Sesuci Cinta Qaseh a.k.a Jawapan Cinta-Bab 5


Qaseh Syafiqah









BAB 5

“MEOOWW...”
Comot bergesel-gesel pada kaki Qaseh. Hujan masih turun mencurah-curah, petir juga masih berdentum-dentam memekakkan telinga dan mengecutkan tali perut. ‘Ya Allah, mana atok ni? Hujan lebat macam ni tak balik-balik pun lagi!’ Qaseh sudah tertinjau-tinjau keluar rumah menerusi jendela. Risau betul hatinya memikirkan Tok Daud yang sedang berada di tengah lautan dalam keadaan hujan yang lebat begini.
Bunyi deru ombak yang kuat juga jelas kedengaran di cuping telinganya, menambahkan lagi kerisauan di hati. Qaseh sudah seperti mahu menangis, risau betul hatinya mengenangkan Tok Daud.
“Mana atok ni Comot?! Risaunya Qaseh..Apa kita nak buat ni Comot?” Suara Qaseh sudah bergetar. Matanya memandang tepat pada muka kucing kesayangannya itu.
“Meeooww..” Comot membalas, seolah faham dengan apa yang dikatakan oleh Qaseh itu. Dia kemudiannya kembali menggeselkan kepalanya pada kaki Qaseh. Qaseh tunduk, terus mengangkat dan mendukung Comot. Dia berjalan ke serambi rumah dengan perasaan resah. Hujan masih lagi lebat dengan petir yang menyala-nyala di dada langit.
“Qaseh!! Ambilkan atok tuala..” Terdengar suara tua atoknya daripada bawah rumah. Qaseh segera menoleh, entah bila datuknya berada di situ dia tidak sedar. Mungkin datuknya balik melalui jalan belakang. Apa pun, Qaseh menarik nafas lega apabila melihat datuknya pulang dalam keadaan yang baik. Dia bergegas kedalam rumah dan kemudian keluar semula bersama tuala di tangan.
“Nah tok!!” Tuala sudah bertukar tangan. Tok Daud tersenyum melihat cucunya yang masih mendukung kucingnya nan sekor itu.

“TOK!! Risau betul Qaseh tadi..Kenapa atok lambat sangat balik? Biasa tu kalau hari hendak hujan atok awal-awal lagi dah balik?” Qaseh sudah duduk di serambi bersama secawan kopi di tangan. Cawan kopi dihulurkan kepada datuknya yang sedang duduk bersandar pada tiang sambil menghisap rokok daun. Hujan sudah semakin reda, tidak selebat tadi. Petir juga sudah menutup mulutnya, tidak lagi bertempik kuat seperti tadi.
“Atok pergi jauh cikit hari ni, tak sangka pulak hujan nak turun awal..Hmm, tak ada rezeki kita hari ni..Sekor ikan pun tak dapat!” Jawap Tok Daud perlahan seakan kecewa. Cawan kopi yang masih berasap tipis itu dibawa ke mulut dan dihirup sedikit, kemudian dia meletakkan kembali di atas lantai yang beralaskan tikar mengkuang itu.
“Takperlah tok! Nanti adalah rezeki yang lain tu..” Ucap Qaseh perlahan seakan memujuk juga.
“Atok nak makan? Qaseh dah masakkan nasi dan lauk?”
“Hmm..kejap lagilah! Atok nak solat zohor dulu nanti..” Rokok daun terus disedut lama oleh Tok Daud. Qaseh menggelengkan kepala melihat kelakuan atoknya itu. Sudah berbuih mulut Qaseh menasihatkan datuknya itu, tapi Tok Daud tetap juga degil. Katanya, rasa tak senang duduk kalau tak dapat rokok.
“Okeylah kalau macamtu..Qaseh masuk dalam dulu yer..” Sebuah senyuman diberikan pada datuknya dan dia terus menghilang ke dalam rumah.

“QASEH!!” Laung tok Daud agak kuat dari luar bilik Qaseh.
Qaseh yang sedang bergolek di atas katil usangnya bersama dengan Comot sambil membaca majalah wanita itu terus menyahut,
“Yer Tok!”
“Ni, Aamar datang nak jumpa kau..Dia tunggu dekat tangga rumah tu..” balas Tok Daud kemudiannya.
“Sekejap tok, nanti Qaseh keluar.” Jawap Qaseh kemudiannya. Dia terus mencapai tudung bawal yang tersangkut di paku belakang pintu biliknya. Seluar trek yang disingkatkan sampai ke betis terus dilabuhkan.
“Oiittt!! Tak kerja ker?” Sapa Qaseh sebaik sahaja melihat Aamar yang sedang duduk di tangga rumah, ralit merenung Tok Duad yang sedang menggantungkan pukat di pokok mangga dekat pangkin kayu.
“Kalau yer pun, bagilah salam dulu..Waalaikummussalam!” Aamar sudah bersuara sinis. Dia merenung Qaseh yang sudahpun tersipu-sipu kerana malu.
“Yerlah, Assalamualaikum..” Ucap Qaseh perlahan sambil tersengih macam kerang busuk. Segan pula dia pada Aamar.
“Waalaikummussalam..Haa, macam tulah baru sopan..” Balas Aamar yang sudah pun tersenyum lebar melihat Qaseh.
Qaseh terus duduk di lantai papan dekat dengan tangga. Wajah kacak Aamar ditatap lama. Kalaulah dia ni minah jiwang, dah lama rasanya dia tangkap cintan dengan Aamar. Mana tidaknya, Aamar tu boleh tahan kacaknya. Dengan muka dah ala-ala Zul Ariffin pelakon yang pernah digosipkan dengan Abby Abadi tu, kalau sekali dia renung memang boleh cairlah.
“Kenapa kau pandang aku macam tu? Dah jatuh hati?” Aamar sudah tersengih mengusik Qaseh.
“Uweekkk!! Perasanlah kau ni..Aku tengok kau sebab hairan, tengah hari buta dah tercongok kat tangga rumah aku. Kau tak kerja ker?” Balas Qaseh cuba menutup perasaan malunya.
Aamar sudah ketawa kecil, tahu benar Qaseh tengah cover malu. Dia kemudiannya menjeling jam tangan yang terletak kemas di lengannya itu.
“Mana ada tengah hari? Dah pukul dua lah..” Balas Aamar selamba. Matahari bersinar terik selepas hujan yang turun lebat sebentar tadi telah mereda. Air hujan di hujung daun masih lagi kelihatan, bersinar terkena silauan cahaya matahari.
“Yerlah..baru pukul tiga..Kau tak kerja ker hari ni?”
“Tak!! Hari ni bos aku pergi holiday dengan anak bini dia, so dia bagi aku cuti.” Jawap Aamar bersaja. Aamar berkerja sebagai PA kepada pemilik resort di kampung mereka. Dia dan Aamar sama-sama belajar di UMT, dan sekarang Aamar sudahpun berkerja, cuma tinggal dia sahaja yang masih belum berkerja.
“Seronoklah kau!”
“Kau lagi seronok, nanti dah nak kahwin!!” Saja Aamar mahu menyakat Qaseh. Dia sudah tergelak kecil.
“Kuarang asam!!” Qaseh sudah menumbuk bahu Aamar dengan muka mencuka. Aamar mengaduh kecil kemudiannya ketawa kecil melihat wajah Qaseh yang sudah mencuka. Dalam hati hanya Allah saja yang tahu betapa dia kecewa sebenarnya kerana terpaksa melepaskan Qaseh pergi.
“Tok!! Tengok ada orang dah malu..” Laung Aamar pada Tok Daud yang sedang menyirat pukat di pangkin kayu. Tok Daud hanya tersengih sambil menggelengkan kepala melihat telatah mereka.
“Aamar, aku tak tahulah nak cakap apa..” Ucap Qaseh perlahan dengan perasaan sebal.
“Kau tak payah cakap apa-apa, aku dah faham..Nasihat aku cuma satu, yakin dengan perancangan Allah..Kau anggap jer ini takdir yang Allah tentukan untuk hidup kau, bila kau ikhlas In Shaa Allah..” Ucap Aamar perlahan sambil matanya masih tidak lepas daripada merenung wajah Qaseh. Perasaannya berbolak-balik, hatinya berasa sakit tatkala menuturkan kata-kata itu, tapi dia harus menenangkan perasaan Qaseh juga.
“Urrmm, aku datang nak bagi kau ni sebenarnya..” Ucap Aamar lagi apabila dia melihat Qaseh masih lagi membisu dengan muka yang keliru.
Aamar menghulurkan sebuah kotak berbalut kemas kepada Qaseh. Kening Qaseh bertaup rapat, hairan melihat kotak yang dihulurkan oleh Aamar itu.
“Hadiah apa pulak ni? Rasanya hari jadi aku lambat lagi!” Dengan teragak-agak Qaseh menyambut kotak hadiah yang dihulurkan oleh Aamar kepadanya.
“Ambik jerlah!! Kau ni banyak cakap kan?!” Aamar buat-buat marah.
“Hehe...okey, aku ambillah ni..” Qaseh sudah tersengih melihat Aamar yang sudah mula naik angin. Kotak yang berbalut cantik itu terus bertukar tangan.
“Aku buka yer..” Dengan laju tangan Qaseh mengoyakkan pembalut hadiah yang membungkus kemas kotak sederhana kecil itu. Sebaik sahaja pembalut hadiah dibuka, mulut Qaseh melopong apabila melihat gambar telefon yang terpamer pada kotak yang sederhana kecil itu. Mata Qaseh sudah membulat merenung Aamar dengan mulut yang masih terlopong.
“Oii!! Apsal..Nampak hantu?” Aamar sudah tergelak kecil.
“Apa..apa ni?” Tanya Qaseh tergagap-gagap. Kotak telefon berjenama Samsung itu ditayangkan ke muka Aamar.
“Telefonlah!! Takkan ‘jakun’ sampai telefon pun dah tak kenal..” Sinis Aamar sambil tersenyum sumbing.
“Itu aku tahulah!! Untuk siapa? Nak buat apa?” Tanya Qaseh dengan nada keras, mengetap bibir tanda geram. Sakit hati pula bila dengar Aamar cakap dia ‘jakun’.
“Untuk kaulah cik Qaseh ku sayang..Aku baru dapat gaji pertama aku..Itu jer yang mampu aku belikan untuk kau..”
“Ya Allah, Aamar! Ini pun dah mahal ni..segan pulak aku..” Qaseh merenung kotak telefon berjenama Samsung Young itu. Jika diikutkan memang telefon itu sudah cukup ketinggalan berbanding dengan jenama-jenama yang terbaru di pasaran, tetapi itu sudah cukup baik pada Qaseh kerana dia tidak mempunyai sebarang telefonpun sebenarnya.
“Kau jaga baik-baik tau! Kalau kau dah dapat kerja bagus nanti, dah beli telefon baru..jangan pulak kau buang telefon tu..” Pesan Aamar kelihatan bersungguh. 
“Ishh!! Aku tak akan beli telefon baru selagi telefon ni tak rosak. Aku janji akan jaga telefon ni baik-baik..Terima kasih yer..” Qaseh terharu. Wajahnya tampak sedikit mendung, tidak menyangka Aamar masih ingat untuk membelikan dia sesuatu pada gaji pertamanya.
Aamar cuma tersenyum kelat. Kemudian masing-masing menyepikan diri. Mata mereka ralit memandang Tok Daud yang sedang ralit duduk menjirat pukat di pangkin kayu.
“Bila pihak lelaki nak datang?” Soalan Aamar memecahkan kebuntuan di antara mereka. Qaseh menjungkit bahu tanda tidak tahu. Dia memang betul-betul tidak tahu. Kalau mengikut kata datuknya, mereka akan datang pada minggu ini tetapi tidak pula bagi tarikh yang tepat.
“Hmm..Nanti bila kau dah kahwin, kita dah tak boleh duduk macam ni?” Ucap Aamar lagi, perlahan saja suaranya. Matanya masih merenung ke depan tanpa menoleh pada Qaseh. Dari hujung mata dia tahu Qaseh sedang merenungnya.
“Kenapa?” Soal Qaseh sepatah.
“Sebab kau dah jadi isteri orang!! Tak manis kalau duduk berdua dengan aku macam ni..Lepas ni kalau suami kau tak suka kau berkawan dengan aku, kau dah tak boleh berkawan dengan aku..Tapi, mintak-mintaklah suami kau tu faham kan?”
“Hmm..Kau kawan aku dunia dan akhirat..”
Ucap Qaseh lagi. Suaranya sudah bergetar dan matanya juga sudah berkaca. Dia tidak dapat nak bayangkan kehidupan dia tanpa Aamar. Selama ini Aamar lah yang selalu barada di sampingnya tika susah ataupun senang. ‘Aku pun tidak yakin dengan perkahwinan ini Aamar.. Aku tak tahu, perasaan aku kosong!’ Kata-kata itu hanya terluah dalam hati Qaseh. Masing-masing terus diam semula, tenggelam dalam perasaan yang sukar tuk ditafsirkan.
Tiba-tiba sebuah kereta mewah berjenama Alfa Romeo berhenti betul-betul di tengah halaman rumah Tok Daud. Aamar dan Qaseh tercengang-cengang, berpandangan sesama sendiri. Tok Daud yang sedang ralit menyirat pukat juga sudah berhenti dan merenung tepat pada kereta mewah yang tersadai kemas di halaman rumahnya itu dengan wajah tertanya-tanya juga.
Tidak lama kemudian kelihatan Sufian, ayah kepada Qaseh turun daripada perut kereta dan berlalu segera kebelakang, membuka pintu untuk penumpang di belakang. Seorang lelaki tua lingkungan 60-an yang segak bergaya turun daripada perut kereta. Sebelah sana pula kelihatan seorang lelaki muda yang kacak dan segak dalam baju berjenama serta berkaca mata hitam turun daripada perut kereta itu juga.
“Ayah!!” Sapa Sufian terus bersalaman dengan Tok Daud. Diikuti pula oleh lelaki tua dan muda tadi.
Aamar dan Qaseh masih berpandangan. Seketika kemudian Aamar bagaikan tahu siapakah gerangan tetamu yang muncul dengan tiba-tiba di rumah Tok Daud pada lewat tengah hari tu.
“Qaseh!! Aku balik dulu..Nanti aku SMS kau!!” Aamar sudah tergesa-gesa menuruni anak tangga kayu itu.
Semasa melintasi pangkin kayu, Aamar berhenti seketika untuk bersalaman dengan Tok Daud, Sufian dan dengan dua lelaki yang masih asing lagi pada Aamar itu.
Qaseh memandang Aamar yang sudah menghilang bersama motor Honda EX5nya itu dengan perasaan yang bercelaru. ‘Kenapa Aamar tergesa-gesa mahu pulang?’ Qaseh tertanya-tanya sendiri. Setelah kelibat Aamar tidak lagi kelihatan, dia terus berlalu ke dalam rumah.

“AWAK suka pantai?”
Sapaan lembut daripada Qaseh membuatkan lamunan Harith terganggu. Dia yang sedang ralit merenung pantai yang begitu indah dan mendamaikan itu segera menoleh kebelakang. Wajahnya nampak tegang tatkala melihat Qaseh sudahpun berdiri tegap di belakangnya. Entah sejak bila Qaseh berdiri di situ, dia sendiri tidak pasti.
“Kau nak apa datang sini?”
Sinis sekali Harith bertanya sambil tayang muka tidak puas hati. Qaseh yang sedang berdiri di hadapannya kini ditenung lama. ‘Huhh!! Muka kampung macam ni ada hati nak kahwin dengan aku.!’ Ejek Harith dalam hati. Qaseh yang sedang memakai seluar trek, bert-shirt lengan panjang dan bertudung litup itu dipandang dengan hujung mata. Sakit rasa hatinya apabila mengenangkan dia terpaksa berkahwin dengan perempuan kampung macam Qaseh.
“Errr...Urrrmm...”
Qaseh sudah mati kata. Mukanya terasa tebal lima belas inci apabila disinis begitu oleh Harith. ‘Ces!! Berlagak!! Kau ingat aku kebulur sangat nak datang mengadap kau dekat sini? Kalau bukan sebab atok dengan tok ayah kau yang beria suruh aku datang panggil kau, aku pun tak inginlah!!’ Qaseh nak saja sembur mamat berlagak depan dia tu, tapi kata-kata itu hanya terluah di hatinya. Dia sebaliknya hanya tunduk merenung pasir. Mukanya sudah bertukar menjadi merah, malu disinis begitu.
“Kau dengar sini! Kau jangan berangan sangat yer..Aku sebenarnya tak ingin pun nak kahwin dengan kau!! Cuba kau cermin diri kau tu, layak ker nak jadi isteri aku?” Harith sudah ketawa mengejek.
Zuppp!! Darah merah terasa menyerbu ke muka Qaseh sebaik sahaja mendengar kata-kata hinaan daripada Harith itu. Mukanya juga sudah berasa panas dek kerana menahan perasaan marah dan malu. ‘Kalau kau taknak, kenapa datang?! Aku pun tak inginlah dengan mamat berlagak macam kau ni..Harap muka jer kacak, tapi adab takder..Hancus!!’ Marah Qaseh. Tapi sayang, semua itu hanya terluah dalam hatinya. Dia masih diam merenung pasir.
“Aku akan pastikan kau menderita bila kahwin dengan aku nanti!!” Keras sekali suara Harith menerjah kegegendang telinga Qaseh, membuatkan jantung Qaseh bagaikan disentap, hatinya bagaikan disiat-siat. ‘Ya Allah! Kenapa harus macamni? Belum kahwin lagi dia dah layan aku macam sampah..’ Qaseh sudah mula sebak. Matanya mula berkaca dan mutiara jernih mula jatuh di pipinya tatkala dia melihat pemergian Harith dengan hujung matanya



Bab :
1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  16 17  18  19  20

2 ulasan:

  1. Next, next....Hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih..nnt sy msukkn n3 baru yer..line internt ad problem sehari dua ni..x lpas nk upload..sorry bnyk2..huhu

      Padam