadis pujaan hatinya pergi kepada lelaki lain, tapi mungkin itulah jalan yang terbaik untuk Qaseh.
Lama mereka diam, seakan lidah mereka sudah kelu untuk berkata-kata. Masing-masing tenggelam dalam perasaan sendiri. Laut lepas terus direnung lama. Bayu pantai terus berpuput lembut, menyapa wajah dan tubuh mereka yang sedang kelemasan dalam perasaan sendiri.

TOK DAUD sibuk menyirat pukat di serambi rumah pada malam itu. Bunyi ombak yang tidak jemu memukul pantai seakan menjadi irama pada mereka di perkampungan nelayan itu. Sudah hampir 76tahun dia menetap di kampung Sungai Dua, di Setiu, Terengganu itu. Di kampung itulah dia dilahirkan dan dibesarkan. Lautan sudah seakan sebati dengan diri dan jiwanya.
Qaseh datang bersama secawan kopi lalu duduk bersimpuh di hadapan datuknya yang kelihatan begitu khusyuk menyirat pukat. Tubuh kurus Tok Daud yang tidak berbaju itu direnung Qaseh. Kesian betul dia melihat datuknya itu.
Tok Daud tersenyum melihat cucunya yang sudahpun duduk bersimpuh di hadapannya. Cucu yang ditatangnya bagaikan minyak yang penuh. Dia terlalu sayangkan Qaseh. Cuma Qaseh soranglah cucu yang dia ada di dunia ini kerana dia tidak mempunyai anak yang lain selain daripada ibu Qaseh. Rokok daun yang terselit kemas di hujung bibirnya itu disedut seketika.
“Atok!! Sudah-sudahlah hisap rokok tu tok!! Merokok ni tak bagus tok..” Ucap Qaseh perlahan. Cawan kopi disuakan pada datuknya.
“Atok dah lama hisap rokok ni, sampai sekarang atok sihat!! Kalau tak dapat rokok barulah atok rasa sakit..” Jawap Tok Daud sambil tersengih menampakkan giginya yang sudah ronggok itu. Dia kemudiannya ketawa kecil melihat Qaseh sudah menjuihkan bibirnya. Cawan kopi disambut lalu dihirup sedikit kopinya dan terus diletakkan ke atas lantai di hadapannya.
“Kau dah buat keputusan Qaseh?” Tanya Tok Daud tanpa memandang muka Qaseh. Dia menyambung kembali kerjanya menyirat pukat.
“Keputusan apa tok?” tanya Qaseh pura-pura tidak faham. Tangannya sibuk memintal tali pukat datuknya.
“ Kau jangan buat-buat tak faham pulak!” Tegas Tok Daud, merenung tepat pada muka Qaseh yang tampak tenang saja tanpa sebarang riak. Tok Daud tidak jadi menyirat pukat. ‘Qaseh ni, biar betul!! Dia betul-betul lupa ker?’ Getus Tok Daud dengan dahi berkerut.
“Hmm..Atok tak payahlah buat muka macam tu..Qaseh ingat!! Urrmm..Qaseh ikut keputusan atok. Kalau atok setuju, Qaseh tak membantah..Tapi ada satu syarat!”
“Syarat?” Tanya Tok Daud lagi.
“Yer, Syarat! Syaratnya, Qaseh tetap nak berkerja walaupun dah berkahwin..Qaseh nak tanggung atok! Lepas Qaseh kahwin, Qaseh taknak atok pergi tangkap ikan dekat laut lagi, boleh?” Wajah tua di hadapannya direnung lama menantikan jawapan.
“Baiklah!!” Tok Daud akhirnya bersetuju.
“Atok jangan tipu! Nanti Qaseh suruh Aamar intip atok!” Qaseh sudah mengugut Tok Daud. Bukan dia tidak tahu, datuknya itu degil benar orangnya.
“Yerlah..Emm, minggu depan pihak lelaki datang merisik dan tetapkan tarikh..”
“Minggu depan?” Mulut Qaseh sudah melopong.


 Bab :  1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  16 17  18  19  20

1 ulasan: